"BY the way sayang, I need your favour," ujar Natalia, serius. Dia berpusing memandang Irfan.
Irfan merenung lama perempuan itu. Sengaja dia memincilkan biji matanya. Rasa-rasanya, dia dapat agak apa yang Natalia mahukan.
"Marissa?" tanya Irfan, sinis.
Laju Natalia mengangguk. Faham pun lelaki itu.
"You nak I buat apa?" Dalam diam, Irfan mengutuk Natalia. Apa lagilah yang wanita itu tidak berpuas hati dengan Marissa? Ada je yang tak kena.
Seulas bibir Natalia mengoyak senyuman penuh makna. Keningnya ternaik sebelah.
"I nak you buat something..."
"You nak I buat apa?"
Lantas, Natalia mendekatkan bibirnya pada telinga lelaki itu. Khusyuk Irfan mendengar segala rancangan Natalia. Sesekali matanya membulat dan riak wajah terkejut jelas terpampang pada mukanya.
"You biar betul, Talia? You nak I buat semua tu?" Irfan menjauhkan mukanya. Tatapan matanya tersangat tajam tika ini.
Jika benarlah Natalia ingin menjayakan rancangan tersebut, perempuan gedik itu benar-benar sudah melampau.
"Ya, sayang. You kena tolong I." Senget bibirnya menayang senyuman.
"You tak rasa plan you ni melampau sangat ke, Talia? Apa salah si Marissa tu sampai you sanggup aniaya dia? You dah dapat Harraz kan? Apa lagi yang you nak?" Bertubi-tubi Irfan mengajukan soalan.
Kadang kala, dia kesian pada Natalia ni. Agaknya perempuan itu ada masalah hati. Benci sangat melihat kebahagian orang lain. Hati wanita itu sudah terlalu hitam dek dendamnya.
"Aik, sayang? Sejak bila you jadi baik ni? You tak ingat, siapa yang tolong I bodoh-bodohkan Harraz? You juga kan? And you tak rasa apa yang kita buat tu pun melampau juga?" Natalia memerli. Dia ketawa kecil selepas mendengar omongan Irfan tadi.
Terkunci mulut Irfan. Sorotan matanya memerhati Natalia yang bangun dari katil dan mengenakan pakaiannya.
"Berbalik pada soalan you tadi, yes memang I dah dapat Harraz. Tapi yang I dapat cuma jasad dia! Sedangkan hati dia ada pada Marissa. I tak boleh terima semua tu, Irfan! I nak Harraz sayang I seorang saja!" Serius Natalia berbicara. Sinar matanya penuh dengan dendam. Buku lima dikepal.
Tergeleng-geleng kepala Irfan. Benarlah, Natalia memang ada penyakit hati. Belum pernah lagi dia berjumpa dengan manusia jahat macam ni. Perangai ibarat iblis. Malah, lebih lagi Irfan rasa.
"Tak ada rancangan lain ke yang you nak buat? Ni sampai suruh I tidur dengan Marissa pula. You gila ke? Buatnya Harraz tahu, mati I nanti!"
Natalia memutarkan bebola matanya. Dia berjalan dan mengambil tempat di hujung katil yang berselerak itu.
"You nak takut apa, sayang? I kan ada. Tahulah I nak manage situation tu nanti."
Sekali lagi mulut Irfan terkunci. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu menolong Natalia atau tidak. Telefonnya yang disorokkan di bawah bantal diambil senyap-senyap. Segala perbualannya bersama Natalia sudah direkod. Rakaman tersebut akan diserahkan kepada seseorang nanti.
"Sekarang ni you nak tolong I atau tak?"
Irfan mengetap rahangnya sebelum menjawab pertanyaan wanita itu. Keadaan bertukar sunyi buat sesaat sebelum dia menarik senyuman manis. Baik, kalau itu yang Natalia mahukan, dia akan turuti segala permintaan wanita itu. Namun, dia melakukan semua itu bukan secara percuma. Ada nilai yang perlu Natalia bayar.

ANDA SEDANG MEMBACA
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...