MARISSA menekan-nekan punat televisyen bersama fikiran dan jiwa yang kosong. Minda jauh menerawang ke tempat lain manakala hatinya berdebar-debar hebat menunggu hari esok.Esok, merupakan hari bersejarah buat dia dan suaminya. Harraz bakal mendapat seorang lagi isteri manakala dia pula bakal mendapat madu. Hari bahagia buat sang suami, tapi tidak baginya. Esok adalah hari untuk dia berduka. Mengingatkan hal itu, serta merta jantungnya terasa direntap begitu kuat. Sakitnya tak dapat diungkap lagi.
Tanpa sedar, setitik air matanya jatuh mengena tangan. Lebur segala perasaan yang ada. Masih tak percaya yang dia bakal dimadukan. Tapi apa lagi yang mampu Marissa buat? Dia yang minta semua ini terjadi. Dia yang memaksa Harraz untuk berkahwin lagi. Nak menyesal pun dah tak ada guna. Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum penderitaannya bermula.
Perbualan mereka anak beranak kembali menerjah ingatan. Tika itu, yang tinggal cuma keluarganya dan keluarga mertuanya. Perempuan yang bernama Natalia sudah pulang bersama sengihan yang melebar. Marissa yang melihatnya terasa jengkel.
"Dato, Datin, saya balik dulu ya?" Sopan santun Natalia menyalami Datin Syarifah dan Datin Kalsom. Marissa di tepi hanya menjadi pemerhati akan lakonan hebat itu.
Menyampah saja riak wajah Datin Kalsom. Barangkali tak suka dengan bakal menantunya itu. Walaupun begitu, tangan tetap dihulurkan. Namun, hanya hujung jarinya saja Natalia salam kerana Datin Kalsom lebih pantas menarik semula tangannya.
Natalia? Berubah terus air muka dia. Marissa dapat lihat ketapan kuat pada bibir wanita itu. Terasa hati lah tu.
Lantas, tidak menunggu lama, wanita itu berjalan keluar dari rumah agam tersebut. Harraz mengekori Natalia dari belakang. Marissa menahan rasa di hatinya. Cepat-cepat dia palingkan wajah memandang ke tempat lain. Tak sanggup melihat suaminya menghantar kepulangan Natalia di pintu pagar.
Meskipun mata tidak menunjukkan rasa sedihnya tapi dapat dirasa hatinya yang sedang merintih duka. Sungguh, dirinya sangat sebu tika ini. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya.
"Kenapa Ris buat macam ni, sayang? Kenapa seksa diri tu?" Datin Syarifah menitiskan air matanya. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak sendiri dimadukan? Tak ada!
"Ris tak menyesal ke dengan keputusan yang Ris buat ni? Kenapa sampai bercerai-berai? Kenapa paksa juga Harraz menikah?" Dato Malik pula menyoal. Puteri tunggalnya dipandang lama. Pelispis tuanya diurut perlahan.
Marissa terus-terusan digasak dengan soalan yang bertubi-tubi. Dia tarik nafas sebelum melemparkan sebarang jawapan. Dia tahu, mama dan papanya kecewa. Tidak kata orang tuanya saja, Marissa juga turut kecewa dengan dirinya.
"Mama, papa, Ris buat semua ni untuk menutup aib keluarga kita. Ris tak nak keluarga kita malu disebabkan hal yang dah berlaku di Johor tempoh hari. Kita kena jaga reputasi keluarga ni. Ris tak nak kita dimalukan bila pihak media dapat tahu pasal isu ni."
Reputasi? Wow, Marissa! Kau lebih pentingkan reputasi keluarga kau daripada hati dan perasaan kau sendiri!
Terkedu manusia-manusia di situ. Hilang kata dan mati bicara tatkala mendengar ujaran daripada Marissa.
"Ini semua salah papa. Kalau papa tak suruh Harraz bertanggungjawab atas apa yang dah jadi, mesti kamu tak akan buat keputusan ni. Maafkan papa, Ris." Dato Imran berkata kesal. Dia meraup wajah tuanya. Sungguh, kalau keputusan itu tidak diputuskannya, pasti anak dan menantunya tak akan terseksa.
Kenapa perlu difikirkan sangat tanggapan orang terhadap mereka nanti? Biar sajalah apa yang orang nak cakap kan? Mulut orang, sampai mati pun tak boleh ditutup dari terus mengata.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...