AWAL-AWAL pagi lagi Marissa dah bangun dan membersihkan diri. Manakan tidak, sekajap lagi selepas sarapan staf-staf Golden Hotel ingin adakan game untuk mereka bermain sekejap lagi. Semalam barbeku, harini nak main game pula. Aduh, terasa malas betul mahu mengikut serta nanti. Kalau dia mengelat, aci tak?
"Good morning, sayang!" Harraz mencuit bahu Marissa yang sedang duduk di kerusi lobi resort tersebut.
"Hish, awak ni! Cuba bagi salam. Kan lebih elok? Lagi satu, jangan panggil saya sayang boleh tak? Malu tau kalau orang dengar!" Marissa menjeling Harraz yang sudah mengambil tempat di hadapannya. Mata melinggas ke kiri dan ke kanan. Takut-takut ada yang mendengar panggilan Harraz kepadanya tadi.
"Nak malu apa? Lambat laun nanti diorang tahu juga hubungan kita ni kan? Lagipun, apa salahnya kalau kita berlatih awal-awal? Nanti dah kahwin tak adalah kekok. Betul tak?" sengihan nakal dilemparkan.
Marissa menjulingkan matanya ke atas. Huh, nak berlatih konon! Semua tu alasan semata-mata! Cakap ajelah nak menggatal, kan senang?
"Mana diorang ni? Lambatnya... Saya ni dah lapar tau. Sekejap lagi game dah nak mula." Marissa merungut seraya kepalanya ditinggikan mencari kelibat rakan sekerjanya. Batang hidung Naim pun dia tak nampak. Takkan tak bangun lagi? Dah pukul sembilan pagi ni.
"Diorang dah lama pergi makan." Harraz menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
Terbeliak mata Marissa. Dah lama pergi makan? Kenapa tak ajak dia sekali? Jadi, apa fungsi dia menunggu di sini? Untuk dijadikan patung cendana ke apa? Mati-matian dia ingatkan mereka akan berkumpul di lobi ini dulu. Rupa-rupanya, Marissa silap. Dia pula yang macam orang bodoh duduk seorang diri di lobi ini.
Tiba-tiba, datang seorang pelayan membawa makanan kepada mereka. Terkebil-kebil mata Marissa melihat makanan yang telah dihidangkan di depan matanya. Rasanya dia tak ada pula order makanan tadi. Ini tak lain tak bukan mesti kerja Harraz! Terus matanya dikalihkan memandang Harraz yang sudah mengambil sepotong sandwich lalu diletakkan ke dalam pinggan.
"Kenapa tak makan lagi? Kata lapar?" Harraz menguyah perlahan sandwich di dalam mulutnya. Melihatkan Marissa yang lambat itu, terus dia mengambil satu lagi sandwich dan disuapkan ke dalam mulut gadis itu.
"Buka mulut cepat." Nak suruh makan pun susah. Nak kena suap baru nak makan ke macam mana ni?
Tanpa banyak bunyi, mulutnya dingangakan. Makan ajelah. Perutnya pun dah lapar. Malas nak bertekak hanya disebabkan makanan.
"Mama aku dah bertanya pasal kau tau." Harraz meneruskan kata. Reaksi Marrissa dikerling sekilas. Seperti apa yang dia agak, gadis itu sudah semestinya terkejut besar.
Serta merta kunyahan di dalam mulut Marissa terhenti. Putus seleranya selepas mendengar ayat Harraz tadi.
"Ap...apa dia? Cu...cuba awak ulang balik?" alahai Marissa, gabra betul kau! Buat rilek sudahlah. Tengok tu, terbahak-bahak Harraz ketawakan kau.
"Rileklah sayang. Kenapa sampai tergagap-gagap ni?" kening diangkat. Sengaja mahu menyakat wanita itu.
"Amboi, sakan awak gelakkan saya ya? Macam mana mama awak boleh tahu tentang saya?" entah kenapa, Marissa tak ada rasa nak marah pun. Seolah-olah dia okey saja Datin Kalsom bertanyakan tentang dirinya. Terkejut juga Harraz. Dia sangkakan Marissa akan melenting. Tapi tengok gaya, wanita itu seakan tidak kesah pun. Siap sambung makan lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...