BAB 19

5.9K 378 19
                                    

     "AH, penatnya!" tubuh langsingnya dibaringkan di atas katil tersebut. Katil yang kosong disebelah kirinya dilihat. Ada beg, tapi mana si pemiliknya? Mungkin keluar berjalan-jalan kut. Marissa membuat andaian sendiri.

Mata dipejam rapat. Terasa penat tubuhnya walaupun perjalan tersebut bukanlah mengambil masa yang lama pun. Tambahan lagi, Harraz yang memandu bukannya dia.

"Hmm, wangi!" Marissa mencium bunga ros putih pemberian Harraz tadi. Niat nak sumbat dalam beg, tapi sayanglah. Rosak pula bunga tersebut nanti. Dahlah ini bunga kesukaannya. Ros putih!

Ingatan kembali berterbangan pada kejadian tadi. Secara tak langsung, bibirnya naik menyungging satu lukisan bahagia.

•••

     HARRAZ yang sedang memandu itu mengerling Marissa disebelah. Kelihatan gadis itu sedang mengurut dahinya.

"Kau okey tak ni?" Harraz menyoal risau. Bukan dia tak tahu Marissa itu mabuk kereta. Lagi-lagi kalau dia duduk terlalu lama di dalam kereta. Perjalan mereka ke Teluk Cempedak pula mengambil masa beberapa jam. Pasti gadis itu berada dalam keadaan tak selesa saat ini.

Marissa geleng kepala. Pening, mual semuanya dia rasa sekarang ni. Rasa mahu saja dia pejamkan mata dan tidur. Tapi nanti kesian pula Harraz memandu seorang diri.

"Kau tunggu sini sekejap." Harraz menghentikan keretanya di hadapan sebuah kedai bunga. Nasib baik mereka tidak berada di atas highway lagi. Kalau tak, mana dia nak cari kedai bunga disitu?

"Eh, kita buat apa dekat sini?" Marissa membuka mata. Tapi sayangnya, Harraz dah keluar dari perut kereta terlebih dahulu. Berkerut dahi Marissa menghantar langkah kaki lelaki itu yang sudah masuk ke dalam sebuah kedai bunga.

Lantaklah! Malas Marissa nak ambil tahu. Buat tambah pening di kepala dia nanti. Sementara tunggu Harraz kembali, baik dia lelapkan matanya buat seketika.

Beberapa minit kemudian, terasa kereta tersebut dibuka oleh seseorang. Tak perlu buka mata, dia pasti itu Harraz. Namun, hidungnya terhidu bau yang sangat dia kenal. Terus celik matanya dan memandang Harraz disebelah.

"Ros putih!" bersinar mata Marissa melihat jambangan bunga mawar putih itu.

"Untuk saya?" Marissa menyoal. Kepala panggung memandang Harraz yang mengangguk itu.

"Kau mabuk kereta kan? Aku harap, bau daripada bunga ni dapat hilangkan sikit rasa pening kau tu." Kereta mengundur ke belakang. Bunga sudah beralih tangan dan dari sisi matanya, dia dapat melihat Marissa yang begitu ralit menghidu bau daripada ros tersebut.

"Macam mana awak tahu saya mabuk kereta?" sikit demi sikit, bau daripada bunga itu menghilangkan rasa pening dan loyanya. Bila je dia hidu bau daripada bunga ros ini, automatik segala rasa tak enak yang hadir terus lesap pergi. Pelik, tapi itulah hakikatnya.

"Err, aku agak jelah. Sebab kau dari tadi picit dahi." Harraz telan liurnya. Aduh, ini namanya memang sengaja kantoikan diri sendiri!

"Kenapa mesti bunga ros putih ni yang awak bagi?" Marissa bertanya lagi. Sangsi.

Cipta alasan, Harraz! Cipta alasan!

"Kan orang sakit selalunya bagi bunga? So, aku bagi jelah kau bunga. Kalau kau tak suka, meh sini. Aku campak dekat luar." Logik alasan yang diberi. Nak fikir alasan lain pun, dia kekeringan idea ketika ini. Apatah lagi kerlingan iris gadis itu seakan mengesyak sesuatu terhadapnya.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now