"KALAU kita tidur rumah ibu hujung minggu ni boleh tak abang?" Dia menyoal sambil menyenduk nasi goreng cina ke dalam pinggan suaminya yang sudah tersedia duduk di hadapannya.
Megat Raed melihat sekilas isterinya sebelum tangannya mencapai kopi hitam yang disiapkan oleh Talia tadi. Hirupannya perlahan kerana air tersebut masih lagi panas.
Seketika, dia meletakkan semula cawan tersebut diatas pengalas.
"Kenapa tiba-tiba?" soalnya sambil mencapai sudu untuk memulakan suapan.
Rasanya baru semalam Talia pergi ke rumah Puan Yuhaina. Sekarang pula dia semakin sibuk dengan kerjanya. Ada masa barulah dia ajak Talia pulang ke rumah Puan Yuhaina ataupun Puan Yasmeen. Tapi kali ini memang sengaja dia nak bertanya.
Malam semalam bila Talia menyebut tentang arwah Laila, dia jadi risau jika Talia tak mampu untuk terima semuanya sekaligus.
"Ibu tak berapa sihat petang semalam. Talia risaulah, abang. Ibu tu dah 3 hari demam, tak nak pergi klinik. Tak padan dengan doktor tapi tak suka pergi klinik..." rungut Talia.
Setelah dia pulang semalam, ibunya masih enggan untuk pergi ke klinik ataupun hospital. Dia risau, musim sekarang macam-macam virus yang ada. Penyakit pun dah makin banyak.
Sempat dia sembang dengan abahnya semalam. Lelaki itu memang tak tahu nak buat apa bila ibunya berkata tidak.
Megat Raed memandang isteri yang sedang duduk dihadapnya dengan wajah yang sedikit muram. Hari ini, dia masih lagi tidak membenarkan isterinya untuk berkerja lagi. Dia mahu Talia benar-benar sembuh sebelum melepaskan isterinya ke kafe. Lagipun lelaki tak guna itu masih bebas. Ada juga sesekali dia dengar dari Aliya yang Naufal kerap datang ke kafe tersebut.
Atas sebab itu, dia masih lagi berat hati untuk membiarkan Talia ke kafe. Bimbang jika Talia kembali seperti dulu. Sesuatu yang dia mahu elakkan itu terjadi.
"Okay. Petang ni kita tidur rumah ibu dan abah, okay?"
Mendengar itu, terus senyuman Talia terukir. Seronok apabila suaminya membenarkan untuk pulang ke sana. Dia memang sangat rindukan Puan Yuhaina walaupun mereka baru berjumpa petang semalam.
"Kalau abang tak balik pukul 5, sayang pergi dulu boleh? Abang suruh Muiz hantarkan eh? Muiz pun bagitahu abang kata nak jumpa dengan ibu, tapi tak sempat."
Berkerut dahi Talia melihat wajah kosong suaminya tanpa sebarang reaksi itu. Muka tiada emosi. Pelik betul bila Megat Raed yang dia kenal tiba-tiba jadi tak macam dia kenal.
"Abang tak jealous ke kalau Talia keluar dengan Muiz?" Soalnya dengan mata yang tak lari memandang Megat Raed yang menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
Seingatnya dulu, Megat Raedlah orang yang membangkang jika dia mahu keluar bersama Muiz berdua kerana cemburu.
"Tak ada masa abang nak jealous. Sayang tu dah jadi milik abang. Muiz tu pun dah ada Naira. Dengar kata diorang nak tunang kan?" Megat Raed hadiahkan senyuman pada isterinya.
Dulu mungkin dia akan cemburu jika Muiz ada diantara dia dan isterinya. Tapi sekarang, dia tak rasa cemburu kerana dia tahu, Talia itu miliknya. Muiz pula rakan baik yang ada besama Talia dari kecil. Jadi dia tak mahu memperbesarkan isu kecil ini.
Mata Talia terus membulat. Bila pula dua sahabatnya itu nak bertunang.
"Bila? Kenapa Talia tak tahu pun?"
"Entah. Abang tak ingat. Rasanya Muiz baru planning tu. Saja la kami borak-borak, tiba-tiba terkeluar isu macam mana abang lamar sayang dulu. Tup tup dia kata dia nak tunang. Kita doa yang baik-baik untuk mereka ya, sayang." Ungkapnya. Mata memandang isteri yang sedang menayang muka tak puas hati. Senyumannya terbit sedikit. Lucu melihat wajah merah Talia menahan rasa tak puas hati

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Cukup Sempurna
DragosteSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...