21 - Assalamualaikum, My Sweetheart

1.7K 79 0
                                    

Boleh votes and comment tak? please...



"AKU terima nikahnya Hayera Talia binti Hassan dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai."

Mendengar ucapan sah yang selepas ijab qabul antara wali hakim dan juga Megat Raed, Talia hembuskan nafas lega. Tangannya lantas lari menggenggam ibunya dan Puan Yasmeen.

Masing-masing tersenyum gembira.

Talia tunduk mengangkat tangan, mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh seorang ustaz. Seusai bacaan doa dan taklik dibaca, Megat Raed datang menghampiri Talia yang bersimpuh sopan di sebelah Puan Yasmeen dan Puan Yuhaina dalam sepersalinan baju kebaya putih.

"Assalamualaikum, my sweetheart." Seru Megat Raed.

Salam itu dijawab perlahan. Talia tahan rasa malu. Terasa panas wajahnya ketika ini. Jika tidak dikaburi dengan makeup, dia percaya Megat Raed boleh nampak betapa merahnya mukanya saat ini.

Mata Megat Raed tidak lari dari menatap wajah Talia yang disolek cantik. Nampak natural dan bersih bersama persalinan putih yang dikenakan. Baju putih yang senada dengan baju melayunya.

"Megat Raed Baihaqi... jangan buat malu mama tenung Talia macam tu. Sarung cincin cepat."

Tiada jawapan. Hanya senyuman yang diberikan kepada mamanya.

Apabila Puan Yuhaina menghulurkan jari jemari Talia, lantas disambut dengan cermat. Tak lama, dahi Megat Raed berkerut. Namun, dia abaikan sekejap. Cincin disarung pada jari manis Talia dan Talia juga melakukan perkara yang sama.

Talia tunduk mencium tangan suaminya agak lama. Dalam hati mengutuk photographer itu yang minta untuk dia bersalam denga lebih lama. Untuk babak Megat Raed mengucup dahinya turut berlaku hal yang sama. Hampir kebas muka Talia diusik makcik-pakcik yang ada. Nasib buat majlis akad nikah di rumah ibunya.

Seusai segalanya, Megat Raed menarik Talia bangkit bersamanya. Tangannya tak berganjak dari memeluk bahu Talia biarpun Talia beberapa kali menolak kerana segan dengan pandangan orang ramai.

Megat Raed yang merasakan bahang tubuh Talia sedikit menunduk. Sama paras dengan ketinggian Talia. Membisik perlahan ke telinga isteri yang baru dia nikahi.

"Talia tak sihat? Demam ke? Dah berapa hari?" Soalnya bertalu-talu dalam bisikan. Seperti yang dia rasakan tadi sewaktu hujung jari Talia mengena kulitnya, memang sejuk. Tapi bila tapak tangannya memaut tangan Talia untuk menyarungkan cincin, terasa sangat panas.

"Demam sikit je ni. Nanti makan ubat, lega lah. Abang Raed jangan risau." Jawab Talia.

Tiada benda perlu disorokkan. Lagipun pastinya Megat Raed tahu suhu badannya yang mencecah lebih 37°c ini. Jika tidak, masakan lelaki itu bertanya.

Talia berikan senyuman apabila jiran sebelah rumahnya datang menegur dan mengucapkan selamat menempuhi alam berumah tangga. Dibalas dengan ucapan terima kasih sambil bersalaman dengan jiran tersebut.

"Panasnya badan. Demam ke?" Tanya jirannya itu.

Talia menggangguk lemah. Namun begitu senyuman masih mekar dibibirnya.

"Tak apa. Ni dah ada cik abang boleh jagakan." Usiknnya sebelum meminta diri berlalu dari situ.

Selepas saja jiran Talia itu berlalu, Megat Raed terus membawa Talia ke dapur. Didudukkan isterinya dahulu sebelum dia hilang.

Tak sampai 3 minit, Megat Raed datang bersama pinggan yang penuh dengan nasi dan juga lauk. Penuh sepinggan.

"Meh abang suapkan."

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now