Shi baru perasan, dah 2 minggu Shi tak update. sorry!!! i kinda busy with my internship, hectic nak mampus! its okay, Shi akan hadap 4 bulan ni dengan sekelip mata. pray for me guys!
and Happy Reading! vote and comment because i already kehilangan my writing skill! T_T
SEMINGGU telah berlalu. Hanya tinggal lagi sebulan. Hanya itu tempoh masa yang dia ada untuk menyelesaikan segala urusan perkahwinan dia dan Megat Raed hujung bulan nanti. Sudah tak lama lagi dah.
Nasib baik Talia dan Megat Raed sudah mengambil sijil kursus nikah. Lain-lain urusan seperti hantaran, Puan Yuhaina dan Puan Yasmeen mahu uruskan. Ibunya itu terlalu teruja sejak minggu lepas lagi selepas keluarga Megat Raed berjumpa dengannya.
Talia masuk ke dalam cafe. Matanya melihat susuk tubuh Muiz yang sedang duduk sambil tersenyum memandang dia. Pantas Talia menghampiri rakan baiknya.
"Awal datang? Janji pukul 10. Ni baru 9.30 pagi." Talia melihat jam tangan yang melilit tangannya. Masih awal. Lelaki itu berjanji untuk bertemu dengannya jam 10.
"Aku ni walaupun anak melayu, janji aku bukan janji melayu, okay." Jawab Muiz selamba.
Talia tergelak mendengar penyataan Muiz itu.
Ceh! Bukan janji melayu lah sangat. Omel hatinya dalam diam mencantas kata-kata Muiz tadi.
"Kau kenapa datang nak jumpa aku tiba-tiba?" Talia melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Muiz.
Muiz tidak menjawab. Dia hanya mengangkat kening melihat Talia yang ada didepannya.
"Apa tengok aku macam tu?"
"Dengar kata kau dah nak kawin. Bila?"
Talia ketawa kecil. Entah siapa yang mulut becok memberitahu Muiz, dia sendiri tak tahu. Sebab antara yang tahu tentang hal ini cuma keluara dia, Megat Raed dan juga Aliya. Tak begitu ramai.
"Hujung bulan ni, insyaAllah. Nanti datang la rumah aku. Nanti aku send location rumah baru yang aku duduk." Ajak Talia sekaligus menjawab pertanyaan Muiz.
Ya, 6 tahun selepas kejadian yang Talia lupakan, Puan Yuhaina menjual rumah lama mereka dan tinggal di rumah yang sekarang mereka duduki. Sebab itu jugalah, Muiz langsung tidak dapat mengesan dimana Talia walaupun beratus kali dia mengunjungi rumah lama Talia.Muiz jatuhkan kepada dua kali seraya bibirnya mengoyakkan senyuman. Terasa gembira apabila gadis yang pernah dia ada hati itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan orang yang dicintai biarpun bukan dia orangnya.
"Kata kawan baik, tapi aku bukan orang pertama yang tahu dari mulut kau kan?"Talia tidak menjawab. Dia hanya memandang dengan sengehan. Rasa bersalah. Dia berkawan rapat dengan Muiz tetapi dia masih menjaga batas antara mereka. Tak semuanya Muiz patut tahu tentang dia walaupun status mereka sebagai kawan baik dulu. Mungkin juga sekarang.
Tapi kali ini, dia betul-betul terlupa untuk beritahu kepada Muiz. Talia dan Megat Raed cuma merancang untuk menjemput kenalan rapat saja.
"Sorry. Aku minta maaf, okay. Aku sibuk lately ni nak buat macam-macam benda sampai terlupa inform pada kau. Tapi mana kau tahu aku nak kahwin?""Tu, budak lelaki yang tengah duduk main phone tu." Tunjuk Muiz dengan hanya menggunakan kerlingan mata.
Talia beralih melihat orang yang ditunjuki Muiz. Qayeed. Ha, budak itu memang becok mulut bercakap. Dengar kata tak lama lagi nak sambung belajar. Sudah dapat tawaran katanya, tapi masih ada urusan keluarga yang belum diselesaikan.
"Dia kata kau selalu masuk lewat sejak dua menjak ni sebab kau tengah busy dengan majlis kau." Cerita Muiz lagi informasi yang dia dapat dari lelaki muda tadi.
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomansaSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...