"ABANG..."
Tombol pintu bilik gym ditarik. Marissa menapak masuk mencari suaminya. Sorotan mata jatuh pada Harraz yang sedang melakukan senaman chin up bar exercise. Marissa memerhati lama.
"Seksinya suami aku..." bicara Marissa dan dia masih kaku berdiri. Setiap gerakkan Harraz diperhatikan. Langsung tak berkelip matanya.
Setiap inci tubuh Harraz diintai. Dahlah, tidak berbaju. Berseluar separas lutut pula tu. Dengan peluh yang laju turun membasahi kulit suaminya membuatkan Marissa telan liur. Harraz sememangnya seorang yang menjaga badan. Setiap minggu, suaminya pasti akan meluangkan masa di bilik gym ini untuk melakukan senaman.
Kadang-kadang, Marissa ikut serta juga. Cuma dia lebih suka buat senaman ringkas. Ada masa, dia mengelat juga. Kalau tak pun, dia akan teman Harraz bersenam sambil melayan movie di bilik gym ini. Sambil tengok movie, boleh juga dia cuci mata tengok keseksian tubuh suaminya. Benda halal kan? Tengok ajelah!
"Sayang? Kenapa berdiri dekat pintu tu?" Harraz tersenyum memandang isterinya yang masih terpaku di situ. Lantas, dia mencapai tuala kecil yang disangkut sebelum menghampiri Marissa.
"Err, tak ada apa. Saja cari abang." Marissa melarikan anak mata dari terus menatap Harraz. Mahu terloncat keluar jantung Marissa tatkala Harraz mendekatkan mukanya. Nafas kasar lelaki itu betul-betul berada dekat di tepi pipi.
"Why are you blushing?" soal Harraz, mengusik.
"Ouh, I know. Mesti sayang tergoda tengok abang sekarang ni kan? Hot? Sexy?" sambung Harraz lagi, terlebih perasan. Dia gelak menerima cebikan daripada isterinya. Rambut yang basah dengan peluh dilap menggunakan tuala kecil.
"Abang..." Setapak Marissa mendekati Harraz yang sedang membentang exercise mat.
Jeda.
"Hmm?" Lambat Harraz menjawab. Kemudian, dia menoleh memandang Marissa yang sedang mengayuh spin bike.
"Kalau sekejap lagi Ris nak keluar boleh tak?" soalnya dengan mata terkelip-kelip. Sambil mengayuh, bibirnya tak lekang dengan senyuman.
"Tak boleh," jawab Harraz selamba. Terbejat pergerakan Marissa. Kayuhannya serta merta terhenti. Muka dah masam.
"Alaaa, kenapa tak boleh pula?"
"Sebab abang kata tak boleh." Nak tergelak Harraz dibuatnya tatkala wajah si isteri semakin cemberut. Bibir semakin memuncung ke depan. Fuh, ada yang nak kena cium ni nanti!
"Alaaa, bolehlah..." Meleret intonasi Marissa.
"Sayang nak keluar buat apa? Duduk ajelah dekat rumah. Teman abang ni ha," komen Harraz seraya mencapai botol minuman. Air diteguk rakus.
"Ris ada hal dekat luar," jawabnya. Harap-harap Harraz izinkan dia untuk keluar. Sebenarnya, dia nak bertemu dengan Shafqi. Lelaki yang dia bertemu dekat mall tempoh hari. Marissa ingat nak belanja Shafqi minum memandangkan dia dah berjanji dengan jejaka tersebut.
Kebetulan, Aini tak jadi datang ke rumahnya hari ini. Jadi, peluang itu diambil oleh Marissa untuk berjumpa dengan Shafqi. Tak sedap pula kalau dia memungkiri janji terhadap lelaki itu. Sedangkan, dia yang beria-ria mengajak Shafqi minum dek rasa bersalahnya kerana telah menumpahkan air di baju jejaka tersebut.
"Penting ke?" Botol air diletakkan semula. Keningnya terangkat sambil memandang si isteri.
"Penting!"
"So, hal dekat luar tu lebih penting daripada abang?" soal Harraz, sengaja nak menguji Marissa.
Terkelu lidah Marissa. Dia menggaru tengkuknya. Lalu, dia melangkah turun dan berjalan ke arah suaminya.
![](https://img.wattpad.com/cover/188861847-288-k985530.jpg)
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...