MARISSA bermain dengan telefonnya sementara menunggu Harraz selesai mandi. Jam di dinding dikerling sekilas. Baru pukul 6.50 pagi. Masih terlalu awal untuk dia turun menyediakan sarapan.
Bila dia merasakan agak bosan, telefon pintarnya diletakkan di tepi katil. Keluhan dilepaskan. Nak telefon Aini, Marissa rasa minah tu masih membuat taik mata lagi. Maklumlah, semalam memang beria benar Aini melayan kawan-kawan mereka yang datang. Dekat angka 12.00 malam barulah Aini pulang ke rumah.
Sudahnya, Marissa termenung menghadap dinding bilik. Sorotan mata jatuh pada cincin berlian yang tersarung di jari manisnya. Serta merta bibir naik mengulum senyum.
Tak sangka dia dah jadi isteri kepada Harraz Daniel. Lelaki yang dulu dia anggap seperti musuh, kini sudah sah menjadi imamnya.Marissa gelak kecil. Itulah, dulu benci sangat. Sekarang ni, tengok apa dah jadi? Dia dah termakan balik dengan kata-katanya dulu.
"Sayang?"
Sontak, Marissa panggung kepalanya. Kelihatan Harraz sudah keluar dari kamar mandi. Suaminya itu hanya bertuala di pinggang.
Dia teguk liur melihat keseksian Harraz yang cuma bertuala. Dahlah badan lelaki itu masih kelihatan lembab dengan rambutnya yang basah.
"Dah puas scan badan abang?" Harraz jongket kening. Dia menggosok rambutnya dengan kain tuala kecil.
Marissa mencebik. Nasib baik sedap mata untuk dipandang. Kalau tak, memang tak inginlah dia tenung tubuh seksi suaminya.
"Seksi kan?" Sengih Harraz menampakkan barisan giginya. Dia ni tahu-tahu je apa yang ada di dalam fikiran Marissa.
"Bolehlah..." balas Marissa acuh tak acuh. Kalau dia kata ya, kembang semangkuk suaminya nanti.
"Eh, sayang nak pergi mana?" soal Harraz apabila Marissa sudah turun dari katil.
"Mandi,"
"Wait, mandi tu jangan lama sangat tau," pesan Harraz sebelum isterinya melangkah menuju ke bilik mandi.
"Kenapa? Nak jimat bil air eh?" Marissa membuat andaiannya. Manalah tahu family Harraz ni jenis yang tak suka membazir.
"No la sayang..." Harraz ketawa besar mendengar andaian isterinya.
"Then?"
"Nanti abang rindu kalau sayang lama-lama dekat dalam," terangnya dan satu tamparan lembut mengena pada bahunya.
"Abang punya tahap mengada-ngada ni kan, mengalahkan budak kecil tau!" Jeling Marissa diselangi dengan gelengan kecil.
"Abang mengada dengan sayang aje. Kalau abang mengada dengan orang lain, sayang marah pula nanti." Harraz berkata dengan selamba sambil membuka wardrobenya.
Mencuka muka Marissa. Dia berpeluk tubuh. Orang lelaki memang macam ni eh? Tak sah kalau tak sebut pasal perempuan lain. Kalau kita yang sebut pasal lelaki lain nanti, tahu pula nak marah. Huh, menyampah pula Marissa dibuatnya.
"I'm not jealous, okay!" balas Marissa. Dia perhatikan gerak geri Harraz yang sedang mengeluarkan sehelai T-shirt biru.
"Abang tak cakap pun yang sayang cemburu." Harraz berpaling menghadap isterinya.
"Atau sayang memang cemburu bila abang cakap macam tu?" sambungannya seraya senyum sumbing.
Marissa terkebil-kebil. Ah! Dia hampir masuk ke dalam perangkap lelaki itu. Muka cuba beriak selamba.
"Ris tak jeles okey!" tekannya lalu bebola mata diputarkan.
"Hmm, dari amatan mata abang, sayang nampak cemburu. Am I right?"
Dia berlalu ke birai katil. Punggung dilabuhkan sambil mata memanah tepat sepasang iris hazel itu.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...