45 - Aku tak selamanya single

1.4K 76 6
                                    

mati-mati i ingat i dah publish semalam. cehhhh, rupanya save to draft je. sorry guyss...

Shi punya la excited tulis, pastu publish, patu terus shutdown laptop. buka phone nak baca la balik... refresh punya refresh,,, tak keluar2 chapter ni. aayaammmm! nak on laptop malas dah. hehehee

HAPPY READING!💕💕💕😘😍😍😘😘


MAJLIS sambutan hari lahir. Megat Raed mengajaknya untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir yang diadakan oleh kenalannya yang merupakan seorang doktor bedah umum, sama sepertinya. Talia hanya mengikut kerana untuk mengambil angin malam biarpun pada mulanya dia mahu duduk saja dirumah.

Walaupun pagi tadi dia sudah membaik dengan Megat Raed, namun tidak sepenuhnya lagi. Masih ada kata-kata negatif yang bermain dalam fikirannya yang membuatkan dia rasa sesak sendiri apabila terkurung di dalam rumah.

"Sayang, okay?" Soal Megat Raed perlahan apabila melihat isterinya hanya duduk diam, memandang satu arah saja. Matanya juga turut mengerling pemandangan yang Talia lihat sekarang. Tiada apa yang menarik. Cuma ada beberapa orang kanak-kanak yang berlari dan juga beberapa orang lagi kenalannya yang sedang bersembang. Mereka kini agak jauh dari pandangan orang lain. Talia tidak selesa untuk terus berada di keramaian buat masa sekarang.

Mendengar soalan yang Megat Raed ajukan, Talia lantas berpaling dan menghadiahkan segaris senyuman dengan anggukan kepala jatuh sebanyak dua kali. Dia baik-baik saja setakat ini. Namun cuba terbayangkan sesuatu.

"Sayang nampak macam fikirkan sesuatu. Tell me, what is it?" soal Megat Raed lagi. Bukan dia tidak cakna tentang keadaan Talia, wajah kosong itu memang kosong namun wajah kosong itu sedang memeikirkan sesuatu yang tak mampu untuk dia agak.

Talia hela nafas lembut. Dengan senyuman yang masih lagi terukir, dia menundukkan kepala dan mula untuk berkata-kata.

"Kalau perkara 6 tahun lalu tak terjadi..."

"Sayang... don't say that. Abang tak suka," balasnya tegas.

Talia berpaling melihat suaminya yang muka sudah separa berubah. Muka tidak suka apabila bercakap tentang 6 tahun lalu. Lalu, tangannya memegang lembut lengan Megat Raed. Mengusap hingga jari mereka bertaut menjadi satu.

"No... hear me first." Katanya dengan renungan lembut.

"What?" Tautan mereka dieratkan lagi.

"Anak Talia mesti dah umur 5 tahun sekarang... bila tengok budak-budak sedang bermain, Talia teringatkan dia. Talia tak pernah melawat kubur dia. Talia tak pernah tahu nama dia padahal Talia yang beriya-iya nak jaga dia dulu. Talia tak pernah ambil tahu tentang dia selepas dia pergi sebab waktu tu, Talia Cuma fikirkan diri sendiri je. I can't be a good mother, abang."

Megat Raed terdiam seketika. Mendengar tentang perkara itu, baru dia teringat akan kewujudan kandungan yang belum terbentuk sempurna ketika itu. Kandungan yang mereka gagal untuk selamatkan. Kandungan yang tak berdosa yang Talia nekad untuk menjaganya.

Ketika itu, dia yang menguruskan segalanya. Menguruskan mengebumian Encik Hassan bersama-sama anak Talia yang belum sempat menjengah dunia.

"Salah abang sebab tak pernah cerita pada Talia sebelum ni. Not even 6 years ago... tapi abang akan cerita bila kita di rumah nanti, okay? Sekarang bukan masa yang sesuai. You need to chill up yourself malam ni."

"Janji yang abang akan cerita pasal dia?" jari kelingking disua dihadapan Megat Raed. tanda berjanji.

Megat Raed ketawa bebas melihat tingkah comel isterinya itu. Tak lama, dia temukan juga jari kelingkingnya

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now