VOTE AND COMMENT😘😘😘
"AYAH pergi. Anak Lia pergi. Mata Lia pun dah tak boleh guna lagi. Semua ini tak adil akak! Semua ni tak adil untuk Lia! Lia baru umur 18 tahun, tapi kenapa Lia perlu hadap semua benda ni?!" Amukannya kali ini benar-benar tidak dapat dikawal.
Matanya terbuka, pandangannya gelap. Cuma ada sedikit cahaya yang menebusi retina matanya. Sangat sedikit. Masih, dia dianggap buta!
"Lia... Allah tak akan uji hambanya sesuai dengan kemampuannya. Semua akan..."
"Semua orang cakap macam itu pada Talia. Tapi kau orang tahu tak yang Talia tak mampu nak terima semua ini. Ayah mati sebab Talia! Anak Talia mati sebab Talia! Mata Talia buta sebab kemalangan tu! Semunya sebab Talia!"
Laila mendekati tubuh kurus yang duduk diatas katil itu. Mengenali Talia hampir setahun, boleh dikatakan hubungan mereka sangat akrab. Talia adik sepupu kekasihnya. Dia selalu berjumpa dengan Talia kerana gadis itu mengatakan dia selalu kebosanan. Dia tiada adik beradik lain. Dan Laila dengan senang hati melayan gadis itu sebagai adiknya.
Mendengar kemalangan yang terjadi dari mulut Megat Raed memang pada mulanya dia tidak percaya. Makin tak percaya apabila Talia berubah seratus lapan puluh darjah. Dari gadis ceria kini menjadi seorang yang perengus. Baran. Menyalahkan takdir.
Puan Yuhaina sendiri gagal memujuk anak gadisnya. Tambahan, wanita itu juga kehilangan susuk tubuh seorang suami.
"Lia... akak akan selalu ada. Akak janji, akak akan tegakkan kebenaran tentang semua ni, okay?" bisiknya sambil memeluk tubuh lemah itu.
"Kalalulah akak boleh bagi mata akak pada Lia..."
"DOKTOR RAED... sekejap tadi ada pesakit datang ke ED (Emergency Department). Female, 26-year-old." Cerita doktor lelaki muda itu. Mencari ayat yang sesuai untuk bercerita.
"And then?" Raed yang sedang melihat carta pesakit mengerling seketika sebelum kembali melihat carta pesakitnya.
"Patient kemalangan teruk. Langar lari. Sebuah kereta melanggar mangsa ketika mangsa sedang melintas dan membuatkan mangsa datang dalam keadaan tak sedarkan diri. Doktor di emergency dan juga neurologist buat saringan dan conclude SAH (Subarachnoid Haemorrhage) and no neurological respond. Kejap lagi akan diadakan meeting untuk dengan team yang ada bersama pesakit untuk announce patient brain dead." Tindakan Megat Raed terhenti. Melihat kembali wajah doktor lelaki itu penuh rasa ingin tahu.
Pendarahan subarachnoid merupakan pendarahan yang berlaku pembuluh darah pecah di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan. Pertama, pendarahan subarachnoid trauma yang disebabkan kemalangan seperti kemalangan lalu lintas, dipukul. Kedua, pendarahan subarachnoid bukan trauma seperti pembuluh darah pecah disebabkan aneurism, infection, kegagalan mekanisma pembekuan darah dan sebagainya.
"Kesiannya. Muda lagi. Sebaya dengan tunang saya." Luah Megat Raed.
"Patient tu... tunang doktor. Laila Raihana Hamid." Beritahu doktor muda itu serba salah. Dia juga terkejut apabila berada di situ tadi. Tiada siapa memberitahu Dr. Raed tentang perkara itu. Bimbang perkara itu tidak mampu dikawal nanti.
Jantung Megat Raed terhenti. Terkebil-kebil memandang dengan wajah tidak percaya.
"What did you say?"
"Patient tu, Laila Raihana Hamid. Tunang doktor." Ulang doktor mud aitu lagi dengan nada perlahan dan rentak yang sama.
Serentak tu, Megat Raed terus berlari turun ke ruangan ICU. Dia menekan-nekan lif, tapi pintu masih belum dibuka.
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...