'Kring! Kring! Kring! Kring! Kring!'"Jangan la tekan loceng tu banyak kali..kang rosak kau nak ganti?" Seungmin menegur Hyunjin yang sedang bermain loceng kaunter.
"Dah kaunter tak ada orang kan? Niat aku nak panggil je..lagi satu, apa fungsi letak loceng dekat kaunter? Mesti untuk pelanggan panggil pekerja dekat sini kan? Kalau letak loceng saja semata-mata untuk buat perhiasan baik tak payah letak loceng kalau tak guna dengan sebaik yang mungkin" bebel Hyunjin panjang lebar.
"Apa ni bising-bising dekat kafe orang!" Yubin yang baru keluar dari dapur datang menegur. Loceng yang berada di tangan Hyunjin dirampas lalu diletak semula ke tempat asalnya.
"Ni ha Seungmin ni..dia cakap aku nak rosakkan loceng yang comel ni" adu Hyunjin kepada Yubin. Gadis itu hanya mampu menggeleng kepalanya apabila Hyunjin membuat pengaduan.
"Sejak bila aku cakap macam tu? Aku cakap kalau rosak kau nak ganti ke? Ada aku cakap yang kau cuba nak rosakkan loceng?tak ada kan?" Seungmin membela dirinya yang terasa dianiayai oleh rakannya sendiri.
"Ah tak ada!! bagi aku dua tu sama je" Hyunjin tetap berkeras dengan pernyataan itu. Baginya tuduhan tetap tuduhan.
"Ey dah la korang ni..nak gaduh pergi luar" halau Yubin.
"Taknak! Nak minum..cepat la..nak americano satu lepastu nak brownie Felix..Seungmin bayar" pesan Hyunjin kemudian pergi mencari tempat duduk. Yubin terasa mahu sahaja dia mengetuk kepala Hyunjin. Seungmin yang tiba-tiba sahaja kena petik nama hanya pasrah. Kenapa dia pula kena bayar makanan lelaki itu?
"Ye la..kau Seungmin?" Yubin menyoal Seungmin.
"Air sama dengan Hyunjin dan aku taknak makan" pesan Seungmin. Kad dikeluarkan lalu memberikan kepada Yubin untuk mengimbas kadnya di pembekal mesin atm. Setelah membuat pembayaran, Seungmin terus mencari dimana Hyunjin berada.
Selang beberapa minit, Yubin datang membawa dua ais americano bersama sepotong brownie kemudian dia mengambil tempat di sebelah Hyunjin. Memandangkan pelanggan tidak ramai, dia mengambil keputusan untuk duduk berborak seketika bersama mereka.
"Yubin" seseorang datang menegur Yubin membuatkan mereka bertiga memandang ke arah gerangan tersebut.
"Oh Minho oppa" Yubin tersenyum lebar melihat Minho yang sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
"Nak order macam biasa" ujar Minho dan Yubin membuat tanda okay. Gadis itu bangun dari duduk untuk membungkus brownie dan juga cheesecake.
"Boleh saya duduk sini?" Pinta Minho sopan sahaja. Hyunjin memandang Minho atas bawah.
"Duduk la" selepas mendapat kebenaran dari Seungmin, lelaki itu terus melabuhkan punggungnya di sebelah Seungmin. Sempat dia memandang wajah Hyunjin yang seperti tidak suka padanya tetapi dia hanya membuat tidak endah sahaja.
"Eh jap..baru aku perasan yang kau ada dekat sini" Minho memandang Seungmin yang sedang menyedut air.
"Ye la habis tu tadi siapa yang bagi kebenaran hyung duduk sini? Hantu?" Hyunjin menyampuk.
"Nah Kek yang oppa pesan" Yubin datang membawa kek yang telah dibungkus siap di dalam kotak.
"Thank you" ucap Minho.
"Eh tadi berhenti dekat mana tadi? Oh ya, hyung ingat kau dengan Yoonjee tadi" Minho menyambung apa yang dia mahu bicara tadi.
"Apa maksud hyung jumpa Yoonjee? Hyung kenal Yoonjee?" Hyunjin menyampuk lagi.
"Aku kenal dia tahun lepas..kau apa tahu?" Ujar Minho. Hyunjin mencebik apabila Minho kata begitu.
"Hyung jumpa Yoonjee ke?" Soal Seungmin ingin tahu dan Minho mengangguk.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...