52 - Move On

1.5K 64 0
                                    

DALAM kepekatan malam yang dihiasi bintang di dada langit, Talia perasan ada susuk tubuh yang sedang berada di belakangnya. Perlahan-lahan tubuh itu mendekat lalu memeluk pinggangnya dari belakang. Talia lantas sandarkan tubuhnya pada dada lebar itu.

Selesa. Selamat. Itu yang dia rasa. Berada dalam pelukan Megat Raed membuatkan dirinya terasa selamat dan dilindungi.

Soalan yang bermain dalam kepalanya sewaktu di Sarawak dulu muncul. Dia masih ingat, hatinya terasa sedikit terluka ketika itu apabila dia lihat ada air mata yang jatuh ke pipi Megat Raed. Tetapi lelaki itu usap pergi dengan pantas. Tidak mahu dia nampak.

Dan ketika itu dia sedar, dalam hati Megat Raed masih ada Laila Raihana. Biarpun sekarang dia adalah isteri sah kepada Megat Raed Baihaqi. Namun siapalah dia untuk memaksa sekeping jiwa suaminya itu untuk melupakan Laila Raihana, perempuan yang pernah menjadi cinta pertama suaminya.

Dalam dakapan itu, telinga menangkap soalan Megat Raed yang berbisik rapat ke telinga. Bertanya akan perkara yang dia fikirkan. Talia menggeleng perlahan. Lantas Megat Raed tukarkan posisi tubuh mereka supaya saling bertentangan.

"Abang tahu, ada sesuatu yang yang sayang fikirkan. Tell me, sayang. Tentang apa? Naufal? Rina?" satu demi satu soalan yang diluah. Hanya itu yang mampu dia fikirkan. Kerana hanya manusia-manusia itu saja yang sering menganggu isterinya sehingga emosi wanita itu jatuh merudum.

Talia sekali lagi gelengkan kepala. Menafikan apa yang Megat Raed fikirkan.

Kening Megat Raed berkerut. Dia tidak faham, tapi dia ingin tahu.

"Kak Laila. Talia fikirkan kak Laila dan abang." Datar dia menjawab.

Megat Raed pejamkan mata dengan tangan meraup rambut. Entah berapa kali dia perlu ulang yang dia sudah terima segalanya. Tapi mengapa Talia bagaikan tidak percaya dengan kata-katanya.

"Talia tahu abang dah move on."

Matanya kembali terbuka. "Tapi?" sambungnya. Dia sedar, ada sambungan yang isterinya belum lengkapkan. Ayat itu bukan setakat itu.

"Abang masih cintakan kak Laila?"

Megat Raed menyegap. Jadi itu yang difikirkan isterinya. Tentang perasaannya pada arwah Laila sekarang. Dia tidak mahu nafikan yang masih ada rasa yang sama biarpun dia cintakan Talia. Namun dia terlebih dahulu menerima hakikat tentang perkara yang mustahil untuk dia minta.

"Abang cintakan sayang. Dan abang juga akan jujur pada sayang sebab abang tak mahu nanti kita bergaduh di kemudian hari. Mungkin ini akan lukakan perasaan sayang, tapi sejujurnya, susah untuk abang lupakan sepenuhnya rasa yang ada pada Laila."

Talia tundukkan memandang bawah. Dia sudah tahu.

"Abang sayangkan arwah."

Dan dengan pengakuan itu, air mata Talia yang tadinya bergenang mula jatuh setitik demi setitik. Tak dapat dia nafikan yang dia juga terluka. Seperuh hatinya memberontak, separuh lagi memujuk untuk merima. Dia dalam dilemma.

Dan ketika itu juga, Megat Raed tarik Talia masuk kedalam pelukannya. Lantas, esakan kecil itu mula menjadi kasar. Bahu wanita itu juga terhinjut-hinjut kerana tangisan yang keras.

"Abang minta maaf. Abang dah cuba sehabis baik. Abang tetap cintakan sayang. Hingga akhir hayat abang. Laila mungkin yang pertama, tapi Talia yang terakhir, sayang!"

Tangan Talia turut membalas pelukan itu. Melepaskan segala yang terbuku dihati kerana dia begitu Lelah untuk menanggung semuanya sendirian. Dalam tidak sedar, Megat Raed adalah orang yang selalu ada bersamanya.

Tangisannya telah berlalu, pelukan dirungkaikan. Mata sang suami yang masih memandangnya itu dibalas. Dengan senyuman manis.

"Talia tak marah. Talia juga tak akan halang. Itu hak abang. Yang Talia tahu, abang tetap cintakan Talia kan?"

"Melebihi segalanya, sayang." Sambungnya dengan senyuman.

"Thank you for telling me the truth."

"SEORANG ahli politik menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Puteri Asturi ditahan oleh polis awal pagi semalam. Dia ditahan atas dakwaan merancang dan membunuh seorang lelaki berusia 41 tahun dan juga seorang remaja 18 tahun, enam tahun lalu. Kes yang pernah digantung dahulu kini dibuka kembali atas faktor bukti yang kukuh telah ditemui. Menurut peguam yang telibat dalam kes ini, Tuan Megat Imran berkata, bukti-bukti telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut sebelum kes perbicaraan bermula."

Talia tersenyum puas apabila terpampang wajah Datuk Anita di ruangan berita malam ini. Dia telah nekad untuk menyambung kembali kes yang pernah cuba ditutup oleh Datuk Anita beberapa tahun lalu.

"Talia tak pernah sangka, papa dan abah orang yang bertanggungjawab untuk selesaikan kes ini dulu." Sungguh, dia langsung tidak tahu akan perkara itu. Sehinggalah kertas siasatan dibuka semula.

Memang dia tidak sangka. Dia hilang ingatan dan segala-galanya turut terkubur kerana tidak mahu dia dihantui memori gelap itu.

"Ibu pada mulanya nak tutup kes ni walaupun ibu dapat agak siapa yang terlibat. Bukti tidak menjurus kepada Datuk Anita ketika itu. Talia pula dalam keadaan yang kami tak jangkakan. Ibu tak mahu terus rumitkan keadaan Talia waktu tu."

"Ibu sepatutnya teruskan saja kes ni dulu." Pintasnya laju.

"Tak. Tindakan ibu betul. Polis ada kata, kes ini akan tergantung disebabkan Talia hilang ingatan. Selama 6 tahun ni, kalau Datuk Anita rasa dia menang, dia memang silap. Abah perlahan-lahan cari orang-orang yang terlibat dalam kes ni. Hampir semua dalam tahanan polis. Dan sekarang, tunggu pengakuan mereka untuk jatuhkan hukuman pada Datuk Anita. Lagipun, sekarang dah ada bukti tentang kes langgar lari arwah Laila. Dah tiba masa kita tuntut pembelaan."

Kepalanya perlahan menoleh kepada Megat Raed. Senyumannya terukir. Nafas terhela lega. Semuanya akan terbela.

"Pasal Naufal..."

"Kenapa dengan lelaki tu?" soalnya. Sempat ditahan perkataan 'tak guna' itu keluar dari mulutnya. Kalau itu terjadi, memang dia akan ditegur terus oleh Megat Raed.

"He involved in accident." Jawab Megat Raed.

Talia cuma 'hmm' kan saja. Tidak tahu dan tidak ingi memberi apa-apa respond tentang lelaki itu lagi. Antara mereka sudah lama tamat.

"Keadaan dia tak teruk sangat." Sambung Megat Raed lagi.

Kepala Talia automatic kembali berpusing melihat suaminya yang sedang berada disebelahnya. Keningnya berkerut. Mahu bertanya apa faedahnya suaminya bercerita tentang Naufal. Sebab dia langsung tidak mahu ambil tahu tentang kehidupan lelaki itu.

Namun, hanya seketika cuma dia berfikir begitu, kemudian senyuman sinisnya tersungging.

"Baguslah. Lagi cepat dia boleh check in penjara. Terima akibat atas apa yang dia dan mamanya dah buat pada arwah ayah." Dingin suaranya dengan senyuman sinis yang tidak lekang.

Sungguh, ketika ini hanya ada rasa puas yang teramat sangat tentang apa yang menimpa keluarga Naufal. Dia tidak ada rasa kasihan. Kerana mereka memang layak untuk menerima hukuman atas tindakan mereka itu.

Datin Anita dengan kesalahan cubaan membunuh dirinya, membunuh ayahnya dan Kak Laila. Juga terlibat dalam pecah amanah dalam parti politik yang dikendalinya. Dan pelbagai lagi kesalahan yang ditutup namun kini satu per satu dibuka untuk tatapan umum.

Naufal pula, dengan kerjaya sebagai peguam demi menutup kisah silam dulu. Huh, lelaki yang kononnya mahu menegakkan keadilan itu terang-terangan menyorokkan keadilan demi kepentingan diri sendiri. Keadilan atuk dia!

121102

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now