Cukup Sempurna - Special 3

1.8K 57 2
                                    

Maaaaaaffff I lambat update. Terpaling puasa lahhh katakan. But, please enjoy! and Happy Ramadhan everyone! Puasa penuh okayyyy💕 and please vote if you want another special chapter.. hihihiihihii


MEGAT Raed merapati tubuh wanita yang sedang tidur. Jasad wanita yang kepenatan selapas melahirkan bayi mereka secara normal. Syukur, alhamdulillah keadaan isteri dan anak-anaknya baik-baik sahaja.

Matanya redup memandang isteri. Bibir pula mengukir senyuman bahagia. Perlahan, dia labuhkan ciuman di dahi si isteri sebelum dia duduk di bangku sebelah Talia. Jari jemari wanita itu diambil dan digenggam. Seketika, dia bawa tangan itu ke bibirnya.

Tadi, dia ada disini sebelum dia melihat anak-anaknya yang sedang dipantau oleh doktor. Kemudian, dia terus bergegas ke sini untuk menemani isterinya.

Pintu wad dibuka buat Megat Raed angkat mata memerhati susuk tubuh yang masuk untuk melawat isterinya. Perlahan dia letakkan tangan Talia di atas katil. Dia menyalami ibu dan abah mentuanya.

"Masih belum bangun lagi ke Talia?" Soal ibu pada isterinya.

Megat Raed menggeleng.

"Belum lagi pun. Rasanya Talia penat melahirkan 2 orang sekaligus. Normal pula tu." Jawab Megat Raed.

Ya, Talia lahirkan bayi kembar mereka secara normal. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun hampir 12 jam isterinya mengalami contraction. Dan dia menemani isterinya sepanjang tempoh itu. Sebelum masuk waktu subuh pagi tadi, bUkaan telah buka sepenuhnya dan terus Talia didorong masuk ke labour room. 8 minit selepas kelahiran anak pertama, anak kedua mereka pula melihat dunia. Dan ketika itu hanya senyuman manis Talia kelihatan walaupun nampak lelah dan wanita itu terus terlena kepenatan.

Puan Yuhaina mengambil tempat duduk di kerusi sebelah anaknya yang terbaring dengan wajah yang sedikit pucat. Namun bacaan Multipara Patient Monitor menunjukkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, kepekatan oksigen dan kadar pernafasan semua berada paras yang normal. Nafasnya dihega.

"Apa kata doktor?" Soal Encik Razak pula berkenaan anak satu-satunya perempuannya.

"Raed teman Talia tadi dalam labour room. Alhamdulillah so far okay. Cuma she lost some blood, but everything went well. Anak-anak pun sihat sempurna, bah."

Mendengar jawapan itu, Encik Razak meraup wajah penuh syukur.

"Dah inform mama papa kamu?" Soal Puan Yuhaina pula.

"Dah bu. Kejap lagi dia orang sampai."

"Ibu dengan abah pergi tengok baby dulu di wad sekejap."

"Baik bu. Raed tunggu Talia bangun dan yang lain datang."

Megat Raed kembali mengambil duduk disebelah isterinya. Matanya terasa layu. Tak sempat untuk dia berehat. 12 jam menemai contraction Talia menanti detik-detik anak kembarnya melihat dunia. Dan 12 jam itu dia langsung tidak berehat.

Duduknya dibetulkan sebelum dia meletakkan kepada atas lengan sendiri, sebelah isterinya berbaring. Rasa nak rehatkan mata sekejap sementara menunggu Talia bangun dari rehat panjangnya.

TALIA pandang sekeliling. Bau ubat hospital menyucuk deria baunya membuatkan dia sedar dia ada dihospital sekarang. Selesai mengeluarkan 2 orang budak dari dalam rahimnya. Dia memandang sekeliling sebelum terancap pada tangan yang memegang lengannya yang dicucuk branula. Matanya terus memandang wajah kepenatan Megat Raed yang tenang dalam tidurnya. Tangan dilari mengusap rambut lembut suaminya.

"Abang...." Jarinya dilari mengusap lembut rambut Megat Raed. Lelaki itu terlena dengan wajah kepenatan. Mana tidaknya, Megat Raed menemaninya selama dia menahan kesakitan.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now