SELEPAS Megat Raed bergerak ke hospital tadi, sempat dia meminta izin untuk menemui Naira. Tapi suaminya tidak membenarkan dia untuk memandu. Suruh Naira datang ambil dia di rumah kerana Megat Raed telah berikan keizinan untuk keluar, atau suruh Naira datang ke rumah, sembang di rumah. Hanya itu saja pilihan yang Megat Raed berikan.
Dia mengemas beg tangannya. Naira kata lebih kurang lima minit lagi dia akan sampai.
Purse, telefon pintar, beberapa makeup dan juga 2 helai boarding pass dimasukkan ke dalam beg tangannya.
Hon yang berbunyi membuatkan Talia pandang jam. Sudah pukul 11.00 pagi. Dia pantas lajukan langkah keluar dari rumah. Dikunci kemas pintu rumah dan pagar.
"Kita nak pergi mana ni? Awal betul kau ajak aku keluar. Belum masuk lunch hour lagi." Soal Naira. Sempat dia membebel pada Talia. Mentang-mentang dia tengah kutip anggur di rumah, mudah betul Talia cari dia ajak kesana kesini.
"KLIA 2. Kita akan ke Kuching! Ticket kita pukul 2.40 petang. Sempat kita makan-makan dulu nanti. Aku pun lapar," jawab Talia penuh selamba. Sembang macam Kuching tu sebelah Selangor ja.
Terbeliak mata Naira. Hampir-hampir dia tekan break kereta. Kalau tak mengenangkan ada kereta di belakang yang mengekor rapat, memang dah jahanam kereta ayah dia ni.
"Kau gila ke Talia? Nak buat apa pergi Kuching? Asal kau tak bagitahu aku awal-awal? Dah beritahu suami kau belum ni? Kau.."
"Tanya satu-satu lah! Aku tak dapat tangkap soalan kau." Jelingannya tajam dihantar kepada orang sebelah. Tanya macam machine gun. Satu nafas tanpa henti bertanya
Naira menjeling geram. Wajah Talia masih selamba biarpun nampak sedikit sembap.
"Okay, aku lupa nak tanya keadaan kau. First of all, how are you feeling today?"
"Survive. Aku ikut nasihat kau. Cuba untuk terima semuanya sebab benda yang berlalu kita kena lepaskan. Aku dah okay dengan husband aku."
"Then, kenapa kau nak pergi Kuching?"
"Aku nak jumpa family Kak Laila. Aku tak pernah berterima kasih pada mereka sebab beri aku peluang untuk lihat dunia semula, walaupun mereka terpaksa hilang anak mereka waktu tu. Aku ni tak kenang dek untungkan?" jawabnya. Soalan akhir itu diajukan pada diri sendiri.
Kadang dia fikir, dia memang tak kenang budi. Sudah dibantu, tapi tak mahu menerima. Lepas itu, tak pernah mengucapkan terima kasih, malah dihilangan memori itu. benar-benar orang yang tidak kenag budi. Pengecut!
"Talia... waktu tu kau bukan dalam keadaan yang baik. Kala remaja lain sedang berseronok, kau kena hadapi dugaan paling hebat dalam hidup kau. Ingat aku kata, ini bukan salah kau."
"Tapi sekurang-kurangnya aku patut ucapkan terima kasih pada mereka."
"Dan aku akan temankan kau jumpa mereka. Tapi, suami kau tahu ke belum?"
"Dia bagi keizinan untuk aku keluar ke mana-mana asalkan dengan kau," jawab Talia mudah.
Ya, Megat Raed ada menyambung. Boleh keluar kemana-mana asalkan ada Naila bersama. Jika tidak, kirim salam nak melangkah keluar dari pagar rumah mereka.
"Aku tak nak kau jadi isteri derhaka. Jangan nanti kau akhirat kau heret aku sekali. Aku taknak. Kalau syurga, aku nak. Baik kau call suami kau, bagi tahu niat murni kau tu. Karang bukan suami kau je jadi singa, Muiz pun jadi naga jadian. Dah la dia orang dua tu makin kamceng aku tengok!" bebel Naira panjang lebar dari topik suami Talia ke topik keksaih dia, Muiz.
Sejak berkawan dengan Megat Raed, lelaki itu nampak semakin matang. Mungkin suami Talia tu turunkan ilmu menjadi lelaki idaman wanita kot. Nampak lebih bersopan ketika bercakap walaupun terkadang, kasar jugak. Lebih berlapik berbanding dulu. Tapi itulah, perangai protective tu pun Megat Raed ajarkan gamaknya. Haish, pening kepala Naira!
"Suami aku ada operation. Hari ini, operation day. So, dari pagi sampai petang dia dalam dewan bedah. Aku WhatsApp je. Nanti aku sampai, aku call dia terus."
DIA sampai di Kuching. Berdiri tegak dihadapan rumah keluarga arwah Laila Raihana. Loceng lantas ditekan. Tak tunggu lama, pintu pagar terbuka sendiri. Kemudian, pintu rumah pula dibuka.
Wanita anggun itu sedang menyarung kasut. Melangkah mendekatinya dan semakin perlahan sehingga Talia pula buka langkah mendekati wanita itu.
"Ma..."
"Talia..."
Mereka bersuara serentak. Namun panggilan Talia itu yang mengejutkan Puan Linda. Ma? Lama sungguh dia hilang panggilan itu selepas Talia lupakan segalanya. Namun sekarang...
Dahinya berkerut. Keliru.
"Lia datang ma... Lia minta maaf sebab Lia, ma kehilangan anak ma, Kak Laila!" ujar Talia lalu memeluk tubuh Puan Laila dengan erat. Mutiara jernihnya jatuh setitik demi setitik.
Bukan saja Talia, Puan Linda juga sama.
"Talia dah ingat?" dia bersoal perlahan. Masih kelu untuk membalas pelukan Talia.
Anggukan Talia dapat dia rasai. Serentak itu, esakannya mula kedengaran. Tubuh Talia dibalas dakapan itu. Lututnya digagah untuk terus berdiri.
Talia pernah datang ke rumahnya sebelum kejadian malang itu terjadi. anaknya, Laila Raihana yang bawa gadis itu kesini. Waktu itu, Talia sedang bercuti. Seminggu Talia menjadi anak angkatnya. Anak gadis itu ceria, periang, peramah dan pandai ambil hatinya. Sehinggakan panggilan aunty bertukar kepada Ma.
Pelukan dilonggarakan. Tangan Puan Linda mengusap pipi yang basah dengan air mata. Senyumannya terus terukir. Dia sangat bersyukur ketika ini. Talia sudah kembali ingat.
Waktu awal dia tahu tentang keadaan Talia 6 tahun lepas selepas amukan teruk itu, dia sangat-sangat kecewa. Teganya gadis itu melupakan anaknya yang sanggup mendermakan matanya demi Talia kembali melihat. Ambil masa berbulan-bulan, baru dia terima kenyataan segala-galanya.
Dan ketika itu juga, dia berjanji dengan diri sendiri untuk meredakan segalanya. Dia tidak pernah lagi menelefon Talia. Semuanya diketahui melalui Megat Raed dan juga Puan Yuhaina. Walaupun Puan Laila sedih kehilangan anak angkatnya, tapi jika itu yang terbaik, dia sanggup dilupakan.
"Talia datang dengan siapa? Raed tak ikut sekali?" soalnya mata merayap memandang sekeliling. Cuma ada figura seorang perempuan yang menemani Talia.
Talia pantas tarik Naira mendekat. "Talia datang dengan kawan. Abang Raed mungkin datang esok."
Mungkin. Sebab dia tidak yakin. Selepas dia memberitahu Megat Raed yang dia sudah tiba di Kuching, terus mengaum lelaki itu. Bebelan demi bebelan yang keluar. Suara kedengaran keras, namun suaminya tidak meninggikan suara. Nampak seperti menahan sabar.
Selepas diberitahu Naira ada bersama, suara Megat Raed turun satu level. Tapi lelaki itu kata dia mahu datang ke sini walaupun Talia menghalang. Dia langsung tidak bercadang untuk berada lebih lama disini. Mungkin esok lusa dia pulang kembali ke pangkuan lelaki itu.
"Oh. Eh, jomlah masuk! Lupa pula ma nak ajak kamu masuk. Dah pukul 5 dah ni. Makan malam rumah ma ya?" Soalnya.
Talia mengangguk sambil membuntuti langkah Puan Laila.
"Lia tidur mana malam ni dengan kawan Lia tu? Apa nama dia?"
"Naira, aunty."
"Naira. Cantik nama. Ha, Lia dengan Naira tidur mana malam ni?"
"Kami tak sempat cari lagi. Tadi sampai, terus ke sini."
"Kalau macam tu. Tidur rumah ma lah! Ada bilik kosong dekat rumah ni. Bilik Laila pun masih ada."
291022
Shi💕
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...