SELESAI masak tomyam campur dan daging masak merah, hidangan tersebut dibawa ke meja makan. Air juga sudah siap dibancuh. Helaan lega dilepaskan.
"Hopefully dia suka!" Marissa senyum melihat menu yang telah siap dihias dan dihidang. Tapak tangan digosok. Berdebar nak tunggu kepulangan encik suami.
Jam yang elok tergantung di dinding, dilihat seketika. Jarum jam dah menginjak ke angka lapan malam. Marissa agak, sekejap lagi suaminya pasti sampai.
Lantas, laju saja kakinya menapak naik ke bilik. Sementara Harraz belum pulang lagi ni, bolehlah dia bersiap apa yang patut.
Marissa labuhkan duduknya di hujung katil. Makan, pakai Harraz semua dia jaga. Dia dah laksanakan tanggungjawab yang itu. Cuma ada satu lagi tanggungjawab yang belum dia laksanakan. Marissa masih keliru sama ada tanggungjawab yang 'satu' itu patut dia laksanakan atau tidak?
Sudah tentu kau kena laksanakan, Marissa! Itu tanggungjawab kau! Apa yang ada pada diri kau, semuanya hak Harraz! Dia berhak ke atas kau!
Saat dia bercelaru dengan diri sendiri, akal mula memberi solusi.
Sejujurnya, Harraz tak pernah memaksa dia untuk memberikan hak lelaki itu. Walaupun kenakalan Harraz tu kadang-kadang menggoncang iman Marissa, tapi tidak tahu mengapa, dia masih belum rela lagi untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Atau lebih tepat lagi, Marissa belum bersedia.
Marissa tahu, Harraz berhak ke atas dirinya. Lelaki itu boleh sentuh dirinya bila-bila masa. Tapi sehingga sekarang, soal itu tak pernah Harraz bangkitkan. Mungkin suaminya faham dan tidak mahu memaksa dia. Tapi Marissa perlu tahu juga, sampai bila dia nak terus mengelak? Sampai bila?
"Berdosa ke aku?" Marissa membisik dengan dirinya. Buat sekian kali, Marissa mengeluh lagi. Dah tentulah dia berdosa! Menafikan hak seorang suami, sudah jatuh hukum berdosa besar.
"Marissa, kau tak boleh nafikan hak dia yang satu tu. Kau isteri. Kau kena tunaikan tanggungjawab kau, Ris."
Dia angguk berkali-kali. Sudah pasti dengan jawapan daripada hati, sehelai gaun tidur seksi diambil dari dalam almari lantas dirinya masuk ke dalam kamar mandi.
Beberapa minit kemudian, Marissa keluar bersama gaun tidur seksi yang sudah tersarung di tubuh. Dia teguk liur. Pantulan di hadapan cermin dipandang tak berkelip. Dengan laju, tangannya dibawa ke dada dan area situ ditutup. Serius, memang terdedah betul aset dia.
Kalau Marissa yang perempuan ni boleh telan liur berkali-kali kerana keseksian tubuhnya itu, apatah lagi suaminya nanti. Mahu diterkam Marissa agaknya.
"Kau punya pasallah ni, Aini! Bagi idea yang bukan-bukan aje! Hish, menyesal aku pergi beli baju ni!"
Marissa berleter seraya mencapai bathrobe yang tergantung. Disarungkan ke tubuhnya yang terdedah dengan pakaian seksi itu. Tali bathrobe diikat kemas.
Huh, banyak-banyak cara nak goda si suami, kenapa pilihan ini yang dibuatnya? Buang tebiat ke apa dirinya ini? Tak, Marissa bukan buang tebiat. Tapi dia jadi bengong lepas dengar idea daripada Aini tengahari tadi.
Sedetik, koklea disapa dengan deruan enjin yang sudah dimatikan di luar rumah. Marissa berlalu ke jendela. Langsir diselak sedikit bagi menyapa pandangannya ke bawah.
Mr Hubby dah balik!
Kakinya laju menuruni anak tangga. Kepulangan encik suami hendaklah didambut dengan mesra. Lantas, kunci dibuka dan terjengullah wajah kacak Harraz yang sedang tersenyum memandangnya.
"Abang!" Tubuh tegap Harraz dipeluk erat. Aroma maskulin yang melekat di tubuh lelaki itu mendamaikan jiwa seorang Marissa. Dahinya pula terasa hangat dikucup.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...