BAB 6

8.8K 661 70
                                    

"ENCIK Harraz pernah ada teman wanita sebelum ni?" Marissa menyoal ketika mereka sedang enak menjamu selera.

Harraz yang sedang menguyah tersedak apabila soalan itu yang diajukan. Terbatuk-batuk dia menahan perit di tekak. Segera Marissa menghulurkan teh o ais limau kepadanya.

"Apa soalan kau tadi?" Harraz menyoal kembali.

"Encik Harraz pernah ada teman wanita tak sebelum ni?" Marissa menyoal sekali lagi.

"Kau rasa?" Harraz tidak menjawab pertanyaan Marissa. Sebaliknya, soalan dibalas dengan soalan semula.

Berdecit Marissa dibuatnya. Orang tanya tu jawab ajelah!

"Tengok gaya macam ada. Takkanlah Encik Harraz yang segak dan berkarisma ni tak ada orang nak kan?" Terselit nada sarkastik di situ.

"Secara jujurnya, seseorang pernah hadir dalam hidup aku." Harraz kemudian meletakkan sudu dan garfunya. Kini, fokusnya terhadap Marissa yang sedang makan.

"Siapa? Dan mana dia sekarang?" Marissa berbalas pandangan. Meskipun soalan itu sudah dia agak jawapannya, tapi tak salah kalau dia bertanya kembali. Telinganya gatal mahu mendengar jawapan lelaki itu.

Harraz menggeleng. Namun, matanya masih lagi menatap Marissa. Tidak berkelip walaupun sesaat.

Marissa menganggap gelengan Harraz itu adalah jawapan yang sudah dia agak. Tiba-tiba rasa marahnya kembali bergelora. Dia kemudian menyedut minumannya. Tenangkan hati dengan sedutan limau ais adalah pilihan yang tepat.

"Walaupun jasad dia tidak bersama aku, tapi hati dia tetap milik aku." Nada yang kedengaran kosong di telinga Marissa. Klise.

Kalau hati Lisa adalah milik kau, kenapa kau bunuh dia dengan kejam, Harraz? Mana kau saat Lisa memerlukan kau?

Marissa melarikan pandangan matanya. Hati wanitanya ingin membenci Harraz. Tetapi kenapa seolah-olah ada satu perasaan lain yang menghalangnya?

Mengapa dia tidak boleh menatap tajam mata lelaki itu? Kenapa tika ini, dia merasakan keputusan yang dia buat teramat salah? Kenapa dan mengapa? Selama seminggu dia bekerja dengan Harraz, tidak pula dia nampak cacat cela daripada segi kelakuan lelaki itu. Marissa buntu.

"Kau pula? Pernah ada teman lelaki?"

"Nope." Marissa menjawab ringkas.

"Pernah sukakan seseorang?"

"Tak pernah."

"Waktu zaman kau belajar, takkan tak ada sorang pun yang kau suka?" Harraz menggasak lagi dengan soalan.

Marissa memandang aneh. Apa yang lelaki ini ingin tahu sebenarnya?

"Mungkin ada, mungkin juga tak ada. Benda dah lama kan? Tak ingat dah. Lagipun kalau ada, ala-ala cinta monyet je tu." Senyuman palsu diukir. Tak ada masa dia bercinta masa zaman belajar dulu.

Harraz tidak memberi sebarang reaksi. Marissa pula sudah rimas ditenung sebegitu.

"Kenapa Encik Harraz tenung saya macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka saya?" Marissa mengeluarkan tisu dari dalam beg tangannya. Kemudian, dia mengelap mulutnya. Kut-kut ada sisa makanan yang terlekat di tepi bibir.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now