Cukup Sempurna - Special 5 (Last)

2.5K 65 8
                                    


TIDURNYA rasa terganggu apabila langsung tiada suara kanak-kanak yang menjerit dalam rumah. Perlahan-lahan dia buka mata apabila cahaya matahari mula masuk dalam mata dari celahan langsir yang bertiup lembut. Rasa kepalanya sedikit berpinar dek kerana masalah silau yang dihidapinya.

Bila jadi seorang ibu, dia lebih berasa risau kalau anak-anak diam dari bising. Bila anak bising, mula rasa rimas. Tapi, kalau anak diam, dia pula rasa risau. Selalunya anak-anak kalau diam, ada lah tu 'kerja' yang mereka tengah buat. Mak-mak je tahu feeling ni..

Jam dinding dipandang. 9.00 pagi. Dia lantas bangun, duduk bersandar pada katil. Kelibat Megat Raed tiada didalam bilik mereka. Mungkin sedang menguruskan anak-anak mereka di luar rumah memandangkan hari ini hari cuti.

Dia mengeliat utnuk meregangkan otot-otot tubuhnya yang sengal akibat kepenatan di café. Sejak TalLiyas' Café membuka cawangan baru, dia dan Aliya mempunyai tugasan yang lebih banyak tidak seperti biasa.

Dia bangun lalu langsir bilik dikuak lebar. Pintu gelangsar dibuka, namun tiada 3 orang lelaki yang menjadi penghuni hidupnya diluar rumah. Talia sudah mula mengerutkan dahi. Dia melangkah masuk kembali. Berjalan untuk keluar dari bilik mereka, namun sepucuk surat diatas meja dressing table buat langkahnya terhenti.

Surat itu diambil dan dibuka. Tulisan tangan suaminya. Dan perlahan-lahan dia duduk diatas katil semula sambil membaca surat itu.


A letter to my beautiful angel...

Assalamualaikum and good morning, my dear. I know you must be wondering where I am right now. But let this message replace me this time.

It's already 3 years we are together right, sayang? Alhamdulillah abang rasa sangat bersyukur sepanjang kita bersama, banyak dugaan yang kita alami. Dan banyak yang kita mampu hadapi sama-sama. Kalau tak kerana kesabaran dalam rumah tangga kita, Allah masih panjangkan jodoh kita and I always pray to God, you will always be my angel in heaven, beside me.

Abang mengaku, kadang agak pincang menjadi ketua dalam rumah tangga kita, but Thanks to God for sending me a beautiful, kind and patience angel to me, help me, guide me and be with me. Terima kasih atas kesabaran sayang sepanjang 3 tahun ni.

I still remember when we know about your first pregnancy. At that time, sayang baru saja pulih dan Allah hadirkan hadiah yang sangat bermakna dalam hidup kita kan, sayang? Yang juga jadi mengerat ikatan perkahwinan kita and I'm glad for having our handsome and cute boys. How beautiful takdir yang Allah aturkan untuk kita. Tak mampu untuk abang gambarkan betapa syukurnya abang dengan segala perancangan yang terlampau sempurna ini. Terima kasih kerana korbankan tubuh sayang untuk besarkan mereka selama 9 bulan. Terima kasih kerana korbankan masa sayang untuk jaga mereka sewaktu abang tiada di rumah. Terima kasih ada dimasa-masa yang tak mampu abang tempuh berseorangan.

Membesarkan mereka tak mudah, sayang. Lagi-lagi tanpa sayang disisi. Tapi semuanya jadi mudah bila ada sayang bersama. Did you remember the first time you left me with our twins alone sebab sayang perlu outstation? That time was hard. I was messed up everything but yet you still try to help me manage everything until you came home.

Sayang, abang tak tahu kebaikan apa yang abang buat to deserve an angel like you. Dan abang sangat bersyukur kerana abang jatuh cinta pada sayang. And I really hope rasa cinta abang pada sayang remain until heaven, sayang. I pray for that in our prayer, every time and every day. I swear, I want to be with you, always.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now