"MARISSA JASMINE, aku ceraikan kau dengan talak satu."
Tersedu-sedu Marissa menangis. Air matanya berjujuran mengalir tanpa henti. Seakan mengerti dengan kesedihan hati, hujan di luar rumah turut menimpa bumi.
"Sampai hati abang buat Ris macam ni!" Dia mengongoi lagi.
"Hei, sayang... Sayang wake up... Sayang mimpi apa ni?" Penuh kelembutan Harraz mengejut Marissa yang teresak itu. Mata isterinya masih tertutup namun manik jernih laju saja turun membasahi pipi isterinya.
Perlahan-lahan Marissa membuka matanya. Bahu masih terhinjut-hinjut. Matanya kabur dek air mata. Seketika, dia terkebil-kebil memandang Harraz.
"Abang?" Keningnya bertaut. Marissa pantas duduk dari baringannya.
"Ya, sayang... Abang ni..." Hujung mata Marissa diseka lembut. Rambut isterinya diselitkan di belakang telinga. Harraz usap perlahan pipi yang masih basah itu.
"Sayang abang ni mimpi apa? Kenapa sampai menangis, hmm?" soal Harraz lembut. Satu ciuman didaratkan di dahi Marissa. Lama.
"Abang... Abang tak ceraikan Ris?" Bingung saja cara dia menyoal. Tak berkedip Marissa merenung Harraz.
"Astagfirullahalazim... Kenapa sayang cakap macam tu?" Menggeleng kecil Harraz jadinya. Dia duduk bersila di atas katil sambil menghadap Marissa yang kelihatan masih keliru. Jemari isterinya digenggam.
"Ris mimpi abang ceraikan Ris..." lirih nada suaranya. Sungguh, terasa mimpi itu seakan betul-betul berlaku. Inilah mimpi yang paling ngeri Marissa pernah hadapi.
"Ya Allah sayang... Takkanlah abang nak ceraikan sayang? Come here..." Tubuh Marissa ditarik masuk ke dalam pelukan. Ubun-ubun isterinya dicium bertalu-talu.
"Hiks... Tapi mimpi tu macam nyata... Abang... Abang lafazkan talak tu depan Natalia... Dekat dalam bilik ni..." Tangisan Marissa semakin berlagu sayu. Dan Harraz semakin mengetatkan pelukan.
"Le... Lepastu abang dengan dia keluar tinggalkan Ris sorang-sorang dalam bilik ni... Abang... Abang marah Ris..." sambung Marissa lagi bersama esakan yang semakin menjadi-jadi. Dia tekup mukanya di dada sasa Harraz. Basah kemeja suaminya dengan air mata dia. Semakin Harraz usap kepalanya, semakin kuat tangisan Marissa. Persis kanak-kanak kecil dirinya tika ini.
"Sayang... Abang nak berjauhan dengan sayang sesaat pun abang tak sanggup. Apatah lagi nak tinggalkan isteri abang ni. Kan abang pernah cakap dulu, perginya isteri abang, maka matilah separuh dari hati ni. Macam mana abang nak teruskan hidup kalau sayang tak ada? Jadi, mustahil untuk abang lepaskan sayang pergi. Even besar macam mana pun dugaan kita sebagai suami isteri, abang tak akan lepaskan sayang walau sekali."
Harraz terus mengusap bahu Marissa untuk mengusir pergi sedih yang bertandang di hati. Dan semakin teresak Marissa menangis melepaskan segala rasa sebaknya.
"Shh, jangan menangis please sayang... Abang minta maaf sebab buat sayang sedih... Abang minta maaf..." pujuk Harraz tidak berputus asa. Sungguh, jiwa Harraz terseksa mendengar esakan Marissa. Tangisan yang mendayu-dayu itu sangat merobek hatinya.
"Janji yang abang takkan lepaskan Ris?" Marissa mendongak. Terkedip-kedip matanya menentang iris hitam suaminya.
"Abang janji sayang... I promise that I will never let you go no matter how hard the situation may get," ucap Harraz tenang seraya mengucup lagi dahi isterinya. Cinta dah kasih sayangnya hanya buat Marissa.
Dan buat seketika, Marissa diam di dalam pelukan hangat suaminya. Rentak jantung Harraz serta merta menenangkan hati yang tadi gundah. Namun tak lama, Marissa menolak tubuh tegap itu menjauhi dia.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...