Cukup sampai disini saja
Perjalanan cintaku kepadamu
Lelah hati ini, lelah disakiti
Kucoba bertahan
Tetap ku tak bisa
MelupakannyaMARISSA pantas menutup radio yang sedang memutarkan lagu Cukup daripada Rizal Rasid. Air matanya semakin deras mengalir mendengar lagu tersebut. Stereng keretanya dihentak berkali-kali melepaskan segala rasa yang terbuku di sukmanya. Lagu itu seakan kena dengan situasi yang sedang dilaluinya kini.
Kenapa? Kenapa rumah tangganya diuji sampai begini sekali? Kenapa di saat dia dan Harraz ingin mengecapi bahagia, ada ujian yang datang menimpa? Sungguh, dia tidak mampu untuk melalui dugaan ini.
"Marissa Jasmine, aku ce..."
Marissa memejamkan mata rapat. Tak sanggup mendengar lafaz talak itu. Meskipun itu yang dipinta, tapi hatinya tidak rela.
Seminit.
Dua minit.
Mata yang tadi terpejam, kini dibuka semula. Terkebil-kebil dia memandang Harraz yang diam membisu.
"Kenapa?"
Gelengan diberikan. Sungguh Harraz tidak mampu untuk melafazkan ayat keramat itu. Mahu tercabut jantungnya jika diteruskan. Dia betul-betul tak sanggup untuk melepaskan Marissa.
"Maaf, abang tak mampu, sayang. Abang tak boleh kehilangan Ris."
Terhenyak Marissa di situ. Separuh dari hatinya lega bila Harraz tidak meneruskan lafaz cerai itu.
"Dan abang juga percaya, Ris pun tak mampu untuk kehilangan abang. Your eyes shout what your lips fear to say. Mata sayang jelas membicarakan semuanya. Tapi mulut sayang tak mampu untuk meluah. Kita sama sayang. Tak mampu untuk kehilangan orang yang kita sayang. Jadi jangan paksa abang untuk lepaskan Ris."
"I can see the pain in your beautiful eyes. And i can feel the burn in your heart. Because, we both share the same wound."
Marissa angkat kepalanya. Mata mereka saling bertaut seakan menyampaikan isi hati masing-masing. Harraz dengan renungan redupnya, manakala Marissa pula dengan renungan yang penuh kesayuan.
"Tapi hati saya dah tak ada ruang untuk awak lagi Harraz. Luka yang awak beri terlalu dalam. Cukuplah sampai sini saja kisah cinta kita." Marissa hela nafasnya. Tubir matanya segera diseka dan senyuman yang cukup tawar disungging.
"Saya rasa lebih baik kita buat haluan masing-masing. Dah tak ada gunanya kalau kita bersama, sedangkan hati kita tak lagi seperti dulu," ujar Marissa menahan perit di dada. Buku limanya dikepal kuat.
Harraz menghela keluhan nipis. Tangannya bergerak ingin menyentuh wanita itu. Namun tindakannya terbejat saat otak mengingatkan yang isterinya pasti tidak suka dan akan menepis tangannya.
"Sayang silap. Hati abang tak pernah berubah untuk sayang. Malah, semakin hari, semakin abang cintakan isteri abang ni. Bagi abang peluang untuk rawat luka tu," pinta Harraz, merayu memohon peluang kedua untuk dia memulihkan kembali hubungan mereka yang bakal retak.
"Tak boleh, Harraz. Luka ni dah tak boleh nak dirawat lagi. Terlalu dalam awak tinggalkan. Lagipun, awak lupa apa permintaan papa? Papa nak awak bernikah dengan Natalia."
"Tapi abang tak nak bernikah dengan dia!" tegas Harraz. Tergambar di fikirannya wajah Natalia. Terus meruap-ruap amarahnya.
"Awak tetap kena berkahwin dengan dia. Awak tak nak kan maruah keluarga kita rosak disebabkan hal ni? Awak tak kesian dekat papa ke? Dia yang tanggung malu nanti, Harraz. Fikirlah perasaan papa," desak Marissa berkali-kali. Nak sangat ke Natalia tu jadi isteri Harraz? Nak tengok suami sendiri bernikah lagi?
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...