26 - "Where have you been?"

1.4K 65 4
                                    

"TALIA ada cerita pada aku tadi pasal sakit dia. Tapi I still rasa ada something tak kena about her. You think, what was happened 6 years ago?" Soal Naira dengan pandangan mata tepat ke arah Muiz. Dia yakin yang Muiz pasti tahu sesuatu tentang Talia.

Muiz telan liur. Cuak apabila disoal begitu oleh Naira. Wanita itu akan buat apa saja untuk tahu jawapan pada soalan yang dia sendiri ajukan. Untuk manipulasi, wanita itu juga boleh buat. Oleh sebab itu dia abaikan soalan itu sekarang. Fokuskan pemanduan. Dalam hati berdoa supaya lebih cepat sampai supaya dia terselamat dari Naira.

"Muiz, aku tahu kau tahu sesuatu. It's doesn't make sense tau yang seseorang boleh dapat amnesia disorder. It's very rare case."

"Dan Talia orang yang terpilih untuk jadi rare tu."

"It's not funny Muiz Amry!" Tegas Naira dengan jelingan tajam mendengar jawapan lawak bodoh Muiz. Ada juga yang kena campak dari tingkap kereta ni, gumam hatinya

"Aku tak buat lawak pun." Jawabnya pula dengan selamba. Dalam hati jangan kata, kecut perut dah berhadapan dengan mak singa ini.

"Aku tak boleh cerita banyak, Naira. Aku dah janji dengan Raed untuk rahsiakan dulu. For now, Raed nak Talia ingat sikit-sikit tentang masa lalu dia. Raed kata cukuplah Talia hiding herself for 6 years. Tiba masa untuk terima dunia yang sebenar. Sebab tu lah dia izinkan aku bawa kau jumpa Talia. Untuk slowly regain her memory. Perhaps, paling tak pun something yang boleh trigger ingatan masa lalu dia." jelasnya panjang lebar.

Memang itu yang Megat Raed katakan. Tiba masanya untuk Talia menerima masa lalu yang menyakitkan itu. Walaupun dia tidak tahu apakah, tapi dia yakin, Naufal punca segala-galanya. Jika tidak, kenapa lelaki itu perlu tersentak apabila nama Talia bangkit dalam perbualan mereka. Naufal fikir dia tak perasan? Satu yang orang tidak tahu, dia sangat peka dengan keadaan sekeliling.

"Tapi aku kawan baik Talia. I deserve to know kan?"

"Aku kawan Talia lagi lama dari kau. Aku patut tahu lebih banyak lagi. Tapi she's no longer with us. Dia ada husband. Ya, dia kawan baik kita, tapi Raed is her priority. Keputusan Raed ambil tu untuk make sure Talia tak terlalu mengejut tahu tentang masa lalu dia. Stop arguing with me, aku malas nak explain. Cakap pun, bukan kau faham pun. Nak menang je." Rengus Muiz dihujuang bicara. Malas nak berlawan kata bazir tenaga, bazir air liur. Penat!

"Sampai hati kau cakap aku macam tu kan? Kau memang tak sayang aku ke apa? Aku ni siapa pada kau?" soalnya tiba-tiba. Sentap tahu bila dituduh begitu walaupun itu fakta. Sekurang-kuranganya susun la ayat tu cantik-cantik supaya tidak memberi impak yang teruk pada perasaanya.

"Ya ya. Kau kekasih aku. Soon, jadi bini aku. Boleh tak jangan nak manipulate aku macam ni? Suka buat jantung aku ni rasa sesak dengan rasa bersalah tau."

"Kau la. Ayat selalu heartless."

"Okay sayang. I'm sorry, okay? Boleh tak kita jangan gaduh?" Pujuk Muiz dengan nada lembut. Sabar saja lah dengan perempuan. Mood macam roller coaster.

Senyuman akhirnya terukir pada wajah Naira. Cair terus bila dipanggil sayang tadi. Si hati beku sebelah dia jarang-jarang nak cairkan hati dia.

POSTING di Intagram atas nama OhNaira dipandang dengan senyuman tidak percaya. Gambar Naira dan Muiz. Tidak hanya berdua,ada sepasang pengantin bersarung kain putih bersih diantara mereka. Dia kenal. Itu Talia. Dan dia tidak bodoh untuk menyatakan lelaki dengan tona warna yang sama itu adalah suami Talia.

Bagikan tiak percaya, gadis yang pernah masuk dalam pelukannya dulu telah terjatuh dalam pelukan lelaki lain. Mereka pernah berjanji untuk setia. Tapi dia yang berlalu pergi. Talia memudahkan segalanya dengan memutuskan ikatan antara mereka. Salah diakah jika dia sendiri tidak mahu menheret masa depannya turut sama gelap seperti Talia?

OhNaira Our bestie dah off market. A new and sweet chapter of your life begun today. May you two always stay together in love. Happy married life Talia and husband!

Ruangan komen awal-awal lagi ditutup oleh Naira. Gambar pula hanya Muiz yang di'tag'. Talia benar-benar menjauh dari semua orang. Tapi kenapa baru sekarang mahu menunjukkan muka?

MuizAmry Always pray the best for you, Talia. You deserve to be happy with someone you love.

Naufal menghela nafasnya perlahan. Dari tadi Whatsapp masuk berkali-kali. Tak dari Anas, dari Ery. Ada juga beberapa orang kawan-kawan yang lain. Habis heboh whatsapp kelas bila tengok posting di Instagram Naira dan Muiz. Namun kedua mereka hanya menutup mulut. Langsung tiada balasan. Soalan hanya di'read' saja.

Sewaktu dia di tingkatan 4 dalam aliran sains, dalam kelas 4 Amaryllis bersama Talia, Naira, Muiz, Ery dan Anas, Talia bijak dalam mata pelajaran Biologi. Cita-cita gadis itu mahu menjadi seorang anaesthesiologist seperti ibunya. Gadis itu bukan sahaja bijak, cantik tetapi juga dingin. Dia ceria tapi dingin. Itu yang menarik pada pandangannya. Dan ketika itu dia datang menyatakan rasa suka.

Hubungan berjalan selama 2 tahun. Semuanya indah-indah. Talia masih dengan cita-citanya. Naira juga seperti Talia, tapi belainan bidang. Dia, Muiz, Ery dan Anas masing-masing ingin menukar Haluan yang seratus peratus berbeza.

"Nanti Lia mesti busy kan kalau masuk medical school?" soalnya pada masa itu.

Saat itu Talia yang baru mahu menyuap makan terus tergendala. Kepala diangkat melihat Naufal, tangan mula kembali meletakkan sudu dalam mangkuk. Senyumannya terukir.

"Tak apa. We'll manage it okay? Lagipun result SPM kan tak dapat lagi. So, I don't know lepas ke tak nak minta Foundation in Medical Science." Pujuk Talia pada sang kekasih yang langsung tidak menjamah makanan di hadapan mereka saat ini.

"I know you dapat, Lia. You bijak. Even your mom pun doktor pakar, your dad dah dapat pangkat professor. You fikir Fal tak tahu? Lia memang dilahirkan dari genetik yang bijak pandai." Balas Naufal pula. Talia tu, pelajar harapan sekolah tahu.

"Naufal... don't worry. Lia tahu kita akan berjauhan nanti. Tapi sekarang kalau kita tengok, LDR relationship pun masih boleh survive tau. Jangan lah fikir negatif."

Malam itu kembali berulang dalam fikirannya. Sumpah, entah syaitan apa yang merasuknya. Atau dia sendiri yang menjadi syaitan melakukan Talia seperti itu. Gadis itu polos, tidak bersalah. Salahkan dia atas segala-galanya. Kerana dia yang merancang dari awal lagi.

Talia hanya terpedaya dengan cintanya. Lantas gadis itu menjadi mangsanya. Pelajar harapan sekolah itu terus lesap dari hidup semua orang. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi pada Talia selepas itu. Kemana gadis itu, apa khabarnya, langsung mereka tidak tahu.

Sebarang reunion kecil yang diadakan langsung Talia tidak ada. Hanya Naira seorang diri ditemani Muiz.

"Where have you been, Talia? Aku cari kau."


280422

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now