"KENAPA dengan kau ni, Talia? Muka masam aje. Dari semalam aku perhatikan kau. Muka tak ubah macam ayam berak kapur." Laila bertanya. Natalia dipandang hairan. Yalah, dari semalam Natalia asyik menayang wajah cemberutnya. Entah apalah yang gadis itu tak puas hati. Menyampah pula Laila dibuatnya. Kalau lawa, tak apa juga.
"Hish! Aku tak puas hatilah si Orkid tu kahwin dengan bos!" ujarnya penuh geram. Laila dijeling. Macamlah wanita itu faham apa yang dia rasa tika ini.
"Kau lupa ke? Nama dia Marissa la! Bukan Orkid." Laila menggeleng. Sebab itu aje sampai kawannya nak marah-marah? Nampak sangat tak boleh nak move on lagi.
"Ah! Tak kesahlah! Yang aku tak puas hati sekarang, senang-senang dia aje dapat bos kita? Hei, aku ni dah bertahun tunggu bos, dia pula dengan senang hati, rampas bos daripada aku!"
Tepuk dahi Laila dibuatnya.
"Talia, terimalah jodoh kau bukan dengan Encik Harraz. Cara kau bercakap ni, macam tak pernah belajar pasal Qada dan Qadar Tuhan."
"Diamlah kau! Bercakap macamlah kau tu baik sangat." Dengan muka tidak puas hati, Natalia membalas sinis.
Matanya beralih pada televisyen. Siaran yang sedang terpapar di hadapan skrin televisyen, langsung tak menarik minat Natalia untuk menatap peranti itu dengan lebih lama. Kipas yang berpusing laju di siling ruang tamu, terasa hangat menampar pipinya. Bahang yang meruap di udara, terasa sama panas dengan hatinya tika ini.
"Sekurang-kurangnya, aku ni tak ada hasad dengki macam kau. Walaupun aku ni tak baik mana, tapi aku percaya dengan ketentuan Tuhan. Aku percaya pada takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku," balas Laila turut sama menyinis. Apa? Ingat Natalia sorang saja ada mulut untuk bertekak dengannya?
"Shut up!" Mencerlung matanya menikam wajah Laila. Sedikit sebanyak, dia terasa dengan diksi yang dilontarkan oleh wanita itu.
"Kenapa? Kau sentap? Betul kan apa yang aku cakap? Kau tak boleh terima ketentuan Tuhan. Kalau kau redha jodoh Encik Harraz dengan Puan Marissa, kau tak akan bercakap macam tu tadi."
Natalia telan liur. Pahit. Apa yang Laila cakap tadi, sememangnya tak dapat dia sangkal lagi.
"Move on la, Natalia. Terima hakikat Encik Harraz tu bukan untuk kau. Ramai lagi lelaki dekat luar sana. Kau pun apa kurangnya? Cantik je aku tengok. Setakat nak cari lelaki yang macam Encik Harraz tu, aku rasa beribu ada dekat luar sana," nasihat Laila, lembut. Mengharapkan Natalia akan terusik dengan pujukannya.
"Move on? Tak semudah itu, Laila. Kalau aku tak dapat Encik Harraz, kenapa aku nak kena biarkan perempuan lain miliki dia? Lagi pun, Encik Harraz tu masih ada tiga quota lagi. Aku tak kesah kalau nak kena bermadu sekalipun." Dengan angkuh, Natalia membalas. Jelingan dari ekor matanya jelas kelihatan bahawa dia benar-benar serius.
Membulat bebola mata Laila. Tubuhnya terus tegak menghadap Natalia yang bersahaja. Sungguh, dia tak percaya Natalia sanggup berkata begitu tadi.
"Astagfirullahalazim, Natalia! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Marah sungguh Laila tika ini. Bahu rakannya digoncang.
"Salah ke apa yang aku cakap? Betullah kan, Encik Harraz masih ada tiga quota lagi. Apa salahnya Marissa tu bermadu dengan aku? Lagi pun, dalam Islam tak ada halangan untuk seorang lelaki yang mampu dan adil untuk bernikah lebih daripada satu. So, why not?"
"Kau... Kau rela bermadu?" Menggeleng kecil Laila dibuatnya. Natalia kini benar-benar gila.
"Aku rela!" Penuh yakin, Natalia menjawab. Dengusan kasar meluncur keluar. Dia tahu Laila bengang dengan sikapnya sekarang ini. Tapi nak buat macam mana? Dia terlalu cintakan Harraz. Dia sanggup buat apa saja asalkan lelaki itu menjadi miliknya. Termasuklah bermadu dengan Marissa.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...