Vote and Comment ❤❤❤
GAMBAR gadis yang berambut lurus itu ditatap Naufal tanpa jemu. Sesekali senyumannya terukir apabila teringatkan bibit percintaannya bersama Hayera Talia dulu. Cuma setahun, namun cukup mengembirakan.
Banyak gadis cuba untuk menghampiri dia sewaktu dia meyambung pelajaran di luar negara. Segala pelawaan diterima. Namun hatinya masih tidak berganjak dari terus menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Masih setia biarpun gadis itu tidak lagi mahukan dia. Gadis yang dia lukakan perasaannya.
Talia polos. Naif. Dan disebabkan itu dia membuang Talia. Memutuskan Talia pada hari dia berangkat meninggalkan Malaysia. Tidak. Bukan dia yang minta untuk putus, tapi Talia. Gadis itu bagaikan penat untuk memujukknya. Dia dengan teganya meletakkan segala kesalahan yang dia lakukan pada Talia. Dan setelah itu, Talia hanya memandang dia pergi tanpa sedikit pun menghalang kerana kedegilannya ketika itu.
Antara takut dan amarah mamanya, Datuk Anita, dia terpaksa degil. Kelak, hidup Talia yang sedia kusut itu akan bertambah kusut dengan adanya dia.
Memori pada hari kejadian terlayar di depan mata.
"Fal..." Seru Talia bagaikan tidak percaya mendengar kata putus dari Naufal untuk meninggalkan dia di Malaysia
"Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." Kata Naufal tanpa riak diwajah. Dalam hati, sesalnya melimpah tak sudah kerana melukakan hati gadis yang tulus mencintainya.
"Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?"
Pertanyaan Talia itu membuatnya tersentak. Kerana onar yang dia buat, gadis itu sudah kehilangan cita-citanya. Masa depannya sudah gelap!
Kenapa dulu dia tidak pernah fikirkan kesan akibat perbuatan jahatnya?
"Kalau kau pergi, kau takkan jumpa aku yang sekarang lagi untuk masa akan datang. Dan hubungan kita hanya setakat ini. Aku bagi peluang untuk kau sekarang, Naufal." Air mata Talia gugur tanpa henti.
"Jangan cari aku lagi. Hiduplah dengan bahagia tanpa aku. Kau tak layak untuk aku." Dengan kata-kata angkuh itu, Naufal terus berlalu meninggalkan Talia yang masih berdiri memandang dengan riak wajah kosong. Namun, air mata yang mengalir perlahan. Hatinya yang sedia retak terus berkecai. Harapan yang tinggal sudah melayang.
Rasa sesalnya masih ada biarpun sudah 6 tahun berlalu. Kerap kali dia cuba untuk melihat perkembangan gadis itu, namun segala media sosial Talia ditutup.
"Naufal?" mendengarkan suara mamanya, Naufal lekas-lekas menyorokkan gambar dia dan Talia ke dalam poket seluar jeans.
"Buat apa?" Soal Datuk Anita.
Naufal bangun menghampiri mamanya yang berdiri di muka pintu biliknya.
"Nothing. Busy sikit sebab klient ada hantar pesanan sebagai bahan bukti tambahan waktu perbicaraan nanti."
Mamanya tak boleh tahu tentang Hayera Talia. Kerana telinganya masih terngiang-ngiang dengan ugutan mamanya 6 tahun lalu yang membuatkan dia pergi dari Malaysia.
TALIA menyudahkan hiasan pada kek yang ditempah oleh salah seorang pelanggan tetapnya. Hiasan bunga-bungaan adalah design yang telah dipilih. Unik dan minimal. Lebihan buttercream yang hanya tinggal sedikit lagi dilukiskan lagi bunga daisy berlatarkan warna baby blue bagi menyiapkan tugasannya pada hari ini.
Bibirnya mengukir senyuman senang apabila tugasannya telah siap. Tengah hari nanti, pesanan ini akan diambil. Iphone dicapai lalu beberapa keping gambar diambil untuk dimasukkan ke dalam platfom media sosial bagi mempromosikan TalLiyas' café.
Walaupun TalLiyas' café telah beroperasi hampir 4 tahun dan sudah mempunyai pelanggan tetap, Talia dan Aliya masing-masing mempunyai misi untuk meluaskan perniagaan mereka.
Kek tadi dimasukkan ke dalam chiller terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada rosak. Sebaik saja chiller ditutup, bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Pantas Talia memusingkan tubuhnya.
Hampir terbuntang mata melihat susuk tubuh wanita yang berdiri bersama-sama senyuman di hadapannya. Hampir terjerit Talia dibuatnya. Talia pantas memeluk tubuh wanita itu.
"Rindunya aku dekat kau Liya! Kau sihat?" soal Talia sebaik saja pelukan dilepaskan. Dibelek tubuh Aliya yang sedikit kurus berbanding 3 tahun lalu.
"Alhamdulillah aku sihat. Lama gila tak jumpa, lain betul kau sekarang." Tegur Aliya pula. Mana tidaknya, sudah 3 tahun tidak berjumpa, wajah Talia ketika berumur 21 dulu sangat berbeza dengan sekarang. Lebih matang dan lebih cantik.
Perkenalan mereka selepas pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang. Dari di kedai buku apabila purse Talia tertinggal di rumah, art exhibition, seminar dan kursus bakeri, barulah mereka berkenalan rapat.
Tanpa Talia dan Aliya sedar, hampir semua mata-mata memandang perilaku mereka berdua. Apabila Talia menoleh melihat pekerjanya, dia hanya mampu ketawa. Hampir semua orang tidak mengenali Aliya kerana Aliya pergi ke Korea sebaik saja setahun café ini beroperasi.
Talia menarik tubuh Aliya mendekati yang lain. Nasuha, Qayeed, Dania, Bella dan Naqib memandang saja menunggu bicara.
"Kenalkan, ini Aliya. Aliya Nur Ain. Partner akak dalam TalLiyas' café."
Masing-masing mendekati dan memperkenalkan diri mereka kepada Aliya. 10 minit, semua orang sudah melakukan kerja masing-masing, Talia menarik tangan Aliya duduk di ruang café yang agak tersembunyi dari mata-mata orang lain.
"Hujung minggu ni datang tau. Ada buat kenduri sikit." Beritahu Talia.
"Kenduri apa ni? Kau dengan Megat Raed ke? Eh korang macam mana eh sekarang? Kau kan crush dekat dia dah lama... dah nak kahwin ke?" usik Aliya. Dia tahu yang Talia sudah menaruh hati pada Megat Raed terlalu lama. Tapi atas nama sepupu, Talia langsung tidak berani ambil risiko.
"Apa pula aku dengan abang Raed. Kami macam tu je lah. Aku single, dia single. Aku sibuk, dia lagi sibuk dengan patient dia. Patient dia tu ada di tempat pertama, aku entah di tempat terakhir gamaknya dalam life dia." kata Talia dengan nada gurauan.
Mereka berdua ketawa. Mudah terhibur. Sebab Aliya tahu yang Megat Raed tu sangat sibuk. Macam mana dia tahu? Dia ada sumbernya.
"Kenduri hujung minggu ni sebab ibu aku nak bagi ayah baru dekat aku. So datang la tengok ayah baru aku."
"What?! Seriously Talia? Wahhh, lepas ni kau dapat adik baru la nampak gayanya."
Talia menepuk bahu Aliya kuat. Mulut tu...
"Kau gila apa? Kalau aku dapat adik, aku ni dah level mak-mak tau. Jauh gila gap umur." Seram Talia memikirkan apa yang Aliya katakana. Tak boleh dia bayangkan pada usia 24 tahun dia mendapat adik baru. Dah kalau nanti umur dia 40, budak tu baru 16. Dah sebaya anak dah tu.
Talia menggelengkan kepala. Menghentikan otaknya dari terus mencongak usianya. Menghentikan imaginasi yang sukar untuk dia gambarkan.
"Datang tau nanti."
Aliya mengangguk.
"Tapi aku datang dengan anak aku tau."
"Anak? Sejak bila kau ada anak? Bila kau kahwin?"
Aliya senyum hambar. Kebenaran yang tiada siapa tahu.
"Nantilah aku cerita.
Talia hanya mengangguk. Dia tidak memaksa kerana dia tahu 3 tahun lalu Aliya nekad meninggalkan majlis akad nikahnya bersama Faqih Ahmad Ziyad atas sebab yang tiada siapa tahu. Hubungan yang bersulam selama 4 bulan itu tiba-tiba terputus dan Aliya terbang ke Korea meninggalkan segala-galanya di Malaysia.
Talia tidak hairan jika Aliya berkahwin dan mempunyai anak. Tapi yang menjadi pertanyaannya sekarang adalah anak siapa yang Aliya bawa pulang dari Korea kerana Aliya langsung tidak menyebut sebarang nama lelaki sepanjang 3 tahun Aliya pergi.
141221
SHI
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...