Yoonjee menurun tangga sambil tangannya mengheret beg yang tidak la besar mana tetapi nampak sedikit berat."Macam nak duduk selamanya je?" Seungmin yang tadinya duduk di sofa ruang tamu kini datang mendekati Yoonjee sambil berpeluk tubuh.
"Oh yeke? Tapi awak yang cakap suruh duduk dengan awak kan? Huh stay forever konon..acah je lebih! Dah la tak jadi la nak bawak semua ni" Yoonjee ingin mengangkat begnya untuk dibawa naik ke biliknya semula. Merajuk dengan Seungmin sebab dirinya ditabur dengan kata-kata palsu lelaki itu.
"Alololo orang cakap je la ish tu pun nak merajuk haih, mari sini beg tu" Seungmin mengambil beg dari tangan Yoonjee lalu mengangkatnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan.
"Jom" Seungmin jalan terlebih dahulu keluar dari rumah dan Yoonjee di belakangnya. Pintu pagar dikunci sebelum gadis itu masuk ke dalam kereta terlebih dahulu daripada Seungmin kerana lelaki itu perlu masukkan beg Yoonjee ke tempat duduk belakang. Setelah siap, dia masuk ke dalam kereta.
"Oh lupa pula" Seungmin mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluarnya kemudian diberikan kepada Yoonjee.
"Mana dapat?" Yoonjee menyoal apabila melihat sebentuk cincin miliknya berada di tangan Seungmin.
"Tempat perlupusan sampah" seloroh Seungmin. Dapat dia melihat wajah gadis itu seperti mahu melempangnya laju-laju.
"Hahaha gurau je la..tak payah la buat muka macam tu" Seungmin ketawa melihat wajah Yoonjee.
"Main-main lagi" ujar Yoonjee. Ingin sahaja dia mencubit lelaki di sebelahnya itu.
"Okay okay saya jumpa dekat ruang tamu masa tengah kemas tadi" akhirnya Seungmin memberitahu dimana dia menjumpai cincin tersebut.
"Terima kasih" ucap Yoonjee dan Seungmin hanya mengangguk. Handbreak diturunkan dan kakinya pula mula menekan pedal minyak. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.
Dalam perjalanan pulang, mereka berdua hanya diam membisu sahaja sehingga Yoonjee membuka topik.
"Saya dengar Hyejeong jadi pelanggan awak..betul ke?" Soal Yoonjee.
"Mana awak tahu?" Seungmin menyoal Yoonjee semula. Dapat Yoonjee rasakan suara Seungmin sedikit berubah apabila bercakap tentang Hyejeong.
"Hyejeong sendiri bagitau" jawab Yoonjee kemudian mereka mengakhiri perbualan itu dengan hanya berdiam diri sehingga sampai di apartment Seungmin.
⬛❇⬛❇⬛❇⬛
Hari yang dinantikan oleh Hyejeong sudah pun tiba. Kakinya melangkah masuh ke dalam Cle' Studio bersama managernya.
"Hye awal datang" Hyunjin datang menyapa dengan senyuman diberikan kepada Hyejeong.
"Oh ye maaf la kalau awal sangat" Hyejeong menunduk meminta maaf.
"Eh jangan minta maaf..kami pun tak kisah" ujar Hyunjin.
"Okay err boleh saya tanya?" Hyunjin mengangkat kening sebelahnya apabila Hyejeong mahu bertanya sesuatu.
"Siapa yang ambil alih untuk-" ayat yang terakhir itu dimatikan dan digantikan dengan isyarat tangan seperti menangkap gambar. Hyunjin yang faham bahasa isyarat tangan itu terus memberitahunya.
"Oh itu Seungmin yang akan ambil alih" Hyunjin menunjuk Seungmin yang sedang setting kameranya. Hyejeong mengangguk kemudian tersenyum.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...