Ps: kenapa tajuk kali ni Girls×Drama? Because girls dan drama memang tak boleh dipisahkan. Macam Shi harini, beria menangis sebab i tension dengan sejenis manusia yang rasa diri dia yang terpaling betul, terpaling syurga. Menyampah!
Okay, happy reading!! Vote and comment! 😘 Muah muah 💋💋💋
LIMA belas minit masa diambil untuk Talia menenangkan diri. Megat Raed rasa bersalah kerana membenarkan dan bersetuju dengan Muiz untuk membawa kawan baik Talia semasa sekolah menengah dulu.
Dari awal Muiz bertanya tentang persetujuannya untuk menemukan dua sahabat baik itu. Pada awalnya Megat Raed rasa berat hati. Namun dia tahu, jauh di dalam hati Talia, wanita itu juga mahu tahu kisah yang terpadam itu.
Bila melihat keadaan Talia sekarang, dia mahu larikan Talia dari memori dulu. Memori yang paling menyakitkan dalam hidup Talia. Juga hidupnya.
"Talia dah okay, abang. Jom kita masuk balik. Semua orang cari nanti." Katanya apabila dirasakan keadaannya semakin pulih. Emosinya sudah semakin stabil. Tidak seperti tadi, rasa ingin menangis tanpa henti.
"Abang dah beritahu Raes yang Talia tak sihat. It's okay kalau..."
"No, abang. People come to celebrate us. It's not nice kalau kita tak tunjuk muka." Tegas dia berkata. Memang benar, tidak manis membiarkan hanya ibu bapa mereka yang melayan tetamu. Dia dan Megat Raed adalah watak utama untuk majlis persandingan ini.
"Okay, fine. Kalau Talia rasa tak okay, tell me immediately, okay?"
Mahu tidak mahu, Talia jatuhkan kepala. Akur dengan permintaan Megat Raed. jika tidak, memang masih disinilah mereka. Setelah dikemaskan makeupnya, barulah mereka melangkah keluar bersama-sama. Rangkulan pada bahu isterinya langsung Megat Raed tidak lepaskan
Masuk ke dewan semula, Talia terus ke meja Muiz dan Naira. Ada juga Aliya dan Zahra yang masih menemani mereka sampai sekarang sewaktu pemergiannya tadi.
"Sorry korang. I felt dizzy tadi. Sorry, Muiz. Sorry... Naira." Kata Talia sambil memerhati wajah satu per satu dihadapannya. Pada Naira, pandangannya agak lama sebelum dia ukirkan senyuman kekok.
Megat Raed menolak perlahan tubuh Talia. Disuruh duduk tanpa kata. Lelaki itu kemudiannya ambil tempat disebelah si isteri yang tiba-tiba diam tidak bersuara. Suasana begitu kekok. Hanya Zahra yang bercakap-cakap bersama Aliya.
"Ingatkan tak datang. Dari tadi Talia merungut kau tak sampai-sampai. Tinggal tak tarik muka je bini aku ni." Kata Megat Read memecahkan kesunyian antara mereka.
"Datang. Haruslah aku datang. Dah janji dengan bini kau kan. Pergi ambil minah ni tadi. Lambat sangat bersiap. Entah apa yang dia letak dekat muka dia, aku tengok sama je." Jawab Muiz. Sempat diusik kekasih hati disebelahnya. Member disebelah dah muncung sedepa kerana diusik.
Talia pandang Megat Raiz dan Muiz terkebil-kebil. 'Rasanya dulu Muiz panggil Megat Raed, abang?'
"Apa sayang?" Megat Raed pandang si isteri yang nampak keliru.
"Since when you guys rapat ni?"
"Mana ada kami rapat. Lelaki. Biasalah." Selamba Muiz membalas. Megat Raed pula mengangguk setuju.
"You, Aliya... bila nak get back dengan Ziyad. Dah lama kawan I menunggu tu." Soal Megat Raed tiba-tiba pada Aliya. Penuh selamba.
Aliya tengah makan rojak buah yang pedas rasa nak sembur kuah rojak itu pada muka Megat Raed. Sekali dengan Talia.
Apa tanya soalan macam tu? Laki bini sama je! omelnya dalam hati.
"Apa pula I dengan Ziyad. Suruh la dia kawin dengan girlfriend dia tu." Tukas Aliya laju.
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomansaSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...