BAB 39

4.8K 286 13
                                    

Hello! Sorry semalam terpub bab 39 but sebenarnya nk pub bab 38. Bagi yg belum baca bab 38, silalah baca dulu 🤗

Ok guys, ni dh betulkan balik. If wattpad buat hal lagi, idk what to say la *nangis* 😌

__________


     MAKAN malam pada malam itu sesekali diselangi dengan gelak tawa daripada kedua-kedua belah keluarga. Harraz memandang Marissa yang duduk berhadapan dengannya. Kenyitan mata nakal diberikan apabila pandangan mereka bertembung.

"Amboi-amboi budak berdua ni, main mata pula ya? Ingat kami tak nampak?" tegur Datin Kalsom dan serentak itu Harraz cepat-cepat menghabiskan makanannya. Marissa pula sudah tertunduk memandang pinggan.

"Mana ada mama ni," sanggah Harraz lalu menggeleng laju. Tersengih-sengih mereka yang ada di ruang makan itu. Malu-malu konon!

Marissa berdehem perlahan cuba menyorok rasa segannya. Aduh, tak pasal-pasal kena usik. Haih, Harraz ni pun satu! Masa makan pun sempat lagi nak menggatal dengannya.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan Dato Malik dan Datin Syarifah akan niatnya untuk berkahwin, akhirnya kata putus sudah diberi. Kedua-dua orang tuanya memberi restu.

Mula-mula tu terkejut juga Dato Malik dan Datin Syarifah apabila Marissa menyatakan niatnya untuk bernikah. Terkejut bukan kepalang lagi setelah mengetahui dia mahu berkahwin dengan Harraz, lelaki yang konon-kononnya dia berdendam dahulu.

Nasib baik sajalah Dato Malik dan Datin Syarifah tidak melarang. Kata mereka, dia sudah besar untuk membuat keputusan sendiri. Mana yang baik, mereka ikutkan saja. Masih terngiang-ngiang lagi perbincangan Marissa dengan orang tuanya seminggu lepas.

•••

"Mama, papa... Ris nak kahwin," ujarnya tanpa berselindung lagi.

Datin Syarifah yang sedang membelek majalah itu terus mengangkat mukanya. Tak berkelip dia memandang Marissa.

"Apa kamu cakap? Cuba ulang balik," tegas Datin Syarifah menyuruh. Majalah yang dibacanya tadi, diletakkan semula di atas meja kaca.

Helaan dilepaskan. Dato Malik dipandang sekilas. Kelihatan papanya sedang leka dengan iPad di tangan. Lantas, pandangannya dijatuhkan semula pada Datin Syarifah yang masih menunggunya untuk membuka mulut.

"Ris... Ris nak kahwin."

Sontak, Datin Syarifah terus berdiri sambil bercekak pinggang. Anak daranya itu ditenung lama.

"Kamu jangan nak main-main, Marissa." Datin Syarifah menggeleng. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba anaknya itu mahu berkahwin? Kalau sebelum ini, hal perkahwinanlah yang paling anaknya itu mahu elak. Tapi hari ini, lain pula jadinya.

"Tak, Ris serius!"

"Astagfirullahalazim... Abang, cuba awak tengok sikit anak awak ni. Tiba-tiba aje nak kahwin. Hish!" Bahu Dato Malik ditepuknya. Suaminya itu, sempat lagi bermain candy crush sedangkan mereka tengah berbincang perkara serius ini.

"Apadia, Pah?" soal Dato Malik acuh tak acuh. Kacau konsentrasi dia sajalah!

"Ya Allah orang tua ni! Bang, anak kita nak kahwin! Awak dengar ke tak? Bak sini iPad awak tu," geram Datin Syarifah dibuatnya. Lantas, iPad di tangan Dato Malik diambil.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now