vote dulu boleh? hehehe
actualy, im so sorry sebab rasa macam lama tak update. i am final year student, but still a student. assignment terlalu banyak sampai rasa kalau boleh pindah ke marikh ke, saturn ke, rasa nak pindah tanpa fikir apa2.
btw, enjoy your reading !
"MUIZ tak join ke?" Tanya Naufal kepada Ery dan Anas sebaik saja tiba di meja yang menempatkan dua orang sahabatnya itu.
Naufal mengeluh lega apabila dia dapat duduk di atas kerusi. Penat kerja petang tadi tak hilang lagi, dua orang lelaki di hadapannya ini mengajaknya berjumpa pula. Saja lepak. Tiada motif untuk berjumpa. Selalu macam itu.
"Muiz kata dia ada hal malam ni. Hal apa entah. Sibuk betul dia sekarang sejak dua menjak ni." Rungut Anas. Bukan dia tak perasan, Muiz mengelak untuk untuk keluar melepak bersama sekarang. Sejak kes terserempak Talia tempoh hari.
Hari itu pun setelah Muiz menarik Talia menjauh dari mereka, Muiz turut pulang ke rumah setelah Talia selamat masuk ke dalam kereta bersama-sama seorang lelaki yang mereka tidak kenali.
Naufal hanya mendengar tanpa membalas. Dia tahu sekarang jarang sekali Muiz nak duduk lepak bersama mereka. Namun tiada komen yang mampu dia berikan. Masing-masing ada hidup sendiri. Tiada rasa untuk bertanya lebih lanjut. Malas ambil kisah.
"Aku rasa dia dah jarang dengan kita sejak kes Talia haritu lah." Kata Ery.
Mendengar sebaris itu, tubuh Naufal terus menegak. Rasa ingin tahunya mencanak tinggi. Sementelah, tiada siapa tahu kemana perginya Talia setelah mereka putus.
"Talia? Kau orang jumpa Talia? Bila? Dekat mana?" berpusu-pusu soalan keluar. Hati Naufal terasa teruja apabila nama Talia keluar dari bibir sahabatnya. Lama dia tidak dengar tentang Talia. Paling terbaru pun hari dimana Muiz terserempak dengan Talia tapi Talia bagai mengelak. Selepas itu Muiz menyepi, tiada khabar dari Talia.
Dia pun tak mahu bertanya banyak kerana takut rahsia yang disimpannya terbongkar. Muiz itu ibarat bayang-bayang Talia kerana mereka sangat rapat. Jika Muiz tahu satu-satunya rahsia yang tersimpan kemas itu, memang mati dia dikerjakan Muiz. Sahabat tak sahabat, kalau melibatkan Talia, lelaki itu akan menjadi seorang yang sangat protective.
"Minggu lepas dekat Starbuck. Bila Talia tegur je Muiz, terus Muiz tarik si Talia tu keluar dari Starbuck. Aku dengan Ery pun belum sempat tegur, dah lesap dua orang tu." Hakikatnya itu yang terjadi. Baru saja Anas seru nama Talia nak double confirm akan matanya yang mungkin tersalah orang, Muiz dengan muka pucat lesi dah tarik Talia pergi.
Naufal senyum sinis. Rasa seperti Muiz belot. Dia tahu Muiz pernah ada rasa lebih dari sabahat untuk Talia. Namun Talia tidak nampak dan menganggap ambil berat Muiz sebagai tanda mereka bersahabat. Dan mungkin juga sampai sekarang Muiz punya rasa yang sama kepada Talia. Atau mungkin Muiz tak meluahkan kerana takut persahabatan itu terputus begitu saja.
'Pembelot! Kekasih kawan sendiri pun nak kebas.' Bisik hatinya.
Rasanya Muiz sendiri tahu yang dia masih menyanyangi Talia biarpun mereka telah berpisah.
"Bercakap pasal Talia kan... kau rasa kenapa tiba-tiba dia senyap je lepas kau orang break up? Hilang dia macam tak pernah wujud. Ada something happened ke antara kau orang dua?"
Pertanyaan Ery mebuatkan tubuh Naufal tegang. Rahsia yang tiada siapa tahu tentang apa yang jadi antara dirinya dan Talia.
Benar Talia yang memutuskan hubungan mereka pada hari dia berangkat pergi. Tapi hakikatnya dia yang membuang Talia dari hidupya. Terpaksa. Tapi sekarang dia akan perbetulkan segalanya. Bertanggungjawab atas apa yang terjadi antara dia dan Talia. Itu janjinya.
"Tak ada apa jadi. Talia tak nak aku pergi. So aku minta putus sebab aku tak suka orang halang apa yang aku minat." Jawabnya penuh pembohongan. Ego dan maruahnya perlu diletakkan di tempat yang tertinggi supaya tiada siapa dapat mencapai hatta memijaknya. Itu yang diajar mamanya.
SUDAH seminggu. Petang semalam Talia sudah sampai ke rumah untuk menyambut kepulangan ibunya dan Encik Razak. Malamnya pula baru mereka sampai ke rumah setelah seminggu berada di Langkawi.
Hari ini pula Talia menyibukkan diri di café. Sejak dua menjak ini banyak tempahan yang masuk. Nasiblah juga Aliya sudah pulang. Ringan juga beban kerjanya kerana tak semua staff di TalLiyas' pandai untuk merias kek. Lebih kepada kurang berani.
"Berapa banyak order untuk harini?" Soal Aliya apabila dia masuk ke dalam ruangan dapur. Apron dililitkan di pinggan sambil berjalan. Kelam kabut dia dibuatnya tadi apabila anak gadisnya buat perangai tak mahu ke taska. Mogok.
"Untuk tengah hari ada 3. Untuk petang pun 3. Semuanya pick up." Beritahu Talia.
Buttercream sudah tersedia. Cuma perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Kebanyakan design yang diminta mengikut trend yang sedang hangat. Simple. Tetapi masih mengekalkan kecantikannya.
Hampir 5 jam mereka berdua bertukus lumus, siaplah 6 biji kek yang siap dirias sepenuhnya oleh mereka berdua. Kesemuanya dimasukkan ke dalam chiller, disejukkan terlebih dahulu sebelum pelanggan datang untuk mengambilnya nanti.
Talia dan Aliya berlalu dari ruangan dapur ke ruangan café. Kelihatan Zahra Eliya, anak Aliya sedang duduk bersama buku-buku yang penuh diatas meja ditemani Qayeed. Tadi pun Qayeed yang ambil Zahra Eliya di taska. Talia perasan yang Qayeed memang sangat sukakan kanak-kanak. Masuk saja budak kecil, pasti akan diberikan gula-gula yang sentiasa ada dalam poket seluarnya.
Talia melihat Aliya sebaik saja mereka duduk tak jauh dari Zahra Eliya. Rasa kesiannya jatuh bertimpa-timpa melihat keadaan Aliya sekarang. Namun ini adalah pilihan Aliya.
3 hari lepas Aliya telah menceritakan perkara sebenar kepadanya kenapa dia pergi dari Malaysia 3 tahun dahulu. Pilihan Aliya memang bukan pilihan biasa-biasa pada Talia. Pengorbanan.
"Jangan pandang aku macam tu Talia. Aku tak suka." Buka Aliya tak perasan yang Talia pandang dia dengan rasa kasihan.
"Sorry. Habis kau dengan Ziyad macam mana sekarang?"
"Apa lagi yang aku nak harapkan. Aku sendiri yang pergi Talia. Hubungan kami automatik putus. Dia pun baik-baik je sekarang aku tengok."
"Kau dah jumpa dia lepas kau balik Malaysia?" Soal Talia terkejut. Tak sangka secepat itu.
"Second day aku dekat café. Dia dengan kawan dia." beritahu Aliya selamba.
"Stop cakap pasal aku dengan Ziyad yang dah sah-sah tak ada apa-apa hubungan lagi dah. Kau dengan Raed apa cerita? Macam belangkas aku tengok sekarang."
Talia tersenyum malu. Namun bibirnya masih tertutup rapat dari menceritakan perkara sebenar.
210122
SHI

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...