BAB 82

7.5K 509 209
                                    

TELEFON pintarnya dikeluarkan dari beg tangan. Terpampang mesej yang menunjukkan jumlah panggilan tidak berjawab daripada Harraz. Seketika, dia mendengus kuat. Dek rimas dengan notifikasi yang terlalu banyak itu, Marissa membuat keputusan untuk mematikan saja telefonnya. Senang, tak serabut dan pening kepala.

"Siapa mesej tu?" Shafqi bertanya sekadar ingin tahu. Air di dalam gelas dikacau-kacau.

"Harraz," jawab Marissa sepatah. Dia tiada mood bila nama itu meniti di bibirnya. Fikiran mula terbayang wajah suaminya. Uhh, serabut!

"Kenapa tak jawab? Mana tahu dia ada hal penting nak cakap dengan awak?" Tersenyum Shafqi melihat muka masam Marissa. Tunak dia memandang wajah putih kemerahan itu. Cantik, Marissa sangat cantik pada pandangan matanya.

"Malaslah. Saya dah tawar hati dengan dia. Kalau bercakap pun, asyik nak bergaduh tak ada gunanya. Nanti, hati saya yang sakit." Lekas Marissa menggeleng. Dia senyum tipis.

"Takkan awak dengan dia masih bergaduh lagi? Kau orang tak cuba berbaik ke?"

Perlahan-lahan Marissa tundukkan kepalanya. Anak mata menatap sebentuk cincin berlian yang tersarung pada jari manisnya. Dimainkan cincin itu lama.

"Bukan tak cuba, Shafqi. Tapi setiap kali saya nak berbaik dengan dia, mesti ada je benda yang dia nak ungkit balik. Seolah-olah apa yang jadi ni, semuanya salah saya. Itu tak termasuk lagi pasal hal kita. Dia mesti akan tuduh saya ada hubungan dengan awak. Saya penatlah, Shafqi. Awak tahu apa yang paling sakit setiap kali kami bergaduh? Ni, kat sini paling sakit." Tangan melekap di dada.

Sambil itu, Marissa menggigit bibirnya agar tidak menangis. Udara disedut dalam. Rasa mencucuk pada dadanya diusap perlahan. Pergilah wahai derita...

Terkunci mulut Shafqi. Hati mula menyirap panas. Rasa geramnya pada Harraz semakin membuak-buak. Berani betul lelaki itu menyakiti perempuan yang disayanginya. Jelas nampak muka Shafqi yang mula tegang.

"Semalam, dia tampar saya..." sambung Marissa lagi, meluahkan rasa sedihnya. Dia bukan mahu mengadu domba pada lelaki itu, niatnya cuma mahu melepaskan rasa yang terbuku dalam hati. Sangkar dadanya sesak jikalau rasa sakit itu terus dipendam.

Mata Shafqi terbelalak besar. Rasa tak percaya menampar diri. Spontan, Shafqi menolak kerusinya kasar. Tajam panahan matanya ke arah Marissa.

"Saya nak jumpa dengan Harraz!" Tegas Shafqi, melantangkan suara. Semua pengunjung di kafe itu memandang aneh ke arahnya. Barangkali pelik mengapa lelaki itu tiba-tiba saja mengamuk. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka.

Terkejut Marissa melihat Shafqi yang tiba-tiba mengamuk. Dia memerhati suasana sekeliling. Merah mukanya menahan malu dengan jelingan orang ramai. Lantas, Marissa bangun lalu menarik kembali tangan Shafqi untuk duduk.

"Shafqi please duduk..." pujuk Marissa lembut. Menyesal pula dia mengadu pada Shafqi tadi. Tak pasal-pasal malu yang mereka dapat.

"Saya kata saya nak jumpa dengan Harraz!" Ditekankan lagi ayatnya. Namun begitu, Shafqi kembali duduk setelah menerima pujukan lembut Marissa. Bukan cair, tapi dia tidak mahu menambah perit wanita itu. Cukuplah dengan kesakitan yang Harraz beri pada Marissa. Shafqi tidak mahu menambah beban Marissa lagi.

"Tak boleh, Shafqi. Masalah akan bertambah teruk nanti. Yang kena tempiasnya, saya. Awak tak kesiankan saya ke?" Sedih suara Marissa. Dia berharap agar lelaki itu faham. Menemukan Harraz dengan Shafqi bukanlah solusi yang masuk akal. Risau kalau keadaan semakin berantakan.

Dan tika itu, barulah akal Shafqi berfungsi. Mendengar suara lirih wanita itu, membuatkan Shafqi berasa tak sampai hati. Pelipisnya diurut pula. Ikutkan geram, nak saja dia berjumpa dengan Harraz. Biar dipecahkan saja muka lelaki itu.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang