BAB 30

6.7K 393 19
                                    

     TENGAHARI itu, Marissa dan Harraz keluar makan bersama. Sunyi mengambil tempat di antara mereka. Hanya bunyi dentingan sudu dan garfu yang berlaga.

Dalam kepala Harraz, macam-macam rancangan yang dia fikir buat mereka berdua. Sampaikan honeymoon mereka nanti pun Harraz dah fikir nak bawa Marissa kemana. Punyalah semangat nak kahwin!

Tidak bagi Marissa. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis bersama fikiran yang melayang jauh. Apa rancangan dia yang seterusnya? Nak percepatkan perkahwinan di antara mereka? Atau pun, masa akad nikah nanti, dia lari bawa diri ke luar negara? Duduk di negara orang buat sementara sehinggalah keadaan sudah kembali reda? Ish, klise betul otak dia ni!

"Kalau minggu depan aku bawa kau jumpa dengan mama dan papa boleh?" Harraz memulakan perbualan. Marissa yang ralit termenung itu dipandang hairan. Nasi di dalam pinggan wanita itu pula dikuisnya tanpa henti.

"Sayang?" Harraz memanggil lagi. Kali ini, tangan gadis itu disentuhnya.

Marissa yang terkejut itu terus menarik tanggannya secara drastik. Alamak! Macam mana dia boleh termenung jauh ni?

"Awak ca...cakap apa tadi? Sorry, saya tak fokus," ujar Marissa serba salah. Namun, melihat wajah Harraz yang tersenyum membuatkan hatinya berasa sedikit lega.

"Minggu depan, aku nak bawa kau jumpa dengan family aku. Kau macam mana? Setuju atau tak?" Soalan tadi kembali diajukan.

Marissa diam sejenak.

Terima sajalah, Ris. Kau dah hampir ke garisan penamat. Lakonan kau sudah berjaya ditayangkan.

Jangan teruskan rancangan kau tu, Marissa. Kau takkan bahagia dengan apa yang kau buat ni.

Marissa tarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan. Senyuman lebar dilakarkan khas buat Harraz Daniel.

"Okey, saya setuju. Minggu depan awak bawa saya jumpa mereka, okey?" Marissa akhirnya memberi kata putus. Makin lama makin lebar senyuman dia sehingga barisan gigi yang tersusun rapi jelas kelihatan.

"Amboi, macam tak sabar je nak jumpa mama and papa aku?" Harraz geleng kepala. Tapi dia juga turut rasa gembira kerana si pujaan hati bakal dimiliki tak lama lagi.

"Of course saya tak sabar nak jumpa. Diorang tu kan bakal mama dan papa mertua saya juga? Oh my god, tak sabarnya!" Marissa oh Marrissa. Pandai betul kau berlakon kan?

"Kalau mama tahu ni, mesti dia happy. Tak lama lagi dia nak dapat menantu perempuan yang kedua pula," ujar Harraz tanpa sedar dia sudah terlepas cakap.

"Wait, apa awak cakap? Menantu perempuan yang kedua? Apa maksud awak?" Sudu dan garfu diletakkan semula ke atas pinggan. Tumpuannya kini pada Harraz yang duduk di hadapannya. Lelaki itu turut sama terkelu. Semakin membuak-buak rasa musykil Marissa terhadap Harraz.

Harraz telan liurnya. Macam mana dia boleh terlepas cakap ni? Ah, tak apalah. Bagitahu saja perkara yang sebenar. Lambat-laun nanti Marissa akan tahu juga.

"Aku...aku ada tiga orang adik beradik. Termasuk Farah. Dua lelaki dan seorang perempuan. Abang aku dah kahwin dan menetap di luar negara. Cuma aku dengan Farah saja yang belum kahwin. Kiranya kau ni bakal menantu perempuan yang kedua dalam rumah tu," jelas Harraz secara jujur. Dia taknaklah Marissa fikir yang dia sengaja merahsiakan ini semua daripada wanita itu.

Kedua-kedua kening Marissa terangkat serentak. Wow, Harraz ada abang? Kenapa dia tak pernah tahu ya? Dan kenapa pula lelaki ini tak pernah menceritakan apa-apa kepadanya? Takkan hal keluarga pun nak berahsia juga? Jikalau hal yang besar ini pun Harraz boleh berahsia, apatah lagi hal yang sekecil hama. Pasti banyak lagi rahsia yang lelaki ini simpan.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now