"HELLO Naira!" sahut si penerima panggilan.
Naira merengus kasar. Ikutkan hati, tiada makna untuk dia menelefon lelaki paling menjengkelkan ini. Namun setelah dia hafal betul-betul nombor yang tertera di talian Whatsapp Talia tadi, memang dia sudah agak.
Taip saja satu per satu nombor yang dihafal, nama Naufal yang naik. Masalahnya, lelaki ini memang bodoh atau memang berani menggunakan nombor telefon yang orang lain ketahui? Tak mencabar langsung untuk dia mencari. Tapi untung juga, cepat saja dia tahu siapa manusia tak guna itu.
"What are you trying to do, Naufal?" soalnya tanya selekoh. Terus kepada isi utama. Dia cuba mencari punca kenapa Naufal menghantar gambar-gambar tersebut kepada Talia. Apa motif lelaki itu. Apa masih belum move on ke bagaimana?
Lagi pula, bukankah lelaki itu yang terlebih dahulu memutuskan hubungan bersama Talia untuk melanjutkan pelajaran. Apabila disoal dulu, kecoh Naufal mengatakan dia yang memutuskan Talia dan sejak itu Talia hilang.
"Aku buat apa, Naira? Cuba kau beritahu aku terang-terang." Meleret suaranya. Sengaja menghangatkan hati Naira yang sedia dari dahulu membencinya.
"Kau tahu apa kau buat. Kenapa kau hantar gambar-gambar tu pada Talia? Kau nak hancurkan rumah tangga dia or what?"
"Oh... just a very nice warning about her husband. Baru kahwin berapa minggu, dah keluar dengan perempuan lain. Dasar hidung belang!" tuduhnya dengan nada yang keras.
Naira di hujung talian sudah ketawa terbahak-bahak. Lelaki ini sedang bercakap tentang Megat Raed atau diri sendiri?
"Kau... bercakap dengan cermin or what Naufal? Setahu aku, kau pun jenis tukar perempuan macam tukar lampin."
"Shut up you pretty mouth!"
Sendiri yang cuba menghangatkan keadaan, sendiri yang terbakar. Huh, padan muka! You deserve it Naufal! Bisik hati Naira bahagia.
"No need to warn me. Let me warn you, don't you never ever disturb Talia again. Lain lah kau tu lelaki tak bermaruah, plus sanggup jilat ludah sendiri!" Talian dimatikan. Puas hatinya dapat menyakitkan hati Naufal. Sudahlah perasan bagus, muka pun kalau orang tengok langsung tidak menenangkan!
Dia tahu, Naufal itu jenis manusia yang cepat melatah. Tak berfikir panjang, ego tinggi. Yang negatif itu memang semua ada pada Naufal. Playboy, kaki party, ha apa lagi? Jadi dia tahu, pasti Naufal sedang mengamuk sakan sekarang.
"Kau call siapa?" tanya Muiz sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi. Dari jauh dia nampak Naira sedang berbual di telefon. Dengan senyuman sini yang tak lekang dibibir. Sempat juga dia nampak tawa sinis wanita itu.
"Your besfriend, Naufal." Selamba saja Naira menjawab. Makanan di hadapannya dijamah
"Naira... apa kau buat ni?" soalnya lagi dengan keluhan. Dia tahu, Naufal dan Naira itu seteru. Jika dia bertemu dengan Naufal, Naira akan merengus kasar kerana berkawan dengan Naufal. Dia tidak tahu apa masalah kedua manusia itu, namun mereka berdua itu memang tidak boleh untuk bawa berbincang.
"Just a simple warning to him, jangan ganggu rumah tangga Talia. Kau patut sekolahkan balik si Naufal tu. Suruh dia berpijak di bumi yang nyata. Dunia ni bukan milik dia seorang. Tamak!" lantang dia meluahkan perasaan. Kisah apa dengan orang sekeliling, yan penting hatinya puas.
Untung juga Muiz pilih tempat yang sedikit tersorok. Boleh dia meluahkan perasaan tak puas hati terhadap Naufal lagi selepas ini depan Muiz.
Mendengar nama Talia naik, terus wajah Muiz bertukar risau. Apa pula yang Naufal lakukan?
"Apa yang dia buat pada Talia?"
"Dia hantar gambar Megat Raes dan Megat Raed pada Talia. Megat Raes and his girlfriend, Megat Raed and a girl in white coat at hospital."
"So what?"
Naira pejamkan mata. Tangan naik mengurut dahi sendiri. Susah betul bila Muiz Amry ni jadi seorang blur!
"I think, niat Naufal nak beritahu yang husband Talia pasang orang ketiga. Maybe he doesn't know yang Megat Raed ada kembar and the picture he sends to Talia about Megat Raes tu, dia silap orang. You know... ergh! Stress la explain dekat kau."
Muiz terkelip-kelip memandang Naira. Seketika, tawanya meledak. Terhibur betul cara Naira menerangkan pada dia dengan wajah yang stress. Melihat kepada jelingan Naira, terus tawanya semakin pelahan. Mak singa dah tunjuk taring!
"Okay chill, sayang. Nanti aku tadikakan balik kawan baik aku tu. Enough about Naufal, let's talk about you and Talia. Seronok jumpa dia? Dia okay tak dengan kau?"
"Seronoklah! Dah lama tak spend masa dengan dia. tapi, apa motif jantan tu hantar gambar Raed pada Talia? Dia memang tak boleh move on ke? Oh, sesuatu yang aku tertanya, kenapa Naufal breakup dengan Talia dulu." Jangan ingat dia termakan dengan pancingan Muiz untuk tukar topik. Dia mahu tahu segala-galanya.
Muiz mengeluh, eyy, perempuan ni! Nasib aku sayang!
"Naufal kata sebab Talia tak bagi dia sambung study dekat oversea dulu. So dia malas nak panjang cerita, dia breakup dengan Talia," ceritanya sedikit tentang apa yang Naufal pernah beritahu dulu. Dia tak tahu banyak. Naufal enggan mengulas lebih tentang isu itu.
Terjuih-juih bibir Naira mendengar alasan itu. Tak masuk akal! Dia tahu, Talia pernah kata untuk terus bertahan dengan Naufal walaupun terpaksa LDR. Takkan Talia nak tarik kata-kata sendiri. Talia itu bijak dan berwawasan. Naufal tu yang tak teguh pendirian. Selalu goyah!
"Percaya sangatlah cakap Naufal bengong tu. Dah kalau dia yang mintak putus, habis sekarang kenapa nak jilat ludah sendiri?!" Matanya menjeling melihat Muiz. Member muka dah masam.
Salah kawan dia, dia yang kena. Mahu tak masam muka. Sebab itu Muiz malas bercakap tentang Naufal pada Naira. Ya, Naufal memang perangai agak syaitonirojim, tapi Naira suka sangat meniup bara api.
IPHONE 13 pro max itu dibaling jatuh ke atas katil. Bengang hatinya dengan kata-kata Naira. Masih terngiang-ngiang tawa sinis gadis itu kepadanya tadi. Rambut terus diraup kasar. Berselarakkan sisiran yang pada awalnya kemas.
Dari nak jumpa Ery dan Anas, terus rasa malas nak berjumpa. Lainlah kalau ada Muiz sekali, boleh dia dapatkan cerita dari kawan baiknya itu. Tapi Muiz sepertinya semakin menjauh darinya. Tambah-tambah lagi, selepas majlis perkahwinan Talia dan suaminya.
Sebarang soalan tentang wanita itu hanya dijawab mahu tak mahu. Mereka hanya bertemu di tempat kerja. Muiz tidak lagi melepas bersamanya.
Telefon tadi kembali diambil. Melihat kepada gambar Whatsapp Talia yang sudah tiada, yakinlah dia yang nombornya telah disekat oleh wanita itu.
"Tak guna!" jeritnya kuat. Telefon itu kembali dilempar. Masih diselamatkan oleh tilam katilnya yang tebal itu.
"Kau milik aku Talia. Tiada siapa boleh ambil kau dari aku! Tidak Raed, tidak Muiz, tidak juga sesiapa!" suaranya berbisik perlahan.
Sungguh, dia sungguh menyesal meninggalkan Talia ketika itu. Namun padanya, itu bukan kesalahnnya. Mamanya, Datuk Anita langsung tidak memberinya pilihan. Jika dia disini, Talia akan pergi. Jika dia pergi, Talia akan selamat.
Sudahlah dia menconteng arang pada muka Datuk Anita wanita itu akan melakukan apa saja untuk menjaga status sosial keluarga mereka.
"Kau tunggu Talia. Kita akan tetap bersama. Macam yang pernah kita janjikan dulu."
020632
SHI
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...