MEGAT Raed mengoyakkan plastik putih itu lalu dibuka. Tangannya sibuk memasukkan beberapa brokoli segar ke dalam plastik. Kemudian dilakukan benda yang sama untuk lobak merah dan juga bunga kobis.
Tadi Talia hubungi dia untuk suruh dia beli beberapa jenis sayur di Mydin. Wanita itu dah sampai rumah baru terigat untuk beli barang memasak. Sayur-sayur sudah habis di dalam peti sejuk di rumah. Dia pula teringin nak makan tomyam campur masakan isterinya untuk makan malam nanti.
Megat Raed kemudiannya melangkah ke bahagian basah. Dipilih udang dan sotong segar lalu dimasukkan ke dalam troli yang dibawanya.
Selepas semuaya ditimbang, telefonnya punya berbunyi. Melihat nama yang disimpan buat dia tersenyum sendiri.
My Wife, White Rose
"Ye sayang? Nak tambah apa-apa lagi ke?" soalnya tiada selekoh. Tahu sangat perangai isteri kesayangannya itu.
Telinganya medengar kekehan ketawa Talia dihujung talian. Bibirnya juga turut mengukirkan senyuman.
"Abang... nak minta tolong beli susu boleh. Fresh milk dengan biskut marie. Talia rasa nak makan kek batik la. Kat rumah, itu je yang tak ada. Boleh abang tolong beli?"
"Sure sayang. Abang tak bayar pun lagi. Baru sudah timbang barang. Ada apa-apa lagi tak nak pesan?" kakinya diatur kearah freezer yang menyusun pelbagai jenis susu.
"Tak ada dah. Nak itu je."
"Sayang, wait! Sayang nak susu brand apa?" Soalnya keliru. Banyak jenama yang dia nampak sekarang ni. Dutch Lady, Farm Fresh, HL, Peel Fresh... kang salah beli, marah orang rumah dia.
"Dutch Lady okay. HL pun okay. Yang penting susu putih. Jangan perisa strawberry pula yang abang beli nanti. Jadi kek batik perisa strawberry kot lepas ni."
Megat Raed ketawa kecil mendengar bebelan ringkas isterinya itu. Sempat telinganya mendegar dengusan halus Talia dihujung talian.
"Okay sayang." Tangannya pantas menyambil sekotak susu putih dimasukkan ke dalam troli.
"Sayang nak susu kurma? Dah habis belum stok susu kurma kat rumah?" tanyanya bila teringatkan minuman kegemaran Talia sebelum berangkat ke tempat kerja. Dia baru tahu sebenarnya selepas mereka berdua berkahwin.
"Ha nak, abang. Beli lebih sikit."
Megat Raed masukkan 4 kotak susu kurma ke dalam troli. Kemudian, troli itu ditolak ke bahagian biskut-biskut.
"Biskut tolong beli biskut marie ataupun biskut kosong yang bentuk bulat. Tak ada inti tengah. Jangan ambil Oreo pula." pesan Talia dihujung talian.
"Sayang jangan underestimate abang tau.... Abang tak teruk macam tu sekali sampai tak fikir Oreo boleh buat kek batik..." ujar Raed dengan nada merajuk.
Dia pantas mengambil beberapa bungkus biskut Marie yang dipesan isterinya. Sempat juga dia mengambi biskut yang lain untuk penuhkan kabinet dapur mereka yang selalu 'dikosongkan' oleh Talia.
"Sorry abang. Talia gurau je. Jangan la merajuk..."
"Taknak. Abang nak merajuk juga..."
"Alaaa... kalau macam tu rugi la abang."
"Kenapa rugi pula?"
"Kalau nak tahu kena lah balik rumah cepat-cepat."
"Wait for me. Abang nak pergi bayar dulu." Lantas kakinya laju berjalan ke kaunter pembayaran. Tak sabar nak jumpa isterinya di rumah.
BONET kereta ditutup rapat. Troli tadi sudah di letakkan di tempat simpanan sebelum ke kereta.
"Abang baru nak masuk kereta ni, sayang..." beritahunya tanpa dipinta.
Dari tadi lagi dia bersembang dengan Talia. Sewaktu bayar barang pun dia masih melayan percakapan isterinya yaang tidak henti-henti itu. sampai dia dah siap simpan barang pun, isterinya masih setia bercakap-cakap sesuatu yang melucukan.
Tak lama, matanya menangkap susuk tubuh yang sedang menghampirinya dengan lagak selamba. Kemeja hitam dikenakan dengan slack hitam. Dia hanya pandang tanpa ada rasa untuk menyapa. Bila tubuh itu semakin mendekatinya, dia sudah dapat membaca mana arah tubuh itu akan pergi.
"Sayang, abang letak call dulu okay? I need to drive, sayang."
"Okay abang. Drive carefully! Love you!"
"Love you to sweetheart!"
Tubuh itu berdiri tegak dihadapannya. Mata bersabung mata. Tak berkelip Megat Raed memerhati.
"So... Megat Raed loves Talia. How about your dead fiancé?"
"Why? Kau tak boleh terima ke Talia tu dah selamat jadi milik aku?"
"Sebelum dia jadi milik kau, dia jadi milik aku dulu!"
"Dengan cara terhina yang kau guna sampaikan kau dah 'matikan' jiwa dia pada masa tu? I wonder, kalau diletakkan harga pada diri kau betapa murahnya harga kau sebagai lelaki!"
"Shut your mouth Raed! Kau patut jaga diri kau supaya aku tak dapat Talia balik."
"So what? You want to kill me as what your mother did to my fiancé? Talia's dad? So that kau akan dapat Talia kalau aku mati? No Naufal. Kau yang kena jaga diri kau dulu. Jaga diri kau supaya tak melangkah masuk dalam dewan bedah aku. Or else, yang keluar hanya jasad, nyawa kau tertinggal di dalam. Tanda dendam aku lepas apa yang kau hadiahkan pada Talia." Lebar dia berhujah kerana geram dengan lelaki itu.
Satu perkara yang dia ingat adalah apa yang Talia cakap sebelum dia hilang ingatan.
"Talia tak bunuh diri sendiri. There was a guy before ayah balik rumah at that time. He did that to me!" itu kenyataan Talia pada 6 tahun lepas yang dia masih ingat. Tapi sampai sekarang lelaki yang cuba untuk membunuh Talia bebas diluar sana.
Wajah Naufal berubah riak. Bengang yang dia rasakan sekarang ini sehingga mahu menghadiahkan penumbuk pada wajah lelaki didepannya ini. Biadap!
"Mama aku bukan macam tu lah!" bidasnya.
"Hahaha... kau bodoh atau apa? But it's okay. Just some advice from me. Kau balik rumah, tanya mak kau apa yang jadi lepas kau terbang dari Malaysia. Tapi tu lah! Probability untuk mak kau menipu tu ada. So, why not kau gunakan kepakaran kau tu untuk siasat mak kau sendiri. Sumbat dia masuk penjara dengan tangan kau sendiri."
Jeda.
"Ingat pesan aku. Jaga diri kau. Jangan sampai masuk dalam dewan bedan aku. Or else... kau tahu sendiri." Tangannya menampar bahu Naufal dua kali sebelum dia masuk ke dalam kereta.
Selepas keluarkan kereta dari kotak parking, dia hanya memandang lelaki itu dari cermin sisi. Bibirnya tersungging senyuman sini. Apa yang dia katakan tadi betul. Kalau Naufal masuk dalam dewan bedahnya, dia akan pastikan lelaki itu mati atas katil bedahnya.
Megat Raed tidak seperti lelaki lain dia tak menggunakan tangan untuk membalas apa yang lawannya lakukan. Tangannya ini adalah nyawa. Boleh hilang kerjayanya sebagai doktor kalau sesuatu terjadi pada tangannya. Aset terpenting sebagai seorang doktor pengamal perubatan.
Dia ada cara lain. Bab tumbuk menumbuk, biar Muiz yang lakukan. Tangannya terlalu suci untuk dicemari darah musuh. Dia ada cara yang tersendiri. Yang tak mungkin semua orang tahu.
300722
SHI
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...