"I'M PREGNANT."
Mahu gugur jantung Harraz selepas mendengar dua patah perkataan yang baru dilemparkan oleh Natalia. Drastik, dia meleraikan pegangan mereka. Harraz bingkas bangkit. Dia mundar-mandir di hadapan isterinya.
Natalia gugup. Reaksi lelaki itu membuatkan sekeping hatinya kucar kacir. Dia nampak wajah Harraz yang mula tegang. Mungkin tak sangka berita itu yang didengarinya.
Tapi memang betul pun Natalia mengandung. Sebab tu dia asyik muntah-muntah saja. Yang paling tak sangka, secepat ini dia akan hamil.
Anak siapa? Sudah semestinya bukan anak Harraz. Lelaki itu mana pernah sentuh dia. Fikiran melayang pada Nana. Wanita itu yang membantu dia untuk menjayakan rancangannya ini. Ada seorang lelaki yang sanggup menidurinya hanya kerana wang.
Gila tak gila Natalia ni? Ya, cakaplah dia gila sekalipun. Dia akui rancangannya itu memang tak masuk akal langsung. Tapi demi memikat dan memiliki Harraz, dia sanggup buat apa saja. Termasuk menggadaikan maruah diri.
"Anak siapa yang kau kandungkan tu?" soal Harraz. Dia kembali berkasar dengan Natalia. Sungguh, dia tak percaya langsung yang Natalia mengandung. Sebab dia tak pernah menyentuh wanita itu.
Kau lupa apa yang jadi dekat Johor dulu, Harraz?
Harraz berdecit kasar. Matanya terpejam rapat sebelum dia melepaskan satu keluhan lemah. Betul ke dia dah sentuh Natalia? Kalau betul, jadi anak yang wanita itu kandung sudah sah anaknya. Benihnya sudah tersemai dalam rahim Natalia. Anaknya sedang membesar.
"Anak siapa? Anak abanglah!" Dalam menahan gabranya, Natalia meninggikan suara.
Wajah yang tadi tegang kini kembali kendur. Rasa bersalah pula kerana bertanyakan soalan itu kepada Natalia. Harraz tahu Natalia marah. Siapa pun akan marah jika soal anak dipertikaikan. Seolah-olah dia lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab pula.
"Sampai hati abang kan tanya soalam macam tu? Mentang-mentang abang tak ingat apa yang dah jadi antara kita, senang-senang aje abang soalkan pasal hal tu. Ingat Talia ni apa? Perempuan murah?" Natalia dah mulakan drama sinetronnya. Air mata dipaksa keluar. Kenalah berlakon sedih supaya Harraz termakan dengan umpannya.
Terkesan dengan bicara Natalia, Harraz cepat-cepat mengambil tempat di sebelah wanita itu. Apatah lagi dia dapat melihat air mata Natalia yang kian lebat jatuh.
"Natalia..."
"Talia tahulah abang tak suka kat Talia. Tapi tak payahlah nak tanya macam tu. Talia pun ada perasaanlah! Kalau abang tak percaya yang budak ni anak abang, Talia boleh je gugurkan. Itu yang abang nak kan?" Hambur Natalia bersama tangisan palsunya. Hebat betul dia berlakon.
Makin tersiat hati Harraz. Gugurkan kandungan itu? Gila ke apa? Dia tidaklah sekejam itu. Malah tak terlintas langsung untuk menyuruh Natalia menggugurkan kandungannya.
"Kenapa diam? Abang memang nak Talia gugurkan kandungan ni kan? Okey fine! Talia gugurkan!" Makin menjadi-jadi sandiwara Natalia ni. Dia kemudian bangun. Acah-acah nak berlalu pergi. Reaksi ditunjukkan agar kelihatan amat sedih.
"Natalia please, jangan gugurkan budak ni. Dia tak bersalah. Ya, ya. Aku percaya tu anak aku. Dahlah tu, tak payah marah-marah lagi. Silap aku sebab terlepas cakap tadi. Tapi tolonglah, jangan gugurkan anak ni. Dia anak aku. Anak kita."
Harraz separa merayu. Dia menarik lengan Natalia. Lembut aje suaranya memujuk wanita itu.
Dia anak aku. Anak kita.
Natalia ukir senyuman sinis. Keningnya ternaik sebelah. Lengannya yang disentuh oleh Harraz dipandang sepi. Rasa macam nak buat drama lagi. Dia mahu melihat kesungguhan Harraz. Dan dia mahu memastikan agar lelaki itu benar-benar percaya ini anaknya.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...