SEDANG Talia menguruskan kewangan cafenya, TalLiyas' Cafe, telefonnya berbunyi diangkat terlebih dahulu. Nama yang terpapar di skrin membuatkan bibirnya mengukir sedikit senyuman.
"Ya abang Raed. Kenapa call?" tanyanya setelah salamnya dijawab oleh Megat Raed. Tangannya laju menyimpan penyata kewangan itu ke dalam folder yang tersedia.
"Thank you for the cake last night. Semua nurse yang dapat kek Talia kata boleh gemuk dia orang sebab rajin sangat dapat kek daripada Talia." Jawab Megat Raed. Sudah 4 tahun bakeri itu beroperasi, Megat Raed lah antara orang penting terpaksa menghabiskan kek yang dibuat oleh gadis itu jika ada pelanggan yang cancel order.
Hayera Talia tergelak perlahan.
"Rezeki semua orang malam semalam abang Raed. Bukan salah Talia. Abang Raed call sebab nak cakap benda tu je ke?"
"Tak adalah! Abang nak tanya, Talia busy tak petang ni?" Megat Raed bersuara. Tahu gadis ini ada kalanya sibuk untuk memenuhi order dari pelanggan yang ada masanya agak banyak sampai tak menang tangan.
"Kejap, Talia check." Matanya melihat list-to-do dalam bukunya. Tempahan kek untuk esok sudah siap, cumanya untuk hiasan boleh dilakukan esok.
"Hmmm.. free je petang ni. Kenapa? Ada apa-apa occasion ke yang abang Raed nak Talia ikut?" soal Talia lagi.
"Raes balik petang ni. Mama buat makan-makan sikit malam ni dekat rumah. Rasanya maksu pun datang petang nanti." Beritahu Megat Raed.
Teringat Talia tentang Megat Raes. Sangat jarang untuk bertemu. Kadang kerjanya 3 bulan, dan cutinya sekejap.
"Okay. Petang karang Talia pergi rumah maklong."
"Nak abang jemput Talia ke?"
"Tak perlu kot. Talia drive je nanti. Tapi lewat sikit la. Tunggu lagi seorang customer pickup kek dia."
"Okay. See you when I see you. Bye Talia."
Talia meletakkan telefonnya kembali di atas meja. Matanya memerhati suasana café yang tenang biarpun kebanyakan tempat duduk dipenuhi orang. Melihat pekerjanya, Qayeed yang sedang melakukan kerja dia kaunter bayaran, Talia senyum bila semua pekerjanya tekun melakukan kerja mereka.
Café ini bukan saya menyediakan coffee dan pastry, malah tempahan kek dan juga roti bagi apa-apa acara seperti grand opening, birthday dan sebagainya.
Kepalanya mula merancang untuk membawa buah tangan untuk keluarga maklong dan paklong nanti. Kemudian senyumannya kembali terukir bila dia teringatkan Megat Raes sukakan Mexican bun.
Lalu, Talia bangun mengangkat laptopnya untuk disimpan di dalam beg. Kemudiannya Talia masuk ke ruangan dia berkerja menyiapkan tempahan. Beberapa orang pekerjanya kemas dengan apron dan topi dikepala.
"Nak buat apa Kak Talia? Rasanya order kek dah siap kan?" tanya salah seorang pekerjanya bernama Nasuha.
"Nak buat Mexican bun. Ada orang request." Jawabnya ringkas sambil menyarungkan apron di badan.
"Doktor Raed la tu kan?" usik Nasuha bersama jelingan nakal.
Beberapa orang didalam itu juga turut ketawa.
"Tak adalah. Ini adik kepada Doktor Raed."
"Kapten Raes dah balik ke?" tanya Nasuha teruja.
Talia hanya mengangguk. Dia kembali sibuk mengambil satu per satu bahan yang diperlukan untuk melengkapkan aduan yang bakal dia buat untuk Megat Raes Ukasyah.
Nasuha merupakan adik kepada Nafisa. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan pendidikan. Tengah cuti semester ini, Nafisa mencadangkan Nasuha untuk berkerja bersama Talia.
Nasuha memandang Talia yang ralit membuat kerjanya. Apa yang Nasuha nampak, Talia seorang yang ramah dengan orang yang dia selesa.
"QAYEED, Kak Talia ada hal kat luar sekarang ni. Nanti tolong handlekan satu lagi kek yang customer belum ambil eh? Ada dalam chiller, akak dah tag nama atas box tu." arah Talia kalut bila jam sudah menunjukkan puku 5.30 petang.
"Dah full payment ke kak?"
"Dah. Tadi customer baru update dekat akak. Nanti tolong tutup kedai eh?"
Melihat anggukan Qayeed, Talia terus berlalu selepas mengucapkan terima kasih.
Baru saja Talia keluar dari cafenya, tubuhnya dilanggar oleh seseorang dari tepi. Jatuh habis paper beg yang dipegangnya.
Talia hela nafas lega. Nasib baik isi dalam paper beg itu tidak berterabur.
"Saya mintak maaf encik." Kata Talia tanpa memandang wajah yang melanggarnya. Hanya memandang kasut, dia dapat simpulkan kasut itu adalah untuk lelaki.
"Eh, tak apa. Salah saya juga." Balas lelaki itu dengan nada yang sopan.
Talia yang duduk mengambil paper beg yang jatuh tadi sebelum kembali mengangkat tubuhnya melihat manusia yang masih berdiri teguh dihadapannya.
Wajah lelaki yang memandang Talia itu berkerut.
"Talia... Hayera Talia kan?" suara lelaki itu dengan kerutan didahi. Seketika, lelaki itu tersenyum dan ketawa kecil.
"Lama dah tak nampak kau, Lia. Kau apa khabar?" lelaki itu bersoal lagi.
Talia menjadi keliru. Wajah itu tidak dia kenali. Mungkin kawan lama sebelum dia hilang ingatan. Dia sendiri tidak pasti. Hatinya merasa gusar, sedikit takut bila melihat wajah yang dikenali itu.
"Talia, ni aku lah. Muiz. Kawan sekolah kau waktu sekolah rendah dan menengah dulu. Takkan kau lupa?" terang lelaki itu bersungguh-sungguh bila melihat Talia langsung tidak memberi reaksi padanya.
Talia senyum sedikit. Hambar. Hatinya yang tadi gusar perlahan-lahan kembali tenang bila lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai rakan sekolahnya dulu.
"I'm sorry tapi saya rushing sekarang ni. Saya minta diri dulu." Ujar Talia.
Baru setapak Talia melangkah, namanya kembali diseru oleh lelaki itu. Talia mengeluh sedikit sebelum berpaling dengan senyuman hambar memandang lelaki itu.
"Before that, ini kad aku. Contact me anytime because we used to be close before." Lelaki itu menghulurkan kad yang berwarna putih itu kepada Talia.
Lambat-lambat Talia mencapai huluran kad yang diberikan oleh Muiz. Dia kemudiannya meminta diri dan berlalu pergi meninggalkan kawasan itu kerana dia sudah terlewat untuk pergi ke rumah maklongnya. Kad tersebut dimasukkan kedalam begnya.
Belum sempat menekan pedal minyak, telefonnya berdering. Kakinya menekan pedal brek untuk menjawab panggilan itu.
"Kejap abang Raed, Talia baru masuk kereta." Katanya tanpa sempat Megat Raed bersuara.
"Alright. Take your time. Drive elok-elok."
Panggilan dimatikan. Talia terus bergegas keluar dari kotak parking untuk pergi ke rumah maklongnya.
pstttt, its my birthday😊😊😊 080921
SHI
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
عاطفيةSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...