BAB 83

7.8K 509 133
                                    

PANG!

"Kau memang jahanam, Harraz!" Sekali lagi tangan naik ke udara. Namun, pegangan kuat dari seseorang membantutkan tindakannya itu. Lahar kemarahannya semakin membuak-buak naik.

"Lepaskan saya, Taufik! Biar saya kerjakan jantan ni cukup-cukup!" Aini semakin berang. Air matanya laju menhujani pipi. Wanita itu bergelut dengan tunangnya.

Harraz cuma diam. Bibirnya terkunci rapat. Mukanya bercalar sana sini. Di hujung bibirnya, masih ada sisa darah yang belum dicuci. Tak payah tanya bagaimana rasa sakitnya. Nak buka mulut pun agak susah. Kuat juga Shafqi menumbuknya tadi.

Tapi, padanlah dengan mukanya. Sakit yang ditanggung sekarang, tak setanding sakit yang sedang Marissa hadapi. Wanita itu masih dalam rawatan. Mujur, kereta hitam itu tadi berlanggar dengan sebuah pokok besar.

Kereta itu tiba-tiba saja terbabas ke arah kanan dan menghentam sebatang pokok. Jika tidak, memang Marissa yang menjadi mangsa. Cuma wanita itu masih perlu mendapatkan rawatan susulan dek insiden yang berlaku tadi. Marissa pengsan akibat kehilangan darah yang banyak. Dan wanita itu masih di dalam emergency room bagi mendapatkan rawatan.

Seketika kemudian, Harraz meraup wajahnya. Berdecit-decit dengusan kasar yang dilepaskan. Kalau ada perkara buruk yang menimpa Marissa dan bayinya, memang Harraz takkan maafkan dirinya! Dia yang bersalah! Dia yang menolak wanita itu tadi!

Pipi yang sakit semakin terasa pedih dek tamparan berbisa daripada Aini. Wanita itu benar-benar mengamuk tika ini. Merah mata Aini menikam wajahnya. Ya, Harraz tahu dia bersalah. Dia tahu apa yang jadi sekarang ni berpunca daripada dirinya. Hukumlah dia.

"Aini! Bawa bersabar. Ini hospital. Awak tak boleh buat kecoh dekat sini!" Keras nada Taufik. Dia memegang kuat lengan tunangnya. Aini kalau mengamuk, boleh terbalik hospital ni. Yalah, siapa je yang tak marah bila kawan baik diperlakukan sebegitu rupa? Walaupun Taufik tidak rapat sangat dengan Marissa, namun dia tetap bersimpati dengan wanita itu.

Kecil besar aje Aini merenung Harraz. Rasa mahu dibunuh lelaki itu. Dia tak sangka Harraz sanggup mengasari Marissa. Apa yang dah merasuk fikiran lelaki itu sehingga Harraz sanggup melayani Marissa sebegitu rupa?

"Biar! Biar satu hospital tahu yang lelaki depan saya ni perangai macam binatang! Kau dayus! Kenapa kau pukul Marissa? Kenapa kau tolak dia? Kenapa Harraz?!" amuk Aini lagi. Dia menolak-nolak dada lelaki itu. Tak cukup lagi, bahu Harraz dipukulnya.

Taufik di belakang dah tak senang duduk. Susah mahu mengawal kemarahan Aini yang semakin memuncak. Kalau dia tak ikut wanita itu ke sini tadi, memang lunyai Harraz dikerjakan oleh tunangnya. Dia tengok muka Harraz pun dah tak macam muka manusia. Teruk juga lelaki itu dibelasah.

"Aku... Aku minta maaf..." Lemah suara Harraz. Matanya terpejam rapat. Silapnya kerana menolak Marissa tadi. Jika tidak, benda bodoh ni takkan berlaku. Dia tidak akan dimalukan oleh Aini. Dan yang paling penting, isterinya tidak akan masuk hospital. Nyawa wanita itu tidak akan berada dalam situasi bahaya.

Semua salah kau, Harraz!

"Pergi mampus dengan maaf kau!" Lancang mulut Aini. Turun naik dada Aini menahan gelora amarah. Kali ini, dia betul-betul marahkan Harraz.

Harraz cuma mampu diam. Matanya menekur lantai hospital itu. Rasa bersalah mengasak dada.

"Aku... Tak sengaja tolak Marissa tadi. Aku hilang kawalan, Aini." Bicara Harraz semakin lemah. Dia terduduk di atas kerusi hospital.

"Tipu! Kau memang sengaja tolak dia kan? Kenapa Harraz? Kenapa kau buat kawan aku macam tu? Kenapa kau biarkan dia pergi check up sorang-sorang? Semalam, kau tampar dia hanya disebabkan Natalia! Shafqi dah ceritakan semuanya pada aku la! Kau memang jantan dayus! Kau tak layak untuk Marissa! Mana janji kau dulu? Kau janji dengan aku yang kau akan jaga dia dengan baik! Kau takkan sakiti dia! Tapi mana janji tu sekarang Harraz? Mana?!"

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now