AWAL pagi lagi, Megat Raed sudah terpacak di depan rumah Puan Linda. Dengan muka yang penat, lelaki itu tetap memberikan sebuah senyuman ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah selepas dipelawa oleh Puan Linda untuk sarapan bersama.
Mata Megat Raed tajam melihat Talia yang sedang membantu Puan Linda menyiapkan makanan. Nak marah, tapi dia tahan hati. Tidak mahu mencetuskan salah faham didepan keluarga ini. Lagipula, selepas melihat senyuman isterinya yang kembali terukir, dia tidak mampu untuk marahkan Talia lebih lama. Yang pasti, bila lihat keadaan isterinya dalam keadaan baik, dia jadi lega.
Beberapa jam dia disini, sempat dia berbual sebentar dengan Encik Hamid dan Puan Linda sementara Talia dan Naira mengemas barang di bilik. Banyak perkara yang ditanya kepadanya, pun begitu dia jawab dengan tenang.
Dia tahu, seorang ayah itu sedang merindui anak perempuannya yang sudah pergi tidak kembali. Dan bila dia ada disini, sepertinya membuka kisah lama yang sukar untuk ditutup. Syukurlah, Encik Hamid terima kedatangan dia dan Talia ke sini. Kata lelaki itu, lepas rindunya pada Laila apabila melihat Talia. Dua orang wanita itu sangat raat dulu.
Sempat kedua mereka mendoakan dia dan Talia supaya terus bahagia dalam alam perkahwinan. Megat Raed aminkan doa itu dalam hati. Sesungguhnya, dia benar-benar bahagia sekarang. Perkara yang telah berlalu itu tetap akan dia simpan. Akan tetapi dia juga perlu bergerak ke hadapan.
"Kenapa tak beritahu abang awal-awal yang Talia nak datang sini? Abang risau tahu tak dekat Talia. Macam mana kalau jadi apa-apa waktu abang tak ada dengan Talia? Suka kan buat abang risau dekat Talia macam ni? Haritu dua tiga hari tak mahu bercakap. Dah berbaik, tak beritahu abang mana nak pergi. Main keluar je.. Kalau ibu tanya abang, apa nak jawab?" terus Megat Raed buka mulut untuk memulakan peluru berpandunya sebaik saja kereta bergerak meninggalkan rumah agam itu.
"Abang marah sangat bila Talia buat keputusan tanpa beritahu abang. Abang rasa macam abang ni bukan sesiapa dalam rumah tangga kita."
"Abang..."
"No. Abang taknak dengar Talia bercakap." Brek kaki ditekan rapat. Berhenti di pinggir jalan meredakan rasa marahnya. Risau jika terus memandu dalam keadaan marah, nanti jadi benda yang tidak diingini akan berlaku.
Talia telan liur. Serasa kering tekaknya bila mendengar suara keras suaminya itu. Nasiblah Naira naik kereta berasingan dengan mereka. Bersama Muiz. Entah apa yang kawan dia tengah hadap sekarang.
Tapi bukan itu saja yang dia risaunya. Megat Raed sekarang yang merisaukan. Tiba-tiba dia kena marah.
Sebenarnya tak tiba-tiba pun. Memang salah dia. Jadi, tak guna untuk dia nak menegakkan benang yang basah. Dia yang datang ke sini tanpa kebenaran Megat Raed terlebih dahulu. Hanya atas tiket boleh keluar bersama Naira saja.
Dia tidak boleh diamkan saja terus mulutnya. Dia juga mahu Megat Raed suarakan apa yang cuba dia sampaikan. Tdak mahu jika pergaduhan ini terus meleret hingga ke mereka tiba di semenanjung nanti.
"Talia minta maaf. Talia tak ada niat pun nak membelakangkan abang. Talia cuma rasa bersalah sebab..."
Nafasnya dihela perlahan.
"Talia dah lupakan arwah. Talia tak pernah berterima kasih pada arwah dan keluarga. Talia juga orang yang menghancurkan hati abang dulu. Kalau kak Laila masih hidup, abang mungkin..."
Kata-kata Talia terhenti apabila Megat Raed menarik tubuhnya duduk bertentangan dengannya. Menatap kedalam mata hitam dan redup itu. sarat dengan emosi yang dipendam.
"Tapi realitinya Laila dah pergi. Abang dah okay. Dah lama okay. Abang juga dah lama terima kenyataan tentang semua tu. Abang faham kalau Talia rasa macam tu. Tapi Talia tak perlu salahkan diri sendiri. Tak perlu datang sini sorang-sorang. Abang ada untuk teman isteri abang."
YOU ARE READING
[C] Cukup Sempurna
RomanceSTATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan m...