BAB 79

5.5K 398 200
                                    

BUNYI deringan telefon dibiarkan tidak berjawab. Tertera nama Shafqi pada skrin telefonnya. Marissa mengeluh lemah.

"Abang tak suka Ris berkawan dengan Shafqi," ujar Harraz, tegas. Pemanduan diteruskan.

"Perlu ke abang bagi sebab? Dengar ajelah cakap abang ni. Tak payah nak melawan sangat. Bukan susah pun. Ke Ris dah kemaruk sangat dengan dia?" tebak Harraz kembali meninggikan suara.

"Kawan tak kawan. Kalau abang kata abang tak suka, bermaksud abang tak suka. Dan Ris jangan sesekali ingkar arahan abang." Bicara Harraz lebih tegas dan keras. Terselit amaran dalam ayatnya.

Amaran Harraz tempoh hari masih segar dalam ingatan. Kalau tak difikirkan Harraz itu suaminya, memang Marissa ingkar je arahan lelaki itu. Setakat nak berkawan dengan Shafqi, takkan tak boleh?

Marissa pun tak fahamlah kenapa Harraz benci sangat dengan Shafqi. Padahal lelaki itu bukannya pernah mencari gaduh dengan suaminya. Entah apa sebab dan alasan Harraz, Marissa pun tak tahu.

Terdengar kuakan pintu dari luar. Marissa terus palingkan wajahnya memandang figura yang baru masuk ke dalam bilik. Kelihatan Harraz sedang membuka tali lehernya. Raut wajah suaminya nampak biasa-biasa saja.

"Tak reti nak sambut suami balik ke?" perli Harraz selamba. Dia mencampakkan tali leher tadi di atas katil.

Marissa menyabarkan hatinya. Inilah perangai baru Harraz. Suka sangat mencari salahnya. Apa yang dia buat, ada je yang tak kena di mata Harraz. Sungguh Marissa tak faham penyebab utama suaminya itu berubah.

"Abang baru balik?" Lembut Marissa menegur suaminya. Dia mendekati Harraz yang ingin membuka butang kemeja. Dialihkan tangan Harraz lalu butang kemeja tersebut dibuka satu persatu.

"Yalah, baru baliklah ni. Ingatkan balik ada isteri-isteri abang tunggu kat bawah. Rupanya Natalia aje yang sambut abang. Ris buat apa dalam bilik ni? Bergayut dengan jantan lain ke?" Sinis betul bunyinya. Dia menjeling Marissa dari ekor mata. Air muka wanita itu berubah sendu.

'Ya Allah, sabarkan hati aku.'

Marissa senyum nipis. Walaupun hatinya terasa sangat sakit, tapi dipujuk agar tidak cepat melenting. Apalah dosanya terhadap Harraz sehingga lelaki itu sanggup melayannya dengan kasar? Langsung tidak dijaga hati dan perasaannya.

"Sorry, Ris tak berapa sihatlah. Sebab tu duduk dalam bilik je," terang Marissa ringkas. Mukanya pucat seakan tidak berdarah.

"Alasan yang sama jelah Ris ni. Asyik-asyik kata tak sihat. Tadi Natalia mengadu dengan abang yang Ris tak tolong dia buat kerja rumah pun. Ris ni kenapa? Susah sangat ke nak tolong dia? Natalia tu kan tengah mengandung. Kalau jadi apa-apa dekat dia, siapa yang susah? Abang juga kan?" Harraz membebel lalu berjalan membuka closet.

Tercengang Marissa selepas mendengar omelan suaminya. Natalia menuduh dia tidak membuat kerja rumah? Allahu... Sedangkan Marissa lah yang mengemas rumah ni tadi. Masa dia tengah mengemas, Natalia sedang terbongkang tidur di dalam biliknya.

Sekarang ni, pandai-pandai pula Natalia membuat cerita pada Harraz. Kalau cerita benda yang betul tak apa juga, ini sebaliknya. Memang perempuan tu sengaja nak tengok Harraz memarahi dia ke apa?

"Ouh, Natalia mengandung. Abistu Ris ni apa? Tak mengandung?"

"Amboi, dah pandai berkira pula sekarang? Natalia tu kandungan dia masih awal lagi. Ris tu dah nak masuk lima bulan dah pun. Abang takdelah risau sangat."

Ris tu dah nak masuk lima bulan dah pun. Abang takdelah risau sangat.

Mata dipejam erat. Sakitnya rasa ini. Sungguh, Marissa tak kuat lagi untuk memujuk hatinya setiap kali ayat bisa Harraz menerjah telinga. Kenapa Harraz tak bunuh saja dia? Kenapa perlu diseksa hatinya?

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang