DIA pengsan. Sedar saja, sekelilingnya tertutup dengan langsir biru disekeliling. Ada drip NaCl bergantung bersambung pada tangan. Air jatuh setitik demi setitik. Talia cuba untuk bangun. Biarpun ketika ini kepalanya terasa pusing, namun dia gagahkan tubuh. Kali terakhir dia ingat, dia berada di tandas kafe. Melakukan ujian sebelum matanya gelap. Pening dan berpinar-pinar sebelum dia tidak sedarkan diri.
Langsir diselak dan kembali ditutup membuatkan dia berpaling melihat gerangan yang masuk. Tubuh Megat Raed berjalan tegak. Megat Raed mendekat dengan muka yang berkerut risau. Hampir luruh jantungnya bila dapat panggilan daripada Aliya bahawa isterinya pengsan dan ada di wad kecemasan sekarang. Syukurlah tiada sebarang luka atau sebarang kecedaraan pada tubuh isterinya. Jika tidak, dia akan salahkan diri sendiri kerana tidak mampu menjaga isterinya dengan baik.
"Sayang? Kenapa duduk ni? Baring semula dekat sini. Sayang kena banyak rest." Suruh Megat Raed lalu membantu isterinya baring semula diatas katil pesakit. Kepala isterinya yang berbalut tudung bawal cream itu diusap lembut sebelum dia mengambil duduk dipinggir katil pesakit. Melihat wajah isterinya dengan wajah yang cukup risau.
Talia akur. Jemarinya dilari mengurut dahi. Kepalanya terasa pening.
"Talia ada di hospital ke sekarang?" soalnya.
Soalan yang memang sudah ada jawapannya. Drip ditangan. Katil pesakit. Langsir biru. Bau ubat-ubatan. Dan Megat Raed yang masih bersaruh kot putih menunjukkan di mana dia ada sekarang jika bukan hospital
"Ya, sayang. Sekarang sayang dalam ED (Emergency Department). Sayang pengsan dalam toilet di kafe. Aliya yang bawa sayang ke sini." Jawabnya dengan nafas yang cuba diatur tenang. Lantas tangan wanita itu dicapai. Bersatu dengan tangannya. Sebelah lagi mengurut perlahan kepala wanita itu. Seketika, dia jatuhkan ciuman sekilas sebelum menyambung aktivitinya tadi.
Rasa bersalah apabila membenarkan isterinya pergi keluar bekerja dengan keadaan yang baru pulih. Dia sedar isterinya agak stress dengan kes Datuk Anita dan arwah Naufal sebelum ini. Keadaan baru sangat berubah. Mungkin dia yang tidak peka dengan kesihatan isterinya.
"Luckily Ziyad tengah on duty tadi. Ziyad kata tekanan darah sayang agak tinggi. Sayang ada masalah ke? Sayang stress pasal kes arwah ayah ke, naik turun mahkamah? Kalau ada masalah, jangan pen..."
"Ziyad cakap apa lagi?" potongnya. Ada sesuatu yang dia ingin tahu sekarang. Selain daripada tekanan darahnya tinggi. Sesuatu yang buat dia terkejut. Yang membuatnya pengsan dalam tandas tanpa sempat keluar.
Talia sangat yakin, itu punca sebenar kenapa dia pengsan dan berada di hospital sekarang. Sangat-sangat yakin kerana dia sendiri tak percaya hingga terasa bagaikan darah berkumpul dikepala dan kepalanya terasa berat sebelum pemandangannya gelap.
"Tak cakap apa-apa lagi. Kami tengah tunggu result untuk blood test sayang. Insya Allah, abang doakan nothing serious." Beritahu Megat Raed ringkas. Tidak mahu penerangannya akan membuatkan kepala isterinya semakin sakit. Make it simple and meaningful.
"Talia rasa Talia pregnant!" Beritahu Talia separuh yakin, separuh ragu-ragu. Dengan dahi yang berkerut, wajah yang keliru. Ya... dia ingat sebelum dia pengsan, dia nampak dua garis biru.
"What?!" Suara Megat Raed naik satu level. Tak menjerkah, tapi suaranya kuat kerana terkejut. Entah apa reaksi disebalik langir dia tak tahu. Untung saja langsir biru itu tertutup sekarang. Jika tidak, mesti nurse pelik melihat tingkahnya suami isteri sekarang.
Talia teringat, kit ditangannya dipandang tidak berkelip. 2 garis biru yang muncul sebaik saja ujian dilakukan sebentar tadi membuatkan dia terdiam sejenak. Keadaannya ketika itu bagaikan tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagimana. Kepalanya terasa kosong. Buntu!
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...