BAB 53

4.9K 344 109
                                    

         KONSENTRASI Harraz terganggu saat mendengar ketukan di muka pintu yang bertalu-talu. Dia berdecit kecil. Siapa pula yang mengganggu dia pada waktu makan tengahari ni? Rasa-rasanya, semua pekerjanya sudah keluar memandangkan sekarang adalah waktu rehat.

"Masuk!" laungnya tanpa mengangkat muka melihat figura yang sudah tercongok di depan meja.

"Bos..." Gemersik dan sangat lembut menyapa halwa telinga Harraz.

Pen terlepas dari tangan. Seketika, Harraz mengeluh.

"Awak nak apa lagi, Natalia?" soalnya kasar. Harraz palingkan wajahnya ke sisi. Kejadian semalam terlayar semula di kotak memori. Ingatkan bila dah tegur wanita itu semalam, Natalia tidak berani nak tunjuk muka lagi. Tapi sangkaannya meleset.

"Saya cuma nak bagi bos air je. Bos tak keluar makan tengahari?" Natalia cuba beriak selamba. Dia tidak mempedulikan riak wajah Harraz yang seakan benci untuk memandangnya.

Sabar Natalia. Encik Harraz memang macam tu.

Hati berbisik kecil. Lantas, cawan yang dibawa tadi diletakkan di atas meja Harraz. Senyuman diukir.

"Ambil balik air awak ni. Saya tak nak. Dan tolong keluar dari sini. Saya ada banyak lagi kerja nak buat," ujar Harraz, dingin. Cawan tersebut ditolak. Mukanya langsung tak diangkat.

Natalia ketap bibir. Panas sungguh hatinya tatkala wajah kacak itu tidak mahu menentang mukanya. Geram.

"Bos... Janganlah macam tu... Saya... Saya..."

"Saya apa? Boleh tak awak cakap saja apa yang awak nak? Tolong jangan bazirkan masa saya, Natalia. Cakap, apa yang awak nak?" Harraz bersandar pada kerusi pejabatnya sambil berpeluk tubuh. Dia menanti seulas bibir Natalia untuk menuturkan kata.

Saya nak bos! Detik hati Natalia.

"Saya cuma nak minta maaf dengan bos pasal perkara semalam. Sumpah! Saya pun tak tahu kenapa saya berani bertindak sejauh tu. Saya minta maaf bos," tutur Natalia bersama nada yang kedengaran sedih. Dia menundukkan wajah. Konon-konon menyesal di atas tingkah lakunya semalam. Dasar hipokrit!

Harraz membatukan dirinya. Natalia dipandang atas bawah. Sepanjang wanita itu bekerja dengannya, tak pernah lagi Natalia berkelakuan aneh seperti semalam.

Memang ada desas-desus yang mengatakan bahawa wanita itu mempunyai perasaan terhadapnya. Tapi Harraz buat tak endah. Natalia menyimpan perasaan terhadap dia? Nak tergelak pun ada bila mendengar khabar angin itu.

"Err, bos masih marahkan saya lagi ke?" Takut-takut Natalia angkat muka.

Harraz tarik nafas panjang. Nak marah, tapi bila mendengar balik ujaran Natalia tadi, niatnya terus terbantut. Dia seakan percaya dengan omongan gadis itu. Lantas Harraz bangun dan menapak ke sofa. Air yang Natalia hidang tadi turut dibawa sekali.

"Thank you for this coffee." Harraz ukir senyuman nipis.

Natalia menahan diri dari melompat teruja. Dia agak, Harraz dah tak marah kepadanya. Bibir dah terjongket lebar. 

"Bos dah tak marah saya ke?" soalnya berpura-pura inginkan kepastian. Setapak dia melangkah mendekati Harraz yang sedang duduk. Dan kini, dia berdiri di tepi lelaki itu.

"Taklah. Saya pun dah malas nak fikir pasal hal semalam tu. Saya anggap apa yang jadi semalam tu di luar kawalan awak," ujar Harraz seraya menggeleng perlahan. Dia minum sedikit air yang Natalia bawa. Fokusnya kini terhadap kertas-kertas kerja yang menimbun. Tak lama lagi projek di Ampang akan dilaksanakan. Sebab itulah dia sibuk sekarang ni. Nak keluar makan pun tak sempat.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now