Jam telah menunjukkan pukul 9:30 pagi tetapi tetapi Yoonjee masih tak bangun lagi."Yoonjee anak dara woi!! Bangun la sekarang dah pukul berapa dah" mak dia pon penat nak kejut. Susah betul nak bangun.
"Halah eomma harini kan cuti malas la nak bangun" kata Yoonjee dengan matanya yang masih tertutup.
"Ha ye la ikut suka la Seungmin dah nak pergi yang kau pulak masih tidur terbongkang lagi..esok ni mula la nak menangis sebab tak dapat jumpa Seungmin dah"
Terus mata Yoonjee terbuka luas selepas mendengar eommanya membebel pasal Seungmin.
"Seungmin?pergi mana? Eomma hari ni hari apa?" Soal Yoonjee yang seperti terlupa akan sesuatu.
"Hari ni sabtu kenapa?"
"OMAIGOD HUWAA DAH LAMBAT MESTI DIA TUNGGU!! DAH LA FLIGHT DIA PUKUL 11" terus Yoonjee bangun dari pembaringan dan terus masuk ke dalam bilik air.
"Itu la orang suruh bangun awal malas..padan muka..kejap lagi kena tinggal la tu huh" sempat lagi mak Yoonjee membebel sebelum keluar dari bilik Yoonjee.
____
Seungmin merenung jam di tangannya. Sekarang pukul 9:45 pagi, tapi Yoonjee masih tidak keluar rumah.
"Cakap nak pergi sama-sama tapi tak keluar rumah lagi haishh" keluh Seungmin.
"Tak pergi lagi Seungmin?" Tegur eommanya yang baru keluar rumah.
"Kejap nak tunggu Yoonjee" jawab Seungmin.
"Kamu pergi la dulu, tu teksi dah sampai nanti eomma bagitahu Yoonjee yang kamu gerak dulu" Seungmin berfikir dulu sebelum mengangguk. Beg bagasi diangkat lalu dimasukkan ke dalam bonet teksi.
"Seungmin pergi dulu eomma..annyeong" Seungmin melambai sambil tersenyum ke arah eommanya. Yoonjee yang baru keluar dari rumah itu terus menjerit memanggil Seungmin.
"Seungmin!!" akibat terlalu kelam kabut, gadis itu jatuh terjelepuk di jalan akibat berlari.
"Ark aduh sakit!" Dia bangun semula dan berlari mendapatkan Seungmin. Terasa perit ditangan dibairkan sahaja.
Seungmin memandang Yoonjee. Sungguh comel apabila melihat telatah gadis itu. Dia tersenyum melihat Yoonjee yang jatuh seperti kebudak-budakan.
Bukan nak tolong angkat dia ni haih.
"Fuh maaf lambat" kata Yoonjee dan membetulkan rambutnya yang sedikit serabut.
"Gwaenchana..kajja"
Kini mereka berdua masuk ke dalam teksi dan bergerak ke lapangan terbang bersama. Perjalan ke lapangan terbang mengambil masa 30 minit untuk sampai di sana.
Dalam perjalanan ke sana Seungmin menarik tangan Yoonjee lalu di letakkan di atas pehanya.Telapak tangan Yoonjee dilihatnya dan terdapat luka kecil di telapak tangan gadis itu.
"Sakit?" Soal Seungmin prihatin.
"Tak sakit sangat" jawab Yoonjee. Semasa dia jatuh tadi ada la terasa sakit sedikit tetapi apabila sudah dibiarkannya rasa sakit itu mula hilang. Seungmin membuka zip bag sandangnya lalu mengeluarkan sesuatu.
"Apa tu?" Soal Yoonjee dan Seungmin menunjukkan plaster yang bercorak kartun pororo kepada Yoonjee. Dia membuka lalu menampal di bahagian luka yang berada di telapak tangan gadis itu.
"Terima kasih Seungmin-ah" ucap Yoonjee lalu menggenggam erat tangan Seungmin. Setelah tiba di lapangan terbang, mereka berdua keluar dari teksi lalu mengambil barang di bonet.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...