5-Muiz, Kawan Baik

1.6K 89 3
                                    


MUIZ yang duduk dihadapan Talia hanya memandang Talia tanpa lepas. Gadis 17 belas tahun dulu telah banyak berubah. Talia telah menutup auratnya dengan sempurna. Dia bersyukur, kalau kehilangan Talia dulu membawa Talia menjadi Talia yang baru.

"Kenapa tak pernah contact aku lepas aku bagi kad aku minggu lepas? Kau nak larikan diri daripada aku ke macam mana?" duduknya tegak melihat Talia di hadapan. Menanti jawapan jujur gadis itu.

Seminggu dia menanti panggilan daripada Talia. Namun harapan cuma tinggal harapan. Talia tetap tidak menghubunginya biarpun nombor telefon telah dia berikan.

Tadi sengaja dia menyinggah datang ke TalLiyas' Cafe untuk membeli beberapa jenis roti yang ada disini. Tak sangka, dia dapat berjumpa dengan Talia pada hari ini.

"Kita kenal rapat ke?" tanya Talia ringkas. Dia tidak tahu, oleh sebab itu dia tanya. Bimbang jika ada orang yang sebelum dia hilang ingatan ada niat yang tidak baik.

Lagipun ini kali pertama orang mengenalinya dari masa lalu. Jadi dia perlu berjaga-jaga. Ibunya, Puan Yuhaina turut mengatakan yang sama. Jangan terlalu percaya dengan semua orang kerana kemalangan dia dan ayahnya dulu bukan satu kebetulan.

"Kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Aku kawan baik kau lah. Kita kawan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Setiap tahun kelas sama. Uncle Hassan pun kenal aku." Jelas Muiz. Hatinya rasa tak sedap bila dia mendengar soalan Talia tadi. Sepertinya Talia telah melupakannya. Melihat raut wajah Talia yang masih was-was dengan jawapannya, Muiz keluarkan telefon, untuk menunjukkan bukti.

"Ini, Instagram aku penuh dengan gambar-gambar kita dulu. Semua orang ingat kita couple." Muiz ketawa lalu menyerahkan telefonnya kepada Talia.

Talia pandang Muiz sekilas sebelum mengambil telefon yang dihulurkan oleh Muiz. Tangannya menggesek perlahan dada skrin yang kebanyakannya penuh dengan gambar mereka berdua. Setelah puas, Talia hulurkan balik telefon itu kepada pemiliknya.

"Tolong delete gambar yang tak pakai tudung tu." dia tak mahu bercakap panjang. Rasanya Muiz sendiri dah tahu bagaimana keadaan dia sekarang. Sudah berhijrah.

Arahan Talia, Muiz balas dengan anggukan.

"Aku minta maaf sebab tak ingat kau. Aku hilang ingatan lepas kemalangan dengan arwah ayah aku 6 tahun lepas." Beritahu Talia dengan nada perlahan.

Setiap kali ayah disebut, hatinya acap kali terusik. Matanya terasa kabur dan basah. Perlahan-lahan air mat aitu jatuh menodai pipi. Terus Talia alih wajah memandang tempat lain menghalang Muiz untuk melihat air matanya yang jatuh itu.

Muiz terdiam. Dia tidak tahu akan perkara itu. Melihat wajah wanita di hadapannya berubah, dia menghulurkan tisu kepada Talia.

Talia menyambut.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu..."

"Bukan salah kau. Ajal ayah aku dah sampai, cuma aku sedih sebab tak ingat satu pun memori dengan ayah aku." Kata Talia dengan senyuman pahit.

Hening menghiasi bicara mereka. Tiada kata yang mampu untuk masing-masing katakan.

"Kau buat apa sekarang?" Tanya Talia cuba untuk menghilangkan rasa canggung antara mereka.

"Aku? Aku alhamdulillah dah jadi lawyer. Aku kerja sama-sama dengan Naufal dekat firma yang sama." Jawab Muiz.

Muiz selepas saja tamat chambering di firma tersebut, terus menyambung kontrak untuk berkerja disitu. Naufal pula baru saja berkerja bersamanya.

Talia mengangguk faham apabila soalannya dijawab. Walaupun dia tak kenal pun siapa Naufal yang disebutkan oleh Muiz tadi, tapi mungkin kenalan sekolah mereka atau kawan Muiz.

"Kau kenal tak siapa Naufal?"

"Tak." Jawab Talia sambil menggelengkan kepalanya.

"Kawan kita ke?"

"Haah kawan sekelas sejak form 3." Pada Muiz, tak patut untuk dia memberitahu Talia dengan begitu terperinci tentang Naufal memandangkan Talia nampak tidak begitu menarik untuk mengetahui Naufal. Lagipun, seperti Naufal pernah katakan, Talia dan Naufal sudah putus sebaik saja Naufal terbang ke UK 6 tahun lalu.

Jadi, rasanya tak perlu untuk dia ceritakan perihal lelaki itu. Sudah tidak penting untuk Talia tahu.


MEGAT Raed memerhati dari jauh susuk tubuh Talia dan seorang lelaki yang bergelak mesra dari dalam kereta. Sudah hampir setengah jam dia menunggu dan melihat tingkah mereka berdua dari jauh.

Hatinya rasa sedikit perih bila melihat keadaan seperti itu. Biasanya, Talia akan ketawa begitu bila berada denganngan mahupun Megat Raes. Bila ada lelaki yang cuba untuk masuk Talia, dia rasa sedikit tergugat.

Dia datang ke sini untuk mengambil Talia kerana tadi Talia menghantar Whatsapp mengatakan keretanya berada di bengkel. Sengaja dia datang awal. Tak sangka di disajikan dengan pandangan yang menyakitkan hati, meyemakkan mata.

Dia pandang lagi lelaki yang berada dihadapan Talia itu. Diamati dalam-dalam.

"Aku rasa macam pernah nampak." Berkerut dahinya memikirkan siapakah lelaki yang disitu. Telefon di tempat duduk sebelah dicapai. Camera telefon dizoom lalu disnap beberapa gambar.

"Dah macam stalker aku ni." Katanya sendirian dengan ketawa kecil.

Tak lama, lelaki itu berlalu keluar dari café dan Megat Raed terus keluar dari kereta untuk mendapatkan lelaki itu. Bahu lelaki itu dipegang sehinggakan lelaki itu berpusing melihatnya.

"Abang Raed kan... ke Raes?" soal Muiz perlahan. Jelas keliru dengan lelaki yang berada dihadapannya kerana Megat Raed dan megat Raes memiliki rupa yang sama. Lagipun, sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki yang dikatakan sepupu Talia ini.

"Raed. Dan kau?" soal Megat Raed kembali.

Agak pelik bila lelaki yang bersama Talia tadi mengenalinya. Dia ingat, dia saja yang macam kenal lelaki itu. Rupanya mereka pernah berjumpa sebelum ini.

"Saya Muiz. Kawan baik Talia sekolah rendah dulu."

Mendengar jawapan Muiz, Megat Raed meng'oh'kan saja. Baru dia ingat, kawan baik Talia yang selalu berada dengan Talia dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Seperti yang Talia pernah sebutkan padanya, Muiz adalah 'Patner-In-Crime' Talia.

"Buat apa kat sini? Jumpa Talia?"

"Saja singgah tadi. Tak sangka jumpa Talia balik. Lagipun saya baru dapat tahu, dia hilang ingatan. Terkejut saya tak habis lagi bang dengar Talia cerita pasal kemalangan dia dengan ayah dia." beritahu Muiz lebar tanpa Megat Raed bertanya dengan lebih lanjut.

"Abang ada benda nak cerita dekat kau sebenarnya, tapi kau bagi lah nombor telefon kau ke apa. Nanti abang contact, abang cerita pasal Talia pada kau."

Megat Raed terpaksa melakukan ini. Dia percaya dengan Muiz. Tapi dengan orang lain, dia tidak mudah untuk percaya. Hanya nama Muiz yang sering Talia sebut-sebutkan dulu. Tak pernah ada yang jahat tentang Muiz biarpun Muiz ada kalanya nakal dan suka mengusik Talia.

Lagipun, mungkin hanya Muiz yang menemui Talia hari ini. Esok lusa, mesti lagi ramai. Dia perlu lindungi Talia dari memori buruk yang Talia pernah miliki.

"Saya bagi kad saya je lah abang." Hulur Muiz pada Megat Raed.

Megat Raed memerhati kad tersebut.

'Wow! Lawyer... Not bad la.' Megat Raed kemudiannya memandang kembali Muiz yang berdiri depannya.

"Jangan beritahu pada orang lain tentang keadaan Talia. Jangan beritahu sesiapa keberadaan Talia. Kalau Talia ingat, kemungkinan keadaan dia akan bertambah buruk. Buat masa sekarang, itu je abang harap."

Muiz mengangguk. Akur akan kata-kata Megat Raed. Biarpun banyak persoalan yang berada dalam fikirannya, tapi dia pasti Megat Raed akan ceritakan padanya nanti.



pwease vote.... :(

031021

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now