SHAFQI menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz queen itu. Siling bilik ditatap lama. Tak berkelip matanya merenung siling yang bercat putih itu.
"Tahniah, encik. Isteri encik disahkan mengandung. Dah 13 minggu usia kandungan isteri encik."
Kata-kata daripada Doktor Roqaiyah masih utuh di kotak memori. Bibir terlakar satu senyuman lebar. Isteri? Doktor perempuan itu menganggap Marissa adalah isterinya. Walaupun tanggapan doktor itu silap, namun ia tetap membuatkan Shafqi berasa gembira.
"Andai saja apa yang doktor tu cakap tadi adalah betul. Marissa jadi isteri aku? Tak mustahil untuk satu hari nanti kan?" Bicara Shafqi seorang diri. Kemudian, dia ketawa kuat.
"Sepatutnya, anak yang Marissa kandung tu ialah anak aku. Bukan anak Harraz! Jantan tu tak layak nak jadi seorang ayah!" getusnya. Berang kembali datang tatkala teringat Harraz yang sudah tiga hari meninggalkan Marissa tanpa sebarang berita.
Apa punya suami Harraz ni? Tinggalkan isteri seorang diri di rumah. Tiga hari pula tu. Tidak tahukah lelaki itu isterinya sedang hamil? Sanggup Harraz biarkan Marissa seorang diri di rumah? Kalau ada perkara buruk yang menimpa wanita itu, siapa mahu bertanggungjawab?
"Bodoh betul kau ni Harraz! Isteri sorang pun tak reti nak jaga! Kalau aku tak ajak dia keluar tadi, sah-sah Marissa tu pengsan seorang diri dekat rumah. Bodoh!" maki Shafqi melepaskan rasa tak puas hatinya. Bibir diketap geram.
Hangat betul hati dia sekarang ni. Bila ingat balik apa yang Marissa cakap petang tadi, makin mendidih dan bergelora hatinya.
"Tengoklah ni, dah dua hari dia dekat Johor. Tak pernah sekali pun dia call saya. Cuma mesej je yang dia hantar. Itupun masa first day dia sampai dekat sana. Lepastu, dah tak ada mesej lagi."
Teringat-ingat nada suara Marissa yang kendengaran lirih. Shafqi tahu, wanita itu sedih. Semuanya gara-gara Harraz yang pentingkan diri. Takkan sibuk sangat sampai tak ada masa nak call isteri?
Huh, Shafqi langsung tak percaya. Entah-entah, Harraz ke sana bukan sebab kerja, tapi sibuk melayan perempuan lain. Yalah, bini jauh di Kuala Lumpur. Lelaki itu pula berada di Johor. Tak mustahil Harraz lepaskan rindu dekat perempuan lain.
Memang dalam kepala otak dia fikir yang buruk-buruk saja pasal Harraz. Sejak dari zaman belajar lagi, dia memang tak suka dengan sikap lelaki itu meskipun Harraz boleh dikatakan kawan sekuliahnya juga.
Sedang ralit dia termenung seorang diri di dalam bilik, terdengar kuakan kasar dari luar. Pantas Shafqi menolehkan kepalanya. Kening bertaut.
"Abang!" seru Nana, teruja. Dia melangkah dan duduk di birai katil milik Shafqi.
"Bila masa kau balik? Bukan kau dekat Johor ke?" Lekas dia bangun. Wajah ceria adiknya dipandang aneh.
"Isy, dari petang tadi adik dah sampai KL lah! Selesai je kerja adik kata sana, adik terus balik. Malaslah nak duduk lama-lama dekat Johor tu. Bosan." Lengan Shafqi dirangkul. Kepala dilentokkan di bahu abangnya.
"Lagi satu, adik ada berita gembira untuk abang. Confirm abang suka punya!" sambung Nana dengan bibir terjongket-jongket menayang sengihan.
"Berita gembira apa pula kau ni?" Malas-malas Shafqi bertanya.
"Hubungan Harraz dan Marissa tak lama lagi akan retak menanti belah. Adik dah berjaya porak-perandakan rumah tangga diorang tu," ujar Nana lantas mengeluarkan kameranya.
Gambar-gambar yang diambil sewaktu abangnya memeluk Marissa tadi ditunjukkan. Membuntang terkejut mata Shafqi dibuatnya.
"Bi... Bila masa kau ambil gambar ni?" Kamera tersebut dirampas. Memang jelas dia memeluk Marissa ketika wanita itu ingin berjalan.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...