PESANAN ringkas yang dikirim Naufal tidak mampu Talia balas. Permintaan itu bukannya permintaan yang sebenar-benarnya. Itu ugutan. Ugutan untuk mencabut nyawa sendiri.
Kalau kau tak datang jumpa aku Talia
Jasad aku mungkin jatuh dari bangunan hospital yang kau akan jumpa
Dan bawa segala kekesalan kerana keegoan kau tak mahu untuk jumpa aku.
-Naufal
Dalam berat hati, Talia kuatkan hati meminta izin dari suaminya untuk keluar dari rumah walaupun emosinya kini semakin stabil, tapi masih lagi kadang-kadang dia gagal. Menangis, mengamuk, menyalahkan diri sendiri, gembira, terlalu gimbira dan macam-macam lagi emosi yang dia rasakan sekarang. Itu yang dia rasai selepas dia mengingati segala peristiwa 6 tahun lalu. Dia belum sepenuhnya pulih, namun dia sedang cuba untuk pulih seperti sediakala.
Mana mungkin untuk dia merasa bahagia sedangkan ada nyawa terkorban kerana dia. Tak, bukan salah dia. Dia juga mangsa. Dan untuk itu, dia persiapkan mental dan fizikalnya untuk pertahankan segalanya.
Talia melangkah perlahan kemudiannya berhenti. Berdiri tegak melihat pintu yang tertulis nama Ahmad Naufal di situ. Pintu diketuk tiga kali sebelum Talia masuk tanpa disuruh.
Masuk saja, senyuman Naufal terukir. Langsung tiada rasa bersalah.
"Finally, you are here. Tak sia-sia ugutan aku bunuh diri tu." kata Naufal dengan bangga.
Wajah kosong Talia bertukar riak. Dia tertawa sinis. Bunuh diri?
Aku yang menanggung derita sampaikan pernah terfikir untuk cabut nyawa sendiri disebabkan dia! Bentak hatinya.
"Kalau kau tak ada benda penting nak cakap, jangan nak suruh aku duduk sini tengok muka sampah kau ni. Sakit mata! Semak tahu?" kata Talia dengan nada paling perlahan, namun masih boleh didengari oleh Naufal.
Naufal berubah riak. Talia yang dia kenal beberapa minggu lepas sudah hilang sepenuhnya. Aura wanita ini betul-betul berbeza dengan Talia yang pernah dia kenal.
"Aku cuma nak tengok kau, Talia. Aku rindu kenangan kita dulu..."
"Kenangan kita dulu? Kau... dengan kenangan kau tu, boleh pergi mati! Sebab kau, aku kehilangan ayah aku. Aku kehilangan kakak yang aku sayang. Raed kehilangan tunang dia. Dan kau dengan bangganya cakap kau masih rindu dan ingat kenangan bodoh kau tu? Kau rogol aku Naufal dan kau kata kau rindu kenangan itu? Kau ni... manusia ke binatang hah?!" amarahnya memuncak mendengarkan kata-kata Naufal sebentar tadi.
Naufal benar-benar membuktikan yang dirinya sendiri adalah sampah! Seperti yang Talia anggap. Lelaki itu terlalu menyanjung diri. Menjatuhkan harga diri yang sedia murah itu semakin murah sampaikan tiada urusan jual beli. Murah, sampah dan busuk!
"Bukan salah aku semua orang yang kau sayang mati Talia! Kalau ajal dah sampai, then mati je lah." Tutur Naufal selamba bagai tiada perasaan ehsan dalam dirinya.
Nafas Talia semakin tercungap. Dari tadi dia menahan marah. Naufal ibarat sedang menuang minyak ke dalam api. Apabila terbakar, dicurah air. Semakin api itu marak dan menyambar. Kesabaranya kian terbakar.
"Ya! Kalau itu salah kau pun, kau tetap tak kan pernah mengaku itu adalah salah kau. Sebab kau tu lelaki paling pengecut aku pernah kenal. Dayus! Sebabkan kau, sebabkan mama kau, Datuk Anita nak jaga nama baik keturunan dia, mama kau bunuh seorang demi seorang mereka yang cuba selamatkan aku!"
"Talia! Jangan tuduh aku dayus! Jangan kata mama aku orang jahat!" Balas Naufal dengan lantang. Mamanya tak sejahat yang Talia katakan. Dia kenal mamanya, Datuk Anita. Walaupun penuh dengan aura tegas, wanita itu tidak sekejam itu untuk membunuh.
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomantikSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...