RENGEKAN kecil yang berbunyi itu membuatkan dia membuka matanya. Mencari susuk kecil yang sepatutnya berbaring disebelahnya, namun kedua-duanya telah tiada. Dia pandang sekeliling sebelum matanya tertangkap tubuh Megat Raed yang mengadap dinding dengan hayunan tubuh yang sedikit perlahan. Jam menunjukkan pukul 4 pagi.
Talia sandarkan tubuh pada katil dengan matanya terus menatap Megat Raed yang masih cuba menghilangkan rengekan itu. 1 pagi tadi, bayi mereka masih ada diatas katil selepas disusukan olehnya. 3 minit, masih tiada hasil, Talia pantas bersuara dengan suara seraknya.
"Baby lapar kut, abang."
Teguran itu membuatkan tubuh Megat Raed berpaling. Wajah itu nampak serba salah tapi masih membawa bayi mereka mendekati si mama.
"Maaf ganggu tidur sayang. Razin tiba-tiba merengek. Abang dah tengok diapers dia tak basah, tak berak." Megat Raed duduk disisi katil lalu menghulurkan anak pertama mereka, Megat Haqeem Razin ke arah Talia.
Talia balas dengan gelengan. Dia tak kisah. Sepanjang tempoh 25 hari berpantang ini, semua tugas dilakukan oleh Megat Raed walaupun lelaki itu terpaksa berpenat selepas pulang dari hospital. Dia tahu akan tugasnya yang perlu menyusukan bayi mereka.
Apabila berpindah dukungan, Talia menyelak bajunya lalu cekap anaknya menghisap susu badannya. Anak ini memang kuat minum susu. Kadang rasa tenaganya habis selepas Razin minum susu. Belum masuk Rizqi lagi. Cukup dua orang si kecil tu minum, memang dia rasa penat sangat.
Tak lama, rengekan Megat Hafeeq Rizqi pula berbunyi. Pandangan Megat Raed yang melihat Razin minum susu terus bertukar arah. Bila Talia tepuk pehanya, barulah dia bangun menghampiri tubuh kecil si Rizqi dalam baby cot. Tubuh kecil itu dikendong cermat lalu dibawa ke katil.
"Rizqi pun nampaknya lapar susu, sayang." Katanya sambil menghayun perlahan tubuh kecil itu dalam dukungannya.
"Sabar ye sayang, abang tengah minum ni. Kejap lagi, turn Rizqi pula ye..."
"Lepas tu papa pula..."
Terus Talia menjeling. Ayat double meaning!
"Dalam mimpi!" Megat Raed gelak perlahan. Tidak mahu menganggu anaknya.
Setelah 15 minit menyusukan Razin, dia letakkan Razin diatas katil lalu mengambil Rizqi. Sebelah lagi bajunya diselak.
Megat Raed mengambil kembali Razin yang tidur kekenyangan. Tubuh itu didakap dalam pelukannya lalu tangan kanannya menepuk belakang badan Razin sehingga anak itu sendawa. Kemudian, tubuh Razin kembali dibedung dan diletakkan semula dalam baby cot.
"Abang kalau nak tidur pergi lah tidur. Kejap lagi Talia letakkan Rizqi dalam baby cot." Katanya setelah melihat Megat Raed yang menguap tanpa henti. Mengantuk betul dah tu.
"Tak apa. Abang tunggu Rizqi siap dulu. Sayang nak air atau apa-apa makanan? Abang ambilkan di dapur. Air dalam tumbler yang selalu sayang minum tu pun dah habis."
"Boleh juga. Dahaga dan lapar ni. Abang ambil la apa-apa biskut untuk alas perut sementara nak tunggu pagi. Tak nak benda heavy."
"Okay. Sayang tunggu kejap ye."
Talia membetulkan uratnya setelah meletakkan Rizqi di sebelah Razin di dalam baby cot. Rasa nak tertanggal tulang belakangnya kerana rasa lenguh teramat sangat.
Baru saja duduk dia atas katil, suaminya masuk semula ke dalam bilik sambil memegang dulang yang berisi biskut, mug dan juga tumbler.
"Abang buatkan sayang milo panas. Minum sikit air manis, tambah tenaga. Dah makan nanti, abang urutkan pinggang ye. Lepas tu baru sayang tidur.
Sedar tak sedar, hampir sejam sudah mereka terjaga kerana menguruskan bayi-bayi kecil mereka.
HARI KE - 44 BERPANTANG
MEGAT Raed hanya mampu melihat Talia bersalam-salaman bersama Kak Salmah yang telah menyelesaikan tugasannya menjaga isterinya sepanjang tempoh berpantang. Hari ini adalah hari terakhir Talia berpantang dan Kak Salmah sangat menjaga isterinya dengan sangat baik.
"Terima kasih banyak-banyak ye Kak Sal. Talia minta maaf kalau ada salah silap sepanjang Kak Sal jaga Talia disini."
"Haish, tak ada salah silapnya. Kamu tu bagus je. Apa Kak Sal cakap, semua kamu ikut. Kak Sal pun nak minta maaf kalau-kalau kata-kata atau perbuatan Kak Sal ada yang menyakitkan hati kamu dan suami."
"Sama lah Kak Sal. Terima kasih ye jagakan isteri dan anak-anak saya waktu saya kerja. Insya Allah, saya recommend Kak Sal pada kawan-kawan yang perlukan orang yang perlukan khidmat Kak Sal."
"Ye lah. Terima kasih ye. Kalau nak berpantang lagi, boleh panggil Kak Sal ye?" Usik Kak Salmah.
Talia ketawa. Terhibur sungguh. Yang si kembar tu pun baru keluar 44 hari lepas, nak fikir anak baru. Fuhh, sakit beranak dia masih ingat okay!
"Insya Allah, 3 tahun lagi saya suruh abang Raed contact Kak Sal semula." Balasnya juga dengan canda.
Kening Megat Raed terus terangkat. 3 tahun lagi ye? Awal buat family planning isterinya itu.
Setelah Kak Salmah berlalu dengan kereta Perodua Bezzanya, terus Megat Raed bersuara.
"3 tahun lagi ye? Are you serious?" wajahnya meminta penjelasan daripada Talia.
Talia memandang wajah kacak suaminya.
"Itu healing duration yang Talia. If let say abang nak tambah anak, then abang tunggu lagi 3 tahun." Jawabnya tegas. Sedikitpun mata tak beralih melihat mata Megat Read.
Megat Raed ketawa kecil melihat wajah serius itu. Rasanya dia pernah beritahu pada Talia sebelum ni. Tapi mungkin isterinya dah lupa, dia akan ingatkan.
"Sayang..." dia merangkul tubuh itu hingga muka Talia melekap ke dadanya.
"Kan abang pernah cakap sebelum ni... abang tak kisah pun berapa orang anak yang kita ada. Let say kalau 2 orang ni saja rezeki kita, abang okay. Kalau 2 orang ni saja yang Talia nak walaupun sayang boleh pregnant lagi, abang still okay. Sebab this is your body, sayang. Walaupun abang berhak sepenuhnya ke atas sayang, tapi abang bukan suami yang tak boleh bertoleransi. Tubuh sayang, keputusan sayang." Jelasnya panjang lebar.
Jujur dia katakan, dia sangat bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Jika Allah hanya takdirkan hanya Razin dan Rizqi zuriatnya, dia sudah cukup bersyukur. Asalkan wanita kesayangannya ada bersama.
Talia dongak kepala melihat suaminya dengan rasa bercampur baur. Dia sendiri tak mampu taksirkan apa perasaannya apabila mempunyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan bertoleransi dalam masa yang sama.
"Tapi macam sayang kata tadi, if let say sayang nak tambah anak 3 tahun lagi, then abang akan usahakan untuk capai target sayang. Don't worry okay, sweetheart. I will work hard for it!"
Serta merta Talia menapampar dada suaminya. Gatal! Dia tolak hingga pelukan mereka terlepas. Panas pula telinga mendengar dekahan tawa suaminya yang kuat.
"Talia cakap kalau abang yang nak anak lagi... bukan Talia yang nak... Talia cuma bertoleransi. Just like you! Talia bukan isteri yang selfish. Dah la, Talia nak masuk. Malas nak sembang dengan abang."
Dia punya lah terharu dengan suaminya, alih-alih plot twist terkena pada dia semula. Ceh! Memang tak dijangka betul! Kakinya laju masuk ke dalam rumah.
"Sweetheart, sabar lah. Kita kena buat planning bila..." Megat Raed mengekori isterinya dari belakang.
"Tak nak dengar!"
030423
Shi
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...