MAJLIS persandingan Megat Raed dan Hayera Talia. Dengan busana putih bersih yang dikenakan pada tubuh Talia, Megat Raed dengan tuxedo putih, kedua mempelai nampak begitu serasi bersama. Tak putus-putus mereka berdua disapa tetamu pada malam ini. Sebelum majlis bermula tadi, sempat mereka berdua bertemu dengan Puan Linda dan Encik Hamid. Kedua mereka tidak dapat untuk ada bersama kerana ada hal kecemasan di Sarawak.
Penuh ballroom dengan kedatangan tetamu yang dijemput oleh kedua-dua keluarga. Tadi selepas bersanding, Talia diperkenalkan dengan saudara-mara Megat Raed sebelah Tuan Megat Amran. Sangat ramai. Tak mampu Talia ingat setiap nama sepupu Megat Raed dan Megat Raes itu.
"Jom pergi dekat sana. Abang kenalkan dengan kawan-kawan sekolah abang dulu."
Talia mengangguk. Tak banyak bicara. Lalu dia mengikut Megat Raed yang sedia menarik tangannya.
Yang Talia kenal cuma dua orang. Megat Raes, Syed Taufiq dan Ziyad. Yang lain terasa asing pada pandangannya.
"Wah! I thought Megat Raed akan pegang title bujang terlajak selain daripada Megat Raes." Kata lelaki itu selamba sambil berdiri. Kemudian kedua-duanya berpelukan seketika.
"Apalah aku pula yang masuk dalam cerita ni?" soal Megat Raes. Tak puas hati apabila dikatakan bujang terlajak. Eh hello, dia laku okay!
Masing-masing hanya ketawa. Talia hanya memerhati bersama senyumannya yang langsung tidak lekang dari bibir. Segan untuk menyampuk.
"My wife, Talia. Sayang, ni kawan-kawan abang selain The Trio." Jelas Megat Raed. Dia tahu, Talia hanya mengenali The Trio sebagai sahabatnya. Berkawan sejak zaman universiti.
"Terima kasih datang semua. Jemput makan. Kalau rasa tak kenyang, jangan malu-malu tambah." Sapanya ramah.
Ralit Megat Raed bersembang, Talia hanya pasang telinga. Lelaki kalau dah mula sembang, bini sebelah pun lupa. Talia mengeluh perlahan. Bukan tak ada perempuan dalam kumpulan ini. Datangnya dari kawan-kawan Megat Raed dan Megat Raes dan juga isteri-isteri kawan suaminya. Topik yang mereka bincangkan langsung dia tidak tahu.
(Jap, i confuse. Isteri-isteri kawannya atau isteri-isteri kawan-kawannya atau isteri kawan-kawannya. The first one i faham lelaki kawin lebih dari satu pun ada😅. The last macam share isteri. HAHA. I pening!)Berasa bosan, matanya menangkap wajah yang dikenali. Pantas dia cuit bahu Megat Raed untuk berlalu terlebih dahulu.
"Talia nak pergi pada Aliya kejap eh abang?" Megat Raed berpaling dan memberi anggukan. Pantas Talia bangun mendekali Aliya yang kelihatan monyok.
"Kau dah kenapa muka masam macam mangga belum masak?" suaranya sebaik saja tiba di meja Aliya. Hanya berdua bersama Zahra. Kerusi ditarik kemudian terus duduk tanpa dipelawa.
"Hai Zahra! Lama aunty Lia tak nampak Zahra." Disapa gadis comel itu dengan gaun berwarna pink lembut. Tadi dia ada nampak Zahra bersama-sama anak Syed Taufiq dan isteri.
"Hai aunty Lia. Ara makan ice cream!" jawabnya anak kecil itu malu-malu lalu menyambung menyuap makanan ke dalam mulut.
"Oh, sedap?"
Soalan hanya dibalas anggukan. Mata bulat dengan kornea hitam itu nampak berkilauan. Teruja! Talia hanya senyum sambil tanggannya naik mengosok kepala Zahra yang kemas bertocang dua.
"Kau dah kenapa monyok macam ni? Menopause?"
Aliya kerut dahi dan berpaling laju. Mulut tu...
"Kau gila! Aku kawin pun belum, dah mintak menopause. Paling-paling kurang biarlah aku ada anak dua tiga orang sebelum tutup kilang." Cantas Aliya laju. Mulut Talia ni, memang minta kena cili. Apa kata dia menopause. Simpang malaikat 44. Dia masih muda okay!
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...