BAB 85

8.3K 457 128
                                    

HARI ini, Marissa sudah dibenarkan pulang oleh doktor. Bukan main seronok lagi Marissa bila doktor yang merawatnya tempoh hari memberitahu bahawa dia akan discharge pada pukul 12.00 tengah hari nanti.

Disebabkan terlalu teruja, Marissa sibuk mengemas segala pakaiannya. Dia bernyanyi-nyanyi kecil. Tak sabar agaknya hendak pulang ke rumah. Yalah duduk di hospital selama dua hari cukup menyempitkan rongga pernafasan Marissa. Hari-hari bau ubat, loya dan pening dia dibuatnya.

Klak!

Terdengar ada kuakan perlahan dari luar. Marissa lekas menoleh. Bibir yang tadi mekar dengan senyuman, kini mati tanpa sebarang sengihan. Dia melihat figura yang semakin mendekati ke arahnya.

"Hai, sayang..."

Kalau dulu, wajah itu yang sering Marissa rindui. Suara itu yang sering menghantuinya saban hari. Tapi, tidak lagi kini. Semuanya seolah-olah sudah lama berakhir. Marissa langsung tidak teruja tatkala mata dijamah dengan seraut wajah kacak itu dan telinganya disapa dengan suara garau Harraz.

"Awak nak apa?" Garang Marissa menyoal. Dia menjeling suaminya itu. Baju-baju yang dilipat terus dicampakkan ke dalam beg.

"Garangnya isteri abang ni?" Sengaja Harraz mengusik. Pinggang isteri dirangkul kemas. Dagu disinggahkan pada bahu Marissa.

"Apa ni? Eii, tepilah!" Tangan Harraz yang melingkar di pinggangnya cuba dileraikan. Namun, usahanya hanya sia-sia kerana suaminya semakin mengetatkan pelukan. Badannya tersandar pada tubuh lelaki itu. Bau maskulin Harraz mencucuk-cucuk rongga pernafasan.

"Kejaplah, sayang... Abang nak lepaskan rindu ni. Dah lama tak peluk sayang," ujar Harraz, perlahan. Dia mencium sekilas pipi Marissa.

Jengkel riak wajah Marissa. Namun begitu, dia membiarkan Harraz memeluk dirinya. Di dalam dapakan tersebut, jelas dia merasai degupan jantung suaminya yang laju berdetak. Spontan, dadanya disentuh pula. Bagaimana lajunya jantung Harraz, begitu juga dengannya.

Hati tiba-tiba meruntuh sedih. Di mindanya terbayang-bayang momen manis yang pernah mereka cipta. Hidup mereka sangat indah tanpa sebarang pergaduhan. Jika mereka gaduh pun, tidaklah sampai bermasam muka.

Kini, tiada lagi momen indah tersebut. Yang tinggal cuma luka yang makin parah untuk dirawat. Sejujurnya, Marissa mengharapkan hubungan mereka kembali seperti dulu.

Tapi,

Mustahil.

Selagi adanya orang ketiga dalam hubungan mereka ni, Marissa tak rasa yang dia dan Harraz mampu kecapi bahagia seperti awal perkahwinan mereka. Kerana kasih sayang lelaki itu seharusnya dibahagi sama rata.

Mampu ke Marissa terima?

Sedangkan dulu dia yang meminta.

Sungguh, Marissa buntu mencari jalan penyelesaian. Antara dia dan Natalia, siapakah yang Harraz akan pilih untuk hidup semati? Sudah tentunya bukan dia. Lihat saja kelakuan dan layanan Harraz yang berubah drastik. Lelaki itu sudah pasti akan memilih Natalia berbanding dirinya.

Kalau dulu, dialah wanita yang paling dicintai oleh lelaki itu. Namun semuanya sudah berubah. Natalia. Perempuan itu berjaya merebut hati Harraz.

Cemburu?

Masakan tidak pula?

Tapi, untuk apa Marissa mengeluh lagi? Dia yang meminta semua itu terjadi. Harraz sudah menolak berkali-kali, tapi dia yang masih mendesak lelaki itu lagi. Mahu atau tidak, Marissa kena terima dengan berlapang hati.

Terasa kepalanya dicium lembut. Marissa memejamkan mata menikmati kucupan hangat itu. Sudah lama mereka tidak bemesra sebegini. Kali terakhir dia dan Harraz saling berpelukan sebelum lelaki itu bertolak ke Johor. Selepas itu, tiada lagi adegan romantis ini.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Where stories live. Discover now