Hyeeee.. vote boleh?? And happy reading!
"SIAPA lelaki tadi?" Soal Megat Raes lalu melabuhkan punggung diatas kerusi hadapan kak iparnya itu.
Talia menjeling memandang Naufal yang berdiri di kaunter bersama Nasuha.
"Customer nak order kek." Jawab Talia ringkas sambil menekan papan kekunci. Selepas draf disimpan dan laptop ditutup, dia terus tegak memandang Megat Raes yang masih memandang kearah Naufal. Sampai lelaki itu keluar, baru Megat Raes kembali melihat dia.
"I don't like his vibes." Komen Megat Raes dengan pandangan yang penuh dengan judgemental.
Talia mengerutkan dahi. Tidak tahu untuk memberikan sebarang respond atas komen Megat Raes sebentar tadi. Lagipun, dia baru bersua muka dengan lelaki itu dua kali, jadi dia tiada hak untuk menghakimi lelaki itu secara membuta.
"Abang Raes datang sini kenapa? Selalu nak datang bagi tahu Talia dulu."
"Oh little girl! You must help me. Abang Raes lupa hari ini birthday Ulya," beritahu lelaki itu.
"Abang Raes ni seriuslah! Then what happen?"
"Ulya merajuklah! Help me, Talia. Sumpah abang Raes betul-betul lupa. Abang bayar extra!" Tawar lelaki itu pula. Dia betul-betul lupa tentang hari lahir si kekasih.
Matanya sudah menejling tajam melihat Megat Raes yang tersengih seperti kerang itu. Nasiblah hari ini tidak sibuk seperti biasa.
"Ulya suka makan apa?"
"Dia rembat semua benda depan mata. Tolak tiang, batu, kayu." Jawab lelaki itu selamba.
Mulalah Talia rasa nak hempuk kepala Megat Raes dengan laptop atas meja ni. Geram bila mendengar jawapan Megat Raes. Langsung tidak membantu.
Melihat wajah Talia yang sudah lain macam, Megat Raes senyum bersalah. "Ulya tu simple. Dia makan semua benda. Dia tak memilih makanan. Senang abang nak jaga nanti." Sempat lagi dipuji Ulya Hana, si kekasih yang sedang merajuk.
Kepala Talia urut perlahan. Menggali sebarang idea untuk tempoh masa yang terhad ini. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Nak harapkan Megat Raes, denar jawapan pun dah tahu tidak membantu. Tiba-tiba, senyumannya terukir. Ideanya sudah datang.
"Aliya rancang nak keluarkan kek baru. Tapi still belum ada dalam menu lagi. Kalau abang Raes okay, kami boleh buat Almond cake with Almond cream and White chocolate butter cream." Cadangnya kepada Megat Raes. Kening lelaki itu terangkat dengan kepala yang terangguk-angguk.
"Ulya suka almond. White chocolate terpaling favourite. Your're the best girl!"
"Abang Raes nak pukul berapa?"
"Abang nak pinjam café Talia boleh?"
"Abang Raes! Janganlah buat benda terkejut macam ini boleh tak?" bengang apabila satu per satu dirancang tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Betul-betul last minutes punya rancangan ni!
"I pay triple! Lagipun abang nak propose Ulya jadi adik ipar Talia. Boleh ya, girl?" tawarnya lagi.
"Seriously?!" soal Talia dengan teruja. Muka masam tadi sudah berubah terkejut dan teruja.
Megat Raes angguk kepala. Yakin!
"Pergi tanya Aliya. Talia balik awal petang ni. Rindu husband kita."
"Untungla ada husband!"
Talia hanya tersengih
"Jangan beritahu Raed tau or mama and papa. Abang tak sure lagi Ulya terima ke tak," ujar Megat Raes.
Talia ketawa kecil. Itu yang dirisaukan.
"Talia 100% sure Ulya setuju. Mama dan papa mesti okay. Hari wedding Talia dulu pun nampak mama layan Ulya baik. Don't think too much lah. Calm down." Nasihatnya panjang lebar. Cuba untuk menenangkan sekeping hati si adik ipar.
"Macam mana Raed propose Talia dulu?"
PERHATIANNYA langsung tidak terganggu apabila Megat Raed melabuhkan duduk disebelahnya. Dengan segelas air sejuk bersama ais, Megat Raed letakkan diatas meja. Talia pula sedang mengunyah chips Mister Potato tanpa henti sambil menonto Netflix.
"Cerita apa ni, sayang?" soal Megat Raed mula menonton cerita yang sama. Suasananya seperti di hospital dengan scrub biru dan juga gaun putih tersarung, dia yakin ini medical K-drama yang selalu Talia layan.
"Hospital Playlist. Yang ini season 2. Opening untuk episode 1 dah best!" ceritanya sedikit. Sesekali dia ketawa, terhibur dengan lakonan 4 jejaka tampan bersama seorang wanita anggun. Cerita terpaling favourite Talia untuk tahun ini.
Megat Raed hanya memerhati. Tiada rasa untuk menukar siaran. Talia kalau dah mula layan Netflix, lebih spesifik – drama korea, jangan harap dia ada harapan untuk menukar siaran. Kecuali kalau ada bola, takraw dan badminton. Itu Megat Raed tidak akan mengalah.
"Cerita pasal apa?" soalnya lagi. Dari mula dia tengok, macam tiada apa-apa berlaku. Ini dah mula scene makan-makan. Sekali dia rasa terliur melihat manusia-manusia dalam itu sedang makan.
"Pasal daily life mereka as surgeon. Lee Ik Jun, general surgery specializing in liver transplants. Ahn Jeong Won, dia paediatrician, Kim Jun Wan as cardiologist, Yang Seok Hyung dalam bidang OBNG and lastly Chae Song Hwa, neurologist. Mereka start berkawan sewaktu masuk medical school sampailah masing-masing dah jadi Professor surgeon. Lepas tu, mereka ni semua buat band tau. Every month, mereka akan spend time untuk jamming sama-sama. Best gila Talia tengok waktu season 1 dulu." Seronok Talia bercerita tentang drama yang ditontonnya.
Satu perkara yang Talia suka tentang drama ini adalah tentang persahabatan yang begitu kukuh. Meluangkan masa bersama, saling menyokong antara satu sama lain membuatkan Talia merasakan cerita ini sarat dengan emosi dan nilai murni.
"Macam abang dengan The Trio?"
Talia kalih memandang Megat Raed dengan mata yang kecil. Wah, yakin betul samakan the 99's dengan The Trio!
"Bolehlah... Talia suka tengok cerita ni sebab masing-masing ada character yang berbeza. Ik jun punya character sangat happy go lucky person. Talia suka character dia dalam cerita ni. Kalau Jun Wan, dia jerk! Sumpah sakit hati tapi dia baik. Tapi actually, dia baik." Matanya kembali mnyambung melihat drama tersebut. Mata melihat tapi mulut bercakap menerangkan tentang drama ini kepada Megat Raed.
"Kalau abang, apa yang Talia suka tentang abang?"
Talia ketawa kecil. Apa yang dia suka tentang Megat Raed? Lesung pipit kecil yang hanya akan muncul apabila Megat Raed senyum. Terpaling dia suka. Megat Raed nampak kacak dan manis dengan lesung pipit itu. Nampak lebih menarik perhatian.
"Talia suka character abang yang nampak beku, tapi dalamnya hangat. Nampak tak ambil kisah, tapi you know everything. Nampak macam tak ada perasaan pada Talia, but you love me eternally." Wajah kembali berpaling pada Megat Raed. Sempat dia tangkap telinga Megat Raed yang sedang merah dengan senyuman lebar bersama lesung pipit kecil itu.
"And I love your dimples. Look so cute!" jari telunjukkan menyentuh lesung pipit di pipi Megat Raed.
"Stop it, sweetheart. Sayang buat abang rasa malu," ujarnya pula. Sudah terasa membahang wajahnya apabila Talia bercakap perkara-perkara yang Talia suka tentang dirinya. Dia akui, memang benar apa yang Talia katakan itu. Dia memang nampak ego bagi sesetengah orang. Hakikatnya, yang menegtahuinya saja dapat membaca dia sepenuhya.
"Abang pula, apa abang suka pada Talia?"
160521
Shi
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...