23 - "Its Abang Baby..."

1.9K 78 0
                                    


IGAUAN Talia pada jam 3.30 pagi itu menyedarkan Megat Raed dari tidurnya. Tubuh halus Talia yang sedang berada dalam pelukan kuat menolaknya. Lampu disisi katil dibuka. Dapat dia lihat dahi gadis itu basah dengan peluh. Perlahan-lahan Megat Raed melonggarkan pelukan.

"Talia... wake up," serunya sambil tangan mengoncang badan dihadapannya.

Masih tiada respond. Talia masih menolak tangannya. Bibir pula menggumam sesuatu yang Megat Raed tidak fahami.

Pipi gadis itu ditepuk perlahan berkali-kali. Namun masih tiada respon yang Talia berikan. Hanya cuba untuk merungkaikan pelukan Megat Raed.

"Hey sayang... abang ni!" suaranya dikuatkan.

"Talia!"

Dengan panggilan kuat itu, Talia terus membuka mata dan menjauhi Megat Raed. Nafasnya deras. Tubuhnya menggigil ketakutan. Degupan jantungnya tidak stabil. Menghentak sehingga menyakitkan dada. Tangannya pantas diletakkan di dada, cuba untuk menenangkan diri dengan mata yang terpejam. Nafas disusun, ditarik dan dihembus berkali-kali biarpun jantungnya masih tidak berubah rentak.

Megat Raed terpaku dengan tindakan Talia itu lantas kembali ke realiti. Didekati tubuh yang sedang duduk bersimpuh dengan badan yang menunduk hampir mengena tilam. Perlahan tangannya mengusap bahu isteri. Namun ditepis si isteri.

"Talia... abang ni." Kata Megat Raed dengan nada perlahan.

Kepala yang tadi tertunduk perlahan-lahan diangkat memandang Megat Raed dihadapnnya. Terus esakkannya bergema. Mimpi tadi... mimpi apakah itu? Berada di tempat yang gelap dengan pandangan yang tidak mampu menebusi, mulut yang dipekup rapat dari belakang oleh sepasang tangan yang langsung dia tidak kenal.

"A..ab...abang!" seru Talia bersama esakkan.

"Ya sayang! Abang dekat sini. Come here."

Talia terus memeluk Megat Raed tanpa berfikir. Mimpi tadi sangat menggerunkan. Sampai terbawa ke luar mimpi. Teringatkan mimpi itu, Talia kuatkan genggaman tangannya pada pijama milik Megat Raed.

"It's okay. Abang ada dengan Talia." Pelukan dieratkan bersama-sama tepukan memujuk. Masih terasa badan yang masih mengigil itu walaupun tidak sederas tadi. Nafas juga semakin teratur.

15 minit berlalu, barulah esakkan Talia berhenti. Ditolak tubuh isterinya perlahan. Menatap mata bulat yang sudah sepet kerana bengkak angkara menangis. Jarinya mengusap sisa air mata yang tinggal berlalu pergi dari wajah bersih itu. Kemudian pipi isterinya dielus lembut dengan pandangan yang langsung tidak berkalih.

"You okay now? Feeling better?"

Talia mengangguk bersama senyuman pahit. Panahan mata Megat Raed dibalas lemah. Kepalanya terasa pusing.

"Sorry Talia kacau abang tidur." Ujarnya serba salah. Mereka baru dapat merehatkan diri pukul 1.00 tadi. Tak sampai beberapa jam, dia bermimpi benda yang menakutkan.

Namun Talia lebih kasihankan Mega Raed. Lelaki itu baru berehat setelah kerjanya tamat petang semalam. Malam pula majlis akad nikah mereka.

Megat Raed menggeleng dengan senyuman ikhlas. Dia langsung tidak kisah. Yang dia risaukan si isteri yang muka sudah tidak bermaya. Diraba dahi dan leher, namun suhunya cuma biasa. Sudah turun ke paras normal.

'Syukurlah.' Bisik hatinya.

"Nak share dengan abang tentang mimpi tadi?"

Talia menggeleng perlahan.

"I'm not ready. Kepala Talia sakit." Beritahunya. Dia tidak mahu berfikir akan mimpi ngeri itu.

"Do you want to take medicine? Abang ambilkan?" baru saja niat untuk turun katil, Talia sudah memegang lengannya dengan gelengan. Wajah itu nampak pucat biarpun demamnya sudah hilang.

"Talia nak tidur."

"Okay. Abang temankan. Come here. Let me hug you!" terus selimut ditarik hingga ke paras bahu sebaik saja tubuh kembali berbaring pada katil.

Cup! Sebuah ciuman diberikan pada Talia apabila mata gadis itu layu menanti lena. Dalam tidak sedar, Talia menghadiahkan senyuman lebar dengan tubuh yang semakin merapat mencari haba dari tubuh Megat Raed.


SELEPAS subuh tadi, Talia kembali lelapkan mata kerana rasa mengantuk yang tidak mampu dibendung lagi. Hanya Megat Raed saja yang berjaga, duduk mengadap laptopnya di meja dimana pernah menjadi tempat belajar Talia.

Megat Raed memandang jam di skrin laptopnya. Sudah jam 8.30 pagi. Hampir 2 jam dia duduk menyiapkan laporan thesisnya yang perlu dihantar minggu hadapan kepada professornya. Tapi disebabkan ada masa yang terluang, gigih dia menyiapkan sedikit lagi laporan ini kerana dia cuti selama seminggu dan minggu itu memang tidak mahu disentuh langsung bab kerja dan pelajaran.

Selepas ayat terakhir dibuat dan file disimpan, Megat Raed meregangkan badannya. Lenguh kerana tidak bergerak. Setelah laptop di'shutdown', Megat Raed bangun menghampiri Talia yang sedang tidur mengiring.

Senyumannya terukir. Rasa bahagiannya hadir bila dapat lihat wajah wanita kesayangannya. Perlahan-lahan tangan menggoncang bahu Talia lembut.

"Bangun sayang. Dah pukul 8.30 pagi ni." Bisikknya dekat dengan telinga isterinya.

Tak mengambil masa yang lama, mata bulat itu terus terbuka. Nasiblah sudah hilang bengkak akibat menangis semalam. Kalau tidak, tak tahu nak menjawab apa pada Puan Yuhaina kalau wanita anggun itu bertanya.

Satu yang Megat Raed masih bertanya pada diri sendiri, mimpi apakah yang Talia mimpikan sampai meracau-racau dan menangis sebegitu teruk. Sudah ditanya semalam namun Talia memilih untuk tidak bercerita kerana sakit kepala. Ikutkan hati Megat Raed, dia memang mahu tahu segalanya. Tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka memaksa.

Apatah apabila melihat Talia yang baru bangun tidur dengan mata separuh terbuka bersama senyuman yang menghiasi wajah, Megat Raed tidak mahu mengambil risiko merosakkan hari bahagia mereka.

"Morning abang baby." Ucap Talia dalam mamai.

Megat Raed terkejut. Terangkat keningnya melihat Talia. Sedar ke tak isterinya sekarang? Dengan suara serak baru bangun tidur, panggilan pula macam meminta. Mengundang sungguh perangai isterinya sekarang ini. Tawa Megat Raed akhirnya pecah.

"What did you called me just now, sweetheart?" tanyanya dengan sisa ketawa yang masih ada.

Talia yang baru sedar sepenuhnnya memandang keliru. Fikirannya diputar beberapa saat yang lalu. Terasa panas mukanya saat ini bila dia ingat panggilan yang digunanya tadi.

'Abang baby?! Apa kau merapu ni Talia?' bisik hatinya.

"Mana ada Talia panggil abang!" Talia menggeleng laju. Berkali-kali. Menafikan walaupun sudah jelas pada pendengaran Megat Raed.

"Abang dengar okay. You called me abang ba..."

"No, abang salah dengar! Dah, Talia nak mandi."

Mencecet Talia turun dari katil menuju ke kamar mandi. Meninggalkan Megat Raed yang ketawa kuat melihat tingkah laku wanita itu. Tangannya memegang perut sendiri. Sakit perut sebab ketawakan Talia yang kalut itu

Disebalik pintu kamar mandi, Talia mengutuk diri sendiri.

"Tak boleh ke kalau kau tak buat benda yang memalukan diri sendiri, Hayera Talia?!"

"Talia.. abang baby turun dulu ya. Abang babgy ada benda nak kena bincang dengan ibu about my thesis."

"Shut up abang!"

"Its abang baby, sweetheart." Usik Megat Raed lagi.

"Megat Raed Baihaqi!" jerit Talia dari dalam tandas. Walaupun tengah memcuci muka dengan air, terasa membahang wajahnya biarpun Megat Raed tidak melihatnya sekarang.

Makin kuatlah Megat Raed ketawa sampai Talia rasa nak buat lontaran peluru.


110422

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now