BAB 2

13.4K 889 177
                                    

MARISSA memandang pantulan dirinya di hadapan cermin. Dia kemudian mengeluh perlahan. Dari semalam, tidak henti-henti bibirnya merungut dan mengeluh. Entah apalah yang mengganggu fikiran wanita muda itu agaknya. Pasti sesuatu yang merungsingkan hati.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Frame di atas meja soleknya diambil. Dia tersenyum nipis memandang gambar tersebut. Kenangan dia bersama Lisa ketika berada di England. Tubir mata terasa panas. Dia lemah kalau hal-hal yang mengaitkan arwah Lisa.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu menyentakkan lamunannya. Frame tadi diletakkan kembali ke tempat asal. Sekali lagi dia memandang pantulan dirinya. Nafas ditarik sedalam mungkin dan dilepaskan laju. Dengan pantas, handbag diambil lalu kaki melangkah ke muka pintu bilik.

"Sarapan dah siap, Ris." Mak Kiah tersenyum memandang wajah putih bersih itu. Wajah yang dibela sejak wanita muda itu berumur lima bulan lagi.

"Selamat pagi, Mak Kiah. Mak Kiah dah makan?" Marissa menghulurkan tangan. Dikucup lembut tangan tua itu. Bahu pembantu rumahnya digamit lembut. Dia sudah menganggap Mak Kiah seperti ibunya sendiri.

"Dah, Ris... Kamu lawa-lawa pagi ni nak ke mana? Masuk office dah?" Mak Kiah bertanya lembut. Mereka kemudian sama-sama menuruni tangga dan menuju ke ruangan makan. Kelihatan Mak Kiah telah siap menyediakan sarapan.

Marissa mengangguk lalu kerusi makan ditarik. Sepotong kuih seri muka diambil lalu disuapkan ke dalam mulut.

Bip!

Kereta Cik Ris saya dah siapkan. Kunci ada pada Pak Abu.

Marissa melihat mesej yang masuk. Baki kuih tadi diletakkan ke atas piring. Dengan segera, dia bangun lalu berjalan ke muka pintu utama. Dia tidak boleh membazir waktu. Maklumlah, hari ini adalah hari pertamanya bekerja.

"Tak sarapan dulu, Ris?" Mak Kiah bertanya. Dia hanya memerhati gerak-geri Marissa yang kelihatan sedikit kelam-kabut.

"Tak, Mak Kiah. Ris pun dah lambat ni," ujar Marissa seraya menggelengkan kepala. Kunci kereta yang dihulur oleh Pak Abu diambil. Enjin kereta kemudian dipanaskan.

"Ris pergi dulu ya, Assalamualaikum!" Marissa melambai dari dalam kereta. Tersenyum kedua-dua orang tua itu.

Mak Kiah dan Pak Abu memerhati Honda Jazz yang berlalu pergi dan mula meredah daratan yang penuh sesak dengan kereta serta bunyi bingit daripada kota raya itu. Itulah kehidupan sebenar di bandar metropolitan ini.

•••

KAKU kakinya berdiri sambil mata memandang segenap ruang bangunan itu. Entah kenapa, dadanya berdegup kencang. Hati rasa tak tenteram, macam nak pusing balik dan keluar dari bangunan gah ini. Perut pula rasa sebu tak tentu pasal. Ah sudah, banyak pula ragamnya hari ini.

"Cik, boleh saya bantu?"

Marissa menoleh ke belakang. Dia melemparkan senyuman manis kepada seorang gadis muda yang menegurnya tadi. Daripada dia terusan tercongok macam orang bodoh di sini, lebih baik dia meminta bantuan daripada gadis manis itu.

"Pejabat Harraz Daniel dekat tingkat berapa ya?"

"Cik ada buat appointment?"

"Actually, saya PA baru Harraz Daniel." Nak tak nak saja Marissa bercakap. Namun, bibir masih lagi mengukir senyuman. Terasa berpasir mulutnya ketika menyebut nama lelaki itu. Sebal!

"Ouh, Cik Orkid ke? Kalau macam tu, Cik duduk dulu di sana. Saya panggil Naim sekejap," ujar Suzie, receptionist di situ. Pipinya ternaik menguntum senyuman mesra. Dalam diam, dia memuji kecantikan Marissa. Wanita itu anggun dan kelihatan elegant, sepertinya orang berada.

Marissa berjalan ke arah tempat yang ditunjukkan Suzie tadi. Sementara menunggu Naim, dia mengeluarkan telefon pintarnya.

Beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki muda. Suara garau itu mula menegur Marissa yang sedang leka.

"Cik Orkid? Saya Naim, pembantu Encik Harraz." Naim memperkenalkan dirinya. Mata tidak lepas memandang Marissa atas bawah.

'Mak oii, takkan cantik macam ni nak jadi PA bos? Ni standard-standard pramugari ni.' Naim mendesis perlahan. Tersengih-sengih dia memandang Marissa. Gatal! Marissa pula hanya mengangguk kepalanya. Jadi, lelaki ini juga merupakan pembantu Harraz?

"Jom, saya tunjuk pejabat Encik Harraz."

Tanpa banyak tanya, Marissa mengekori langkah Naim yang menuju ke lif. Dia menayang senyuman sebagai tanda terima kasih kepada Suzie yang sedang berdiri itu.

"Dah berapa lama awak kerja dengan Harraz Daniel? I mean Encik Harraz." Cepat-cepat dia mengubah panggilan lelaki itu. Dia tidak mahu Naim memandang serong kepadanya pula.

"Hampir 3 tahun juga, Cik Orkid. Encik Harraz tu baik orangnya. Walaupun kadang-kadang macam singa jantan, tapi hati dia baik." Ramah Naim bercerita. Kasi angkat sikit bosnya yang garang itu. Ceh!

Marissa senyum mengejek. Baiklah sangat!

"Cik Orkid sebelum ni kerja mana? Dah kahwin? Ke dah bertunang? Atau janda?" Selamba badak je Naim berkata begitu. Mulut celupar betul!

Marissa mengerutkan dahi. Mamat sepet ni memang sengal macam ni ke apa? Mulut tak bertapis langsung.

"Masih solo lagi, Naim." Marissa pura-pura ketawa. Dalam hati bukan main menyampah lagi dia. Bilalah lif ni nak sampai?

"Jom, Cik Orkid. Saya tunjukkan pejabat Encik Harraz," beritahu Naim apabila pintu lif kembali terbuka.

Marissa hanya mengekori sambil memandang keadaan sekeliling. Entah mengapa jantungnya kini berdegup kencang. Dia melekapkan tangannya ke dada apabila sepasang mata itu terpandang akan tanda nama di pintu pejabat.

"Cik Orkid okey?" soal Naim. Kening bertaut pelik melihat Marissa yang kelihatan resah semacam.

Pertanyaan Naim mematikan khayalan Marissa. Dia mengangguk perlahan. Marissa menarik nafas dalam-dalam. Gemuruh!

Kau yang mulakan, Ris. Dan kau juga penentu penamatnya.

Naim mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum membukanya. Mata Marissa tajam memerhati lelaki yang sedang tekun menyiapkan kerjanya itu. Daripada rambut hitam sehingga jari-jemari yang sedang menari di atas papan kekunci itu dia perhatikan.

"Ada apa Naim?" Harraz masih tidak mengangkat mukanya. Serius menyiapkan kerja yang bertimbun dia atas meja.

"Bos, ini Cik Orkid Dhialisa. PA baru Bos..."

Terus terhenti jari-jemarinya. Harraz mengangkat muka. Kini, empat mata saling bertentangan. Harraz kemudian bangun lalu berjalan ke arah Marissa. Langsung tidak berkelip matanya memandang gadis itu. Liur diteguk kesat. Mulutnya bagaikan terkunci rapat. Cuma anak mata helangnya saja yang meliar ke seluruh wajah milik Marissa.

"Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." Salam perkenalan dihulurkan.

Marissa memaksakan juga bibirnya untuk senyum. Kalau boleh, pandang muka lelaki ni pun dia tak mahu. Perasaan marah, dendam semuanya bersatu.

"Orkid?"

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang