MATANYA perlahan-lahan dibuka. Terasa sesak didada, lalu dia cuba atur nafas sebaik yang mungkin. Cahaya menerjah mata membuatkan matanya kembali tertutup. Seketika, dia cuba lagi sehingga dia mula sedar keadaan sekeliling.
Talia bangun dari terus berbaring. Sekelilingnya diperhati. Diatas katil empuk bersaiz king, sebelahnya ada meja kecil yang dihiasi dengan lampu tidur. Beg tangannya jug ada disitu. Sebelahnya, ada sejambak bunga ros merah yang mengeluarkan haruman yang menyenangkan. Tingkap bilik itu tertutup namun langsir labuh itu terbuka luas membiarkan cahaya masuk tanpa segan silu.
"Aku kat mana ni?" soalnya sendiri sambil memegang kepala yang terasa pening.
Ligat kepalanya berfikir segala kemungkinan yang ada. Dia tidak pernah datang ke sini. Keadaan di sini juga terasa asing pada pandangannya biarpun sedikit dalam hatinya merasakan dia mengenali tempat ini.
Tidak berfikir panjang, perlahan-perlahan dia bangun dari katil biarpun rasa nak keluar dari ruangan ini dengan segera. Tarasa tidak sedap hati tiba-tiba. Otakknya masih lagi berfikir bagaimana dia boleh berada disini.
Beg tangannya dicapai. Telefon pula dicari. Jam sudah menginjak pukul 3 petang.
"Kak Talia! Ada customer tertinggal phone dia dekat kaunter. Rasanya baru je dia keluar sekejap tadi." Beritahu Dania sambil menunjukkan telefon di tangannya.
Di kaunter, agak ramai pelanggan yang ada. Tak menang tangan Dania, Naqib dan Bella selepas Qayeed dan Nasuha sudah berhenti untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pelajaran.
"Tak apa. Pass akak, akak cari dia kejap lagi rasanya akak kenal. Encik Naufal kan?"
"Ya kak."
"Okay. Akak nak keluar kejap tau. Kak Aliya cuti harini sebab anak dia tak berapa sihat. Apa-apa call akak terus okay? Tolong jaga café untuk akak kejap, okay?
Dania mengangguk. Hari ini memang agak sibuk. Namun, masih boleh dikawal dengan adanya pekerja-pekerja lain yang turut membantu.
Talia lajukan langkah mencari kereta Audi Q3 milik Naufal. Dia pernah nampak lelaki itu datang dengan model kereta itu.
Tiada.
Talia terus melangkah ke keretanya. Seketika, baru dia perasan, kereta Audi milik Naufal elok dipakir disebelah keretanya. Cermin kereta itu gelap, tiada cahaya yang mampu melepasi cermin itu. Namun dari cermin hadapan, dia masih belum nampak ada bayang-bayang dalam kereta itu. Dia melihat sekeliling.
Seketika baru dia tersedar ruangan parking itu sangat sunyi dari biasa. Jantungnya berdegup laju tanpa sebab. Rasa seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan dirinya sekarang.
Baru berniat untuk berpaling, mulut dan hidunya ditekup dengan kain. Bau yang menyengat sehingga melumpuhkan segala ototnya untuk bergerak. Tubuhyang yang kian longlai disambut dan dipeluk dari belakang. Matanya kian tertutup rapat.
Pintu bilik yang dibuka dan ditutup itu menyedarkan Talia dari memutarkan memori beberapa jam yang lepas. Tubuh itu semakin mendekati Talia.
"You awake." Suara lelaki itu. matanya liar memerhati Talia yang sudah berdiri bersama beg ditangan.
"Kita di mana ni? Macam mana saya ada di sini, Encik Naufal?" soalnya dengan pandangan yang keliru. Sumpah, dia sangat buntu sekarang. Entah siapa yang menekup mulutnya, membawa dia datang kesini. Bersama dengan Naufal pula tu.
Adakah dia sedang diculik sekarang ini? Atau dia ada buat salah pada orang lain sehinggakan orang itu berdendam kepadanya. Otaknya mula berfikir motif-motif yang tidak masuk akal.
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...