GETARAN pada telefon pintarnya mengejutkan lena Marissa. Tangan merayap mencari telefon yang diletakkan di tepi telinga. Mata terpisat-pisat mengantuk.
"Lamanya aku tidur..." ujar Marissa seraya matanya melihat jam pada peranti itu.
Mesej daripada Harraz dibaca. Terangkat keningnya usai membaca pesanan daripada lelaki itu. Nak tergelak pun ada.
Dah setengah jam aku tunggu kau dekat luar ni. Taknak bangun lagi ke, sayang? Nak suruh aku masuk kejut kau?
Kalau berani, masuklah.😝
Jangan cabar aku, sayang! Lima minit, kalau kau tak keluar lagi, aku masuk!
Marissa ketawa kecil. Jarang-jarang Harraz nak panggil dia sayang. Drastiknya, Marissa terus bangun dari pembaringan. Harraz ni bukan boleh dibuat main. Tahu-tahu nanti terjengul je lelaki itu di dalam bilik ini. Hish, tak manis!
Dengan langkah yang laju, Marissa menuju ke bilik air. Muka ditelek bagi memastikan tiada cacat cela. Kemudian, lip balm dioles pada seulas bibir merahnya. Sebelum keluar, Marissa menarik beg silangnya yang digantung tadi.
Pintu ditarik dari dalam. Mata meliar mencari Harraz. Kata tunggu dia dekat luar? Mana pula lelaki tu pergi? Takkan dah tinggalkan dia kut? Dia lambat seminit je pun. Marissa cebik bibir. Geram!
"Tak payah! Selagi keadaan tak kembali macam biasa, aku tak benarkan kau balik. Selagi aku tak dapat dia, jangan harap kau boleh jejakkan kaki dekat sini!" keras nada Harraz bercakap melalui corong telefonnya.
Sedang Marissa berjalan, telinganya menangkap nada seseorang yang agak tinggi. Dia kenal suara tersebut. Itu suara Harraz.
"Aduh!" Marissa mengaduh kesakitan ketika dia berjalan mendekati Harraz yang menyorok dibelakang resort itu. Kakinya tersepak batu besar yang tertanam dalam tanah tersebut. Nasib sajalah kakinya tak tersadung.
Harraz yang mendengar jeritan kecil daripada gadis itu terus mematikan panggilan. Dia tak hiraukan dah pemanggil yang masih bercakap dengannya. Marissa lebih penting sekarang ini.
"Kaki kau ni kenapa? Luka tak?" Harraz terus simpan telefon ke dalam kocek seluar. Dia kemudian bertinggung dan menarik kaki Marissa untuk dilihat.
"Eh, eh tak payahlah. Sikit je ni." Marissa menarik semula kakinya. Agak-agaklah Harraz ni pun! Orang dekat sini dah memandang mereka semacam. Tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Sakit tak? Boleh jalan tak ni? Macam mana kau boleh tersepak batu ni? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Kenapa tak pergi dekat lobi lagi?" ha, ambik kau. Bertubi-tubi soalan yang diajukan Harraz. Marissa dah pening. Tak tau nak jawab yang mana satu.
"Saya dengar awak marah-marah dekat belakang tu. Awak marah siapa?" Marissa bertanya. Keningnya bertaut meminta jawapan.
Harraz tidak mempedulikan pertanyaan Marissa. Dia kemudian memaut bahu gadis itu mendekatinya. Mereka berjalan seiringan menuju ke sebuah kedai yang menjual makanan laut.
"Awak, saya tanya ni!" tangan disilangkan ke dada. Sengaja dia membuat perangai gediknya.
"Tak ada siapalah. Kalau aku cakap pun, bukan kau kenal. Dah, cepat jalan. Semua dah tunggu kita dekat sana." Harraz melajukan langkah.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...